14 Ogos 2009:
(Catatan ini ditulis oleh Wannor)
Hari ini Datin menjemput kami ke kediamannya di Inya Road di pinggir kota Yangon. Program ini ialah program kesukaannya dan berkebetulan dengan minat saya pada suatu masa dahulu semasa di zaman bujang dahulu. Tetapi entah bagaimana minat itu pudar dan hilang dek kekalutan dan himpitan kehidupan. Tapi bakat itu timbul semula dan diasah semula sejak saya turut serta dalam aktiviti PERWAKILAN Yangon. Beberapa teman ikut serta termasuk seorang dari wanita tempatan Myanmar. Aktiviti ini memang menyeronokkan dan tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Lihat galeri di bawah untuk sampel gubahan bunga yang dihasilkan.
Leave a Reply