Terdapat beberapa masjid yang sempat saya singgah semasa bertandang ke Seremban pada bulan Mac 2021.
Salah satunya masjid ini. Masjid Negeri yang terletak sebelah Taman Tasik (Lake Garden) di tengah-tengah bandar Seremban. Dibina dengan rekabentuk Minangkabau pada tahun 1967.
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua.
Hari ini 6 Syawal 1442. PKP seluruh negara. Tak ada benda nak buat. Nak ziarah raya tak boleh. Nak rentas daerah tak dibenarkan. Rentas negeri lagi lah tak boleh. So boleh lah update blog ini.
Kita sambung pengembaraan kita di Bosnia Herzegovina.
NOTA: Ini adalah bahagian ke 14 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Kali ini kita sampai di Travnik, sebuah bandar di bahagian tengah Bosnia, sekitar 90 km ke utara Sarajevo.
Travnik pernah menjadi ibu negara Bosnia selama 150 tahun dari tahun 1697 sehingga 1850. Gabenor-gabenor dari kerajaan Othmaniyyah yang pernah memerintah Bosnia menjadikan Travnik sebagai rumah mereka. Mereka mendirikan bangunan, kedai, masjid-masjid, madrasah dan sekolah mengikut senibina Turki. Mereka menjadikan Travnik sebagai “Istanbul di Eropah”. Kuburan gabenor-gabenor ini masih boleh dilawati di bandar ini. Dikatakan terdapat lebih 70 kuburan gabenor di sini.
Kami singgah di Travnik untuk makan tengahari dan solat jamak Zuhur / Asar di masjid berdekatan. Tidak banyak tempat yang sempat dilawati di Travnik. Sebelum maghrib malam ini kami perlu sampai di Bihac. Dengan masa yang singkat, antara yang sempat kami singgah ialah Madrasah Ibrahim Pasha, Stari Grad Castle dan Plava Voda.
Banyak kafe dan kedai cenderahati di tebing sungai. Singgah seketika di sini, menikmati udara segar sambil menikmati keenakan kopi Bosnia. Di sini juga terdapat kincir air lama (memang lama pun…) dan jambatan batu yang turut menambah seri kepada sungai Plava Voda yang sememangnya unik.
Ini ada beberapa gambar dan klip video yang sempat dirakam dari atas bas PUPE yang menjadi rumah kami sepanjang road trip di Balkan merentas 9 buah negara, dari Bulgaria sampailah ke Itali.
Road trip merentasi Bosnia adalah satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua.
Hari ini 4 Syawal 1442. PKP seluruh negara. Tak ada benda nak buat. Nak ziarah raya tak boleh. Nak rentas daerah tak dibenarkan. Rentas negeri lagi lah tak boleh. So boleh lah update blog ini.
Kita sambung pengembaraan kita di Bosnia Herzegovina.
NOTA: Ini adalah bahagian ke 12 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Kali ini kita sampai di Sarajevo. Betul-betul sampai di Sarajevo. Finally! Janji Encik Solehin utk makan tengahari di Sarajevo menjadi kenyataan.
Sarajevo ialah ibu negara Bosnia & Herzegovina. Penduduk Sarajevo hampir 350,000 dari keseluruhan 3.3 juta penduduk Bosnia. Bosnia menuntut dan mendapat kemerdekaan dari Yugoslavia Federation pada tahun 1992 dan akibat dari deklarasi kemerdekaan inilah berlakunya Perang Bosnia. Itulah sedikit sejarah Bosnia. Nak tahu detail, kena tanya google.
Untuk memudah penulisan saya dan memudahkan anda baca posting ini, saya bahagikan posting ini kepada tempat-tempat menarik yang saya singgah di Sarajevo, mengikut turutan masa kejadian, sepanjang 2 hari kami di sini. Semua gambar diambik dengan kamera sendiri, jadi bersabarlah dengan kualiti gambar. Kalau ada gambar pinjam, saya bagitau.
TAMAN NEGARA VRELO BOSNE di ILIDZA
Selepas makan tengahari — menu utama steak ala Bosnia dengan nasi, nasi minyak gitu — kami bergerak ke Ilidza.
Ilidza ialah kawasan suburban Sarajevo. Di sini terdapat sebuah taman negara di kaki pergunungan yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. Yang menarik di sini ialah alam semulajadinya seperti air sungai yang mengalir bertingkat, kolam itik angsa, trek hutan, barisan pokok-pokok maple yang tinggi-tinggi yang tersusun dan kolam air panas.
THE SARAJEVO TUNNEL
Ini cerita Perang Bosnia.
Jom belajar Tawarikh (Sejarah lah tu).
Pada tahun 1992 Sarajevo telah dikepong selama 1425 hari oleh tentera Serb laknatullah. Bekalan makanan dan perubatan tidak sampai ke Sarajevo sebab dikawal oleh tentera Serb. Demi survival penduduk Sarajevo telah mengorek secara rahsia sebuah terowong bawah tanah yang panjangnya 762 meter, tinggi 1.5 meter untuk menyeludup masuk bekalan makanan dan bantuan. Terowong ini dikenali sebagai THE SARAJEVO TUNNEL. Pintu masuk ke terowong ini bermula di sebuah rumah.
Pintu masuk ke terowong ialah rumah ini. Masih ada kesan bedilan tentera Serb dari atas bukit sekeliling Sarajevo
Taklimat sebelum masuk
Tinggi hanya 1.5m
Panjang 800 meter
Pintu masuk
Terowong Sarajevo merupakan satu strategy perang yang berkesan
Jika anda datang ke Sarajevo, anda masih boleh melihat rumah ini dengan kesan tembakan di dinding dan terowong tersebut.
Itulah sedikit pelajaran Sejarah kita hari ini. Nak tau lebih lanjut, google sendiri.
MASJID GAZI HUSREV-BEG dan OLD BAZAR
Masjid ini dibina pada tahun 1530 Masihi dengan direka bentuk oleh arkitek kanan Empayar Othmaniyyah pada waktu itu yang bernama Azem Ali berasal dari Parsi (sekarang Iran). Gazi Huzrev Beg ialah governor empayar Othmaniyyah di Sarajevo pada waktu itu.
NOTA: Beg juga ditulis dengan Bey. Sama je tu. Orang tempatan hanya menyebut Masjid Bey sahaja.
Masjid ini terletak di pusat bandaraya Sarajevo, kawasan tumpuan pelancong. Sebelum turun dari bas, Encik Willy bagi amaran berhati-hati dengan beg tangan semasa berjalan di lorong yang sesak. Jangan sesekali buka beg nak ambik duit utk menderma di hadapan peminta sedekah atau pengemis.
Never put wallets at the back pocket. Never carry or use mobile phones in crowded area.
Encik Solehin menambah:
In Balkan, TRUST NOBODY. SUSPECT EVERYBODY.
Encik Abu menambah:
Hati-hati lintas jalan. Kereta laju giler.
Masjid Gazi Huzrev-Beg di SarajevoFountain di halaman Masjid Bey di Sarajevo. Ianya adalah kolam air yang disalurkan dari gunung yang menjadi sumber air utama penduduk Sarajevo ketika itu. Sekarang sudah tidak digunakan. Beberapa kali musnah dalam peperangan demi peperangan dan dibaiki. Struktur sekarang sudah tidak original.Pintu masuk ke ruang solat utama di Masjid Bey di Sarajevo.Pengunjung wanita di masjid Bey di SarajevoMadrasah dalam kompleks Masjid Bey di SarajevoKedai-kedai di sekitar Masjid Bey, SarajevoPintu masuk utama ke kompleks Masjid Bey Sarajevo
Kedai-kedai sebelah masjid ini bersambung membentuk Old Bazar, sebuah kawasan membeli belah tradisional. Old Bazar tempat warga tempatan minum-minum petang sambil berborak dengan kawan-kawan.
Pekena Kopi Arab di Old Bazar, Sarajevo Old Bazar di Sarajevo — tempat lepak dan melihat gelagat manusia pi mai pi mai tang tu jugak Kedai-kedai di Old Bazar, Sarajevo.
Masjid ini terletak di pusat bandar Sarajevo, dikelilingi oleh pasar dan kedai membeli-belah. Halaman masjid ini sebenarnya sebuah kompleks terdiri dari masjid itu sendiri, sebuah fountain bersejarah, menara jam dan madrasah.
Masjid ini masih hidup dan aktif sekarang ini. Kelihatan ramai pelawat luar ketika rombongan kami singgah solat di sini, sambil membeli cenderahati di kedai-kedai sekeliling masjid. Selepas itu saya minum kopi Arab di Old Bazar dengan Encik Solehin sementara menunggu kaum ibu melontar jumrah.
Ini adalah City Hall Sarajevo. Terletak berdekatan Masjid Gazi Husrev Beg dan Old Bazar.
BERMALAM DI SARAJEVO
Takkan lah nak tidoq atas bas. Encik Solehin bawa kami bermalam di Hotel Koncept Residence berhadapan sebuah bulatan yang besar di Sarajevo. Makan malam sendirian berhad lagi.
Hotel kami bermalam di Sarajevo. Boleh kasi 3.1 bintang.Sebab bersih dan modenKafe penuh cahaya semulajadi
BYE BYE SARAJEVO
Kesokkan pagi selepas sarapan, kami check-out dan naik bas PUPE bergerak menuju Travnik. Ada apa di Travnik??? Tunggu posting ke 13. Insya Allah.
Jika anda melalui lebuhraya LPT2 dari KL ke Kuala Terengganu, exit terakhir LPT2 ialah Kuala Terengganu. Plaza tol exit KT terletak di Kg Gemuroh.
Selepas bayar tol anda akan sampai di simpang tiga jalan utama KT – Kota Bharu. Di simpang ini, pusing kiri dan lebih kurang 1-2 km anda akan jumpa masjid ini di sebelah kanan anda.
Ianya ialah sebuah masjid design lama. Parking dalam compound masjid terhad tetapi ruang solat luas dan selesa.