Bhg 2: Pos Titom
Jika jalan dari Pos Betau ke Pos Lenjang memeningkan kepala dan perut first-timers, jalan ke Pos Titom adalah heaven. Ianya jalan diturap simen, jauh lebih baik dari pre-mixed atau tar. Walaupun begitu jalannya sempit dan curam dan gaung di kiri dan kanan.
Sebelum sampai di Pos Titom terdapat sebatang sungai yang merentasi laluan jalan simen, Sungai cetek tetapi cukup lebar dan airnya agak laju membentuk jeram. Sangat sesuai untuk mandi dan berendam menghilang stress selepas sehari suntuk memandu. Peserta mula membina khemah masing-masing di tepi sungai namun aku dan Hj Halim hanya tidur dalam Pajero. Satu sebab kami tidak pasang khemah ialah sebab hujan lebat. Dari dashboard Pajeroku, suhu di luar turun ke 18C. Memang sejuk. Cuma cakap tak keluar asap (wap air) lagi hehe.
Malam itu pengisian di khemah urusetia ialah solat jamak maghrib dan isyak berjemaah diikuti oleh tazkirah oleh Ustaz Zarif dari Kuala Kangsar. Sesi takruf bermula. Ukhwah terbina di kalangan peserta dari pelbagai latar belakang. Ada profesional. Ada pegawai polis. Ada budak U. Ada pensyarah. Ada yang bawa keluarga. Ada yang bujang di hutan, tinggal keluarga di bandar. Macam dia tu lah…
Makan malam ialah lebihan makan tengahari tadi di Pos Lenjang yang boleh diambil dari khemah urusetia. Nak masak sendiri pun boleh. Aku lihat ramai peserta masak sendiri di khemah masing-masing. Biasalah masak di hutan. Kalau tidak mee segera, sardinlah jawabnya. Makan dalam hujan pulak tu. Pengalaman unik. Bonding time utk ahli keluarga atau sesama peserta.
Esok pagi, selesai solat Subuh berjemaah dan sarapan sendiri-sendiri, kami membersihkan tapak perkhemahan dan menuju ke Pos Titom, lebih kurang 1 km dari sungai kami bermalam. Sebelum bergerak sempat lagi mandi di sungai itu tapi ini jauh ke hulu sedikit. Airnya sejuk sampai ke tulang hitam. Penuh dengan ion-ion negatif, kata Pak Kordi, walaupun tak nampak oleh mata kasar. Sambil mandi berborak dengan Abang Ali Murad, Ustaz Zarif dan lain-lain. Ustaz Zarif bercerita tentang kampungnya di Kual Kangsar yang indah permai. Pak Kiyai ketua rombongan sibuk dengan keluarganya. Tak sempat nak ber networking dengannya.
Setibanya di Pos Titom, penduduk sudah menunggu. Satu team sudah bergerak awal pagi lagi ke sini untuk setup sukaneka dengan anak anak orang asli. Ternampak betul kesungguhan mereka mengambil bahagian walaupun dalam acara sukaneka. Mencari gula-gula dalam tepung. Meniup belon sampai pecah. Baling belon berisi air kepada pasangan masing-masing. Wow seronok betul.
Satu team lagi bergerak dari rumah ke rumah dengan kenderaan 4×4 memberi sumbangan barang keperluan asas ke setiap rumah ditemani dengan seorang tempatan. Terimakasih kepada sekelian penderma di mana saja anda berada. Semoga amalan diterima dan rezeki anda lebih murah.
Pakaian / permainan terpakai yang kami kumpul dari orang-orang kaya (berbanding orang asli) di Lembah Klang kami offload ke meja besar yang disediakan di bawah bangsal. Kaum ibu dan anak anak datang memilih apa yang berkenan di hati dan membawa pulang. Ada yang pakai baju baru di situ terus.
Team masak relaks habis di Pos Titom sebab kami tidak merancang makan tengahari di sini.
Dalam perjalanan keluar dari Pos Titom, kami singgah sebentar di jeram kami bermalam untuk bergambar kumpulan. Sampah sarap yang tertinggal dikutip dan dicampak ke atas powil urusetia untuk dibawa keluar. Tempat perkhemahan dibersihkan. Kebersihan sebahagian dari iman. Jumpa lagi Pos Titom. Namamu yang unik tidak akan dilupakan. Tahukah anda apa itu Titom? Hahaha aku lupa nak tanya Tok Batin. Kena gi lagi ni…
Selepas belok ke kiri di persimpangan Pos Titom / Pos Lenjang kami singgah sebentar di Kg Duyuk. Terdapat sebuah surau baru di sini. Ada beberapa NGO Islam yang aktif di sini berdasarkan signboard yang ada di sini.
NGO bukan Islam pon aktif di kawasan ini. Kami terserempak dengan beberapa kenderaan 4×4 dan lori membawa peralatan mengajar seperti white boards, meja dan kerusi. Mungkin untuk gereja atau apa.
Ada jalan pintas dari Pos Titom ke pekan Ringlet tanpa melalui Pos Betau. Tetapi terpaksa melalui sebatang sungai yang agak luas dan air deras. Inilah masa yang dinantikan setiap pemandu powil. Apalagi redah je lagi. Hujan malam tadi menyebabkan paras air meningkat mendadak.
Alhamdulillah semua powil berjaya melepasinya. Selepas sungai itu ada satu lagi perkampungan orang asli. Kami berhenti sekejap untuk mengeringkan powil kami sambil shopping. Abang Ali borong petai. Hasil hutan yg lain juga ada seperti tongkat ali, cendawan susu harimau, dll.
Selepas shopping spree kami berkumpul sebelum masuk ke jalan besar untuk sesi debriefing.
Kami meneruskan perjalanan. Dari Ringlet terus turun ke Tapah. Selepas solat dan makan malam kami naik PLUS terus balik ke KL.
NOTA: Selepas trip ini, ada satu lagi trip ke Pos Lenjang anjuran Kelab AMAL 4×4 tetapi aku tidak ikut serta. Trip akan datang ialah sempena Ramadhan 2,3,4 Julai 2017. Berminat nak ikut serta? Like FB Kelab Amal 4×4 Malaysia.
Leave a Reply