life is short. do first thing first.

Category: Travel Page 4 of 44

JALAN-JALAN SATU PULAU JAWA (Part 01/10 — OVERVIEW)

Assalamualaikum. Jumpa lagi. Hangpa pahabaq?

Ini adalah coretan kembara saya di Pulau Jawa pada bulan Mei tahun 2023. Dalam 10 hari lagutu. Dari Jakarta di Jabar (Jawa Barat) hingga ke Madura di Jatim (Jawa Timur).

Sedikit sejarah pulau Jawa.

Pulau Jawa terbahagi kpd 6 provinsi atau negeri. Jawa Timur, Jawa, Barat, Jawa Tengah, Banten, Jakarta dan Jogjakarta. Penduduk pulau Jawa sekitar 150 juta menjadikannya pulau terpadat di dunia.

Peta Pulau Jawa ihsan wikipedia.
Pak-pak beca berlindung dari hujan di Surabaya sementara menunggu pelanggan.

Saya dah lama nak menulis kisah Jawa ni tapi baru ni boleh mula menulis. Semoga perkongsian ini bermanafaat kpd semua.

Untuk mudah hangpa baca dan mudah aku menulis aku bahagi kpd beberapa siri. Mudah gitu kan…

Cadangan siri atau parts:

1. Overview

2. Solat maghrib di Masjid Istiqlal, Jakarta

3. 2 hari 1 malam di Jakarta.

4. Naik kereta api ke Bandung

5. 2 malam di Bandung

6. Satu malam di Semarang

7. Merapi, Borobodur. Jogjakarta

8. Mendaki Bromo

9. Kutip epal di Kota Malang yang nyaman

10. Surabaya – kota ke 2 terbesar di Indonesia.

Wow semuanya ada 10 siri. kalau siap sepenuhnya lah. Begitu optimistiknya kamu ya Abu Adam. Insya Allah Taala. List ni mungkin bertambah atau berkurang bergantung kpd …

Ya Allah tolonglah aku habiskan projek ini.

JALAN-JALAN HATYAI SONGKHLA THAILAND 3H2M NAIK BAS DARI KL

Projek jalan-jalan Hatyai / Songkhla ialah projek DIY bermula di Hentian Duta, KL, berakhir di Hatyai, Thailand. Dan balik semula ke KL (KL Sentral).

Pergi naik bas ekspres KL – Hatyai (via Bukit Kayu Hitam).

Balik naik tren Thai dari Hatyai ke Padang Besar. Then naik tren ETS ke KL.

Kami sewa tuktuk Hj Saari sepanjang 3H2M di Hatyai.
ASEAN Night Bazar di Hatyai

NAIK BAS EKSPRES DARI HENTIAN DUTA, KL

Bas ekspres bergerak dari Hentian Duta KL jam 10:30 malam hari Jumaat malam Sabtu. Bas meluncur laju di atas Lebuhraya PLUS menuju utara. Hanya satu toilet break di RnR Simpang Pulai. Kata Ah Weng — pemandu bas yang peramah yang dibayar gaji RM 150 per trip — mesti sampai awal di Bukit Kayu Hitam sebelum 6 pagi sebab queue panjang di sempadan Malaysia – Thailand. Kami sampai sempadan jam 5 pagi. Betul apa yang dikata Ah Weng, bas-bas ekspres dan kereta-kereta persendirian plet nombor Malaysia sudah siap beratur panjang menunggu pintu imigresen dibuka mulai 6 pagi. Nasib baik arrival card a.k.a white card telah siap diisi oleh syarikat bas sebelum naik bas tadi di KL.

PROSES IMIGRESEN MALAYSIA (BUKIT KAYU HITAM)

Bas berhenti di imigresen Malaysia. (kompleks ICQS yang baru dan besar)

Semua penumpang turun membawa beg masing-masing.

Scan bag seperti mesin scanner di airport.

Cop passport. Pastikan ada stamping KELUAR di passport anda.

CERITA SETERUSNYA DAN LEBIH BANYAK GAMBAR2 DI LINK DI BAWAH.

https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid02doBzPMbca5ixLNxAta4LshQPS2NZE8jfazhyni1nmcJsNjcm7NoyWihc4VBjzt1fl

MENGAPA ORANG MALAYSIA SUKA PI HATYAI, THAILAND?

Surau atau musholla (prayer room) sangat mudah ditemui di sekitar Hatyai termasuklah di floating market ini.
Hatyai is food-haven for healthy normal people.

Jawapannya mudah saja. Baca sampai habih.

Sebelum tu kita study sejarah sikit.

Wilayah-wilayah selatan (southern provinces) Thailand asalnya adalah sebahagian dari kerajaan Islam Kedah. Pada tahun 1909 penjajah British berpakat dengan kerajaan Siam meletakkan wilayah2 ini di bawah Siam dengan melukis semula peta sempadan Malaysia / Thailand seperti yang kita lihat sekarang. Penduduk wilayah2 ini 90% adalah Muslim pada asalnya. Kerajaan Siam kemudiannya membawa masuk ramai penduduk Thai berugama Buddha dari wilayah utara ke wilayah selatan untuk menseimbangkan taburan penduduk. Nama-nama asal wilayah2 selatan adalah nama Melayu seperti Narathiwat (Menara), Yala (Jala), Satun (Setol), Songkhla (Senggora), Pattani (Petani) dan banyak lagi.

Pengaruh Melayu dan Islam di kawasan ini boleh dilihat dengan jelas. Perempuan dewasa dan murid-murid sekolah memakai tudung menutup aurat adalah pemandangan biasa. Makanan halal sangat mudah didapati termasuklah di kawasan pelancong seperti floating market di mana hampir kesemuanya perempuan Islam bertudung menjual makanan dari dalam sampan. Sama juga dengan ASEAN night market. Surau dan masjid pun banyak. Syiar Islam dapat dilihat di bandar ini, bagi mereka yang ingin melihat.

Itulah antara sebab orang Malaysia suka pi Hatyai. Orang Hatyai adalah saudara-saudara seugama kita. Budaya, bahasa, pakaian dan makanan mereka sama atau hampir sama dg kita. Nak solat mudah. Surau / masjid banyak. Imigresen Thailand di pekan Danok pon ada surau. Kami berenti solat subuh di situ.

Nak makan pun cukup mudah. Makanan halal everywhere.

Sebab-sebab lain.

Visa free. Hanya perlu passport (Bukan macam Australia/Amerika kena pi interview di kedutaan bagai.)

In short, Hatyai adalah Muslim territory. Pergilah bermusafir ke sana tanya khabar hal ehwal saudara-saudara Islam kita di sana sambil membangun ekonomi mereka.

Setiap tempat tarikan pelancong dipenuh bas dan kereta bernombor plet Malaysia.

Terengganu.

Kelantan.

Kedah.

Perak.

Itulah sedikit cerita pasal Hatyai di wilayah Songkhla, Thailand yang sempat aku lawati satu weekend di bulan Februari 2023.

Cerita lanjut di sini:

https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid02doBzPMbca5ixLNxAta4LshQPS2NZE8jfazhyni1nmcJsNjcm7NoyWihc4VBjzt1fl

MAKAN NASI DALAM BULOH, MASAK AYAM DALAM BULOH, TIDUR PUN DALAM BULOH DI POS TUEL, GUA MUSANG.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tanggal 3-4 Disember 2022 saya sempat mengikuti program Ziarah Dakwah di perkampungan orang asli di Pos Tuel Gua Musang anjuran sebuah NGO kebajikan iaitu PERTUBUHAN WANNOR PRIHATIN atau simply WANNOR CARE. NGO ini agak aktif kalau dilihat dari posting di Facebook Page nya iaitu FB WANNORCARE.

Pos Tuel terletak dalam jajahan Gua Musang, Kelantan. Boleh diakses melalui jalan raya Simpang Pulai – Gua Musang.

Jarak kurang lebih 120km dari Ipoh, 90 km dari bandar Gua Musang. Jalan masuk bertar dan berlubang sikit-sikit sebab musim hujan. Kereta biasa boleh rapat ke lokasi, tak perlu kenderaan 4×4. Kereta lowered akan ada masalah.

Penduduk di sini terdiri dari suku Temiar dan Semai, sebahagiannya beragama Islam.

Sewaktu kami masuk ke sini, musim durian belum berakhir. Sempatlah merasa durian bukit. Boleh bawa balik bagi ko jiran di bandar dg harga serendah RM6 sekilo. Petai hanyalah 50 sen se keping. Pemborong durian kena royak seminggu lebih awal, sempatlah Pak Atan panjat. Musim hujan susah sikit katanya. Batang pokok licin.

Banyak lagi gambar dan cerita selanjutnya di pautan ini. Kalau ada komen atau soalan, masukkan dalam ruang komen di bawah.

https://www.facebook.com/wannorcare/posts/454908990187857

Part 7/7: MASJID FAISAL MASJID KE-6 TERBESAR DI DUNIA.

Assalamualaikum.

Islamabad ialah ibu negara Pakistan walaupun ianya bukanlah bandaraya terbesar di Pakistan.

Terdapat sebuah masjid tersohor di sini yang mwnjadi tumpuan pelancong seluruh dunia jika sampai di Islamabad.

Masjid Faisal dibina menggunakan dana Raja Faisal Arab Saudi pada tahun 1976.

Masjid ini boleh menampung seramai 300,000 jemaah. Masjid ini adalah masjid terbesar di Asia Selatan dan ke-6 terbesar di dunia dari segi kapasiti.

Di perkarangan masjid terdapat perkuburan Presiden Pakistan General Muhammad Zia ul Haq, yang terkorban dalam kemalangan helikopter C-130 pada tahun 1988. Banyak teori dan misteri menyelubungi kematiannya sehingga hari ini antaranya ianya dirancang oleh CIA dan juga mungkin disebabkan pandangan kerasnya terhadap golongan Syiah.

Anda boleh google mengenai kemalangan ini dalam internet.

Apa pun, bila sampai di sini kita berdoa semoga Allah merahmatinya.

Allahumaghfirlahu warhamhu.

Cerita lanjut di link ini ==> https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid032PecWiAgECMj5NhqZVihhJFWr9pWX5FbSkvooaBUXm86AkPvjPWAvkryoAtX7V7ql

Page 4 of 44

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén