life is short. do first thing first.

Category: Travel Page 5 of 43

Part 4/7: KHUNJERAB PASS (SEMPADAN PAKISTAN-CHINA TERTINGGI DI DUNIA).

Assalamualaikum.

Jumpa lagi di posting ke 4

Ke utara Hunza Valley, Karakoram Highway berbelit-belit melalui pekan dan kampung seperti Passu, Hussaini dan Sost. Selepas 30km melewati pekan Sost kami sampai ke Khunjerab Pass, sempadan antarbangsa Pakistan dan China. Terdapat sebuah pintu gerbang besar mengalu-alukan pengembara memasuki wilayah Xinjiang di China. Bandar terbesar ialah Kashgar dan Urumqi di dalam negeri China. Coaster kami berpusing balik menuju Hunza, memang bukan dalam itinerari kami pun utk memasuki China.

Khunjerab Pass terletak pada ketinggian 5000 meter melebihi ketinggian Gunung Kinabalu (4095 m).

Jarak Khunjerab Pass ke Gulmit (Hunza Valley) sekitar 150 km.

Jarak Khunjerab Pass ke Islamabad sekitar 770km.

Cerita lanjut di link ini ==> https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid0FbyibGwZTgKbVBXh853nYMNiJoSkMZyZWifjC5nXbGcAPp7fCgVysGLGbErHqSktl

Part 3/7: KILLER MOUNTAINS DI PAKISTAN. KEMBARA DI PAKISTAN UTARA (HUNZA VALLEY / SKARDU).

Assalamualaikum.

Jumpa lagi di posting ke 3.

Dari Naran. kami bergerak ke Hunza Valley. Digambarkan sebagai “Heaven on Earth” dan “Switzerland of Asia”, Hunza Valley memang menakjubkan.

Ianya adalah lembah yang panjang mengikut aliran sungai di bawah sana, di antara banjaran-banjaran gunung Karakorum dan Hindu Kush dan Himalaya. Gunung-gunung tertinggi di dunia boleh dilihat di sini seperti Nanga Prabat, K2, Rokaposhee. Mereka ini adalah gunung-gunung pembunuh (killer mountains) di Pakistan. Sebab susah nak tawan puncaknya, Ramai yang mati separuh jalan.

Perjalanan melalui Karakoram Highway memang bukan untuk orang biasa-biasa.

Cerita selanjutnya di pautan ini ===> https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid02MaB2cWYxxeGxuTA1ZdozKmk5dMTjudrshQr4wkoRHtouDAZiG6oB4eqKa6gNhPvcl

Nanga Prabat adalah antara gunung-gunung pembunuh di Pakistan.

Part 2/7: ISLAMABAD MENUJU NARAN – KARGHAN. KEMBARA DI PAKISTAN UTARA (HUNZA VALLEY / SKARDU).

Assalamualaikum.

Jumpa lagi di posting ke 2.

Dari Islamabad. kami bergerak ke utara Pakistan, pagi hari berikutnya.

Destinasi kami hari ini ialah bandar Naran di kawasan pergunungan yang masih sejuk walaupun sekarang musim panas. Salji dan glacier masih membeku dan suhu malam hari boleh mencecah single digit.

Kami tiba di Naran dari Islamabad hampir senja. Naran ialah bandar pelancongan di pergunungan tumpuan peminat sukan outdoor dan pendaki gunung. Views sangat nyaman dan mempesonakan. Bermalam di Naran dan kesokan harinya meneruskan perjalanan ke Gilgit.

Cerita selanjutnya di pautan ini ==> https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid0pVfFzF1eP3LjqU7VXFhrYTb1uaEt6sy3fNSakovz5QwKr4LFeWvp8BLQkGAYSCZLl

Babusar top — along the Naran – Kaghan road in the northern Pakistan. So high up the mountain that breathing could be difficult. Tapi depa ni nampak sihat je. Sihat itu nikmat yang selalu dialpakan.
Gunung ganang menemani kami sepanjang safar kami di Pakistan.

Part 1/7: MENDARAT DI ISLAMABAD DI MUSIM PANAS. KEMBARA DI PAKISTAN UTARA (HUNZA VALLEY / SKARDU).

Assalamualaikum.

Alhamdulillah awal bulan ini (June 2022) kami berkesempatan melawat Pakistan. Bila Puan Zarinah telefon ada seats kosong kami terus say yes walaupun passport dah mati lama dan masa tu berada di Terengganu selama beberapa hari.

Dipendekkan cerita yang panjang, kami boarding penerbangan Pakistan International Airlines PIA PK895 KUL – ISB. Wow setiap org dpt 40 kg baggage. PIA so pemurah.

Penerbangan mengambil masa 5 jam setengah. Dan waktu di Pakistan lewat 3 jam dari KL.

One meal was served in the flight.

Cerita selanjutnya di pautan ini ==> https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid02V8S6NafSfh12174vtVY82CD81xtwRG84Rx1rDSkCyoae875nQBWJQse3HCd6y2Wol

May be an image of airplane

Solat Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II, Lumut Perak

Assalamualaikum.

Jumpa lagi.

Hari Jumaat 17/12/2021 semasa ziarah ke Lumut, saya sempat singgah di masjid ini. Terletak di Teluk Muroh berdekatan dg pangkalan tentera laut.

Uniknya Masjid ini ialah kubahnya berwarna hitam seperti masjid Zaher di Alor Setar Kedah, kecuali saiznya yg agak kecil.

Ruang utama berhawa dingin teramat. Mungkin sebab hujan di luar. Parking tepi jalan, sangat limited. Tourist area. So expect jem pada hari Jumaat tengahari.

Kalau mai Lumut jangan lupa singgah solat di sini.

Hujan renyai di pagi jumaat 17/12/2021
Beruntunglah mereka di saf depan. Saya di saf no. 2 saja
Di bawah lindungan Allah

Page 5 of 43

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén