Seorang ahli jemaah yang regular. Baik orangnya, Selalu melazimi solat berjemaah di surau dengan anak lelakinya Afif.
Semoga Allah merahmati Dr Sazzad, semasa hayatnya seorang pensyarah di UIAM kampus Gombak. Beliau berasal dari Bangladesh meninggalkan isteri dan 4 orang anak.
Pengajaran kpd saya — Rupanya dunia bukan tempat tinggal. Dunia tempat meninggal. Yang hidup teruskan beramal. Tiada pilihan lain.
Hari Jumaat 17/12/2021 semasa ziarah ke Lumut, saya sempat singgah di masjid ini. Terletak di Teluk Muroh berdekatan dg pangkalan tentera laut.
Uniknya Masjid ini ialah kubahnya berwarna hitam seperti masjid Zaher di Alor Setar Kedah, kecuali saiznya yg agak kecil.
Ruang utama berhawa dingin teramat. Mungkin sebab hujan di luar. Parking tepi jalan, sangat limited. Tourist area. So expect jem pada hari Jumaat tengahari.
Kalau mai Lumut jangan lupa singgah solat di sini.
Dok KL lama dah. Biasa sangat naik LRT dan MRT. Tapi jarang sekali naik bas. Setahun sekali dua adalah. Saya memang peminat bas dari kecik. Dulu hobi saya simpan ticket bas UTC. Semasa travel overseas pon, memang suka naik bas. Lagi panjang bas tu lagi best. Terbaru masa pi Balkan tahun 2019, naik turun bas selama 11 hari gitu.
Pagi ini semasa menunggu seseorang di depan Masjid Hospital Sg Buloh, sempat berbual dengan pemandu bas perantara (feeder bus) dari HSB ke MRT Sg Buloh. Dia berhenti sekejap menunggu penumpang. Toilet break di tandas masjid HSB.
Rupa2nya cara naik bas dah berubah. Ini tips yg dia kongsi.
1. Naik bas di hentian yg ditentukan. Tak boleh tahan bas di mana mana suka.
2. Naik ikut pintu depan. Turun ikut pintu belakang.
3. Bayar tambang pakai kad T&G saja. Tiada wang tunai diterima di atas bas. Ada 2 scanner T&G disediakan. Satu pintu naik (depan) satu pintu turun (belakang). Always scan 2 kali. Masa naik dan masa turun.
4. Bayaran dikenakan ikut zon. Bayaran maksimum RM3 akan ditolak dari baki kad T&G anda. Bila swipe masa turun di scanner pintu turun, refund akan dipulangkan balik jika tambang tak sampai RM3.
5. Angkat tangan utk menahan bas. Nak turun tekan button merah di tiang dalam bas.
Kalau tiada kad T&G atau baki tak cukup lagumano?
Saya tanya soalan ini kpd drebar bas perantara ini. Katanya ringkas — tak boleh naik lah. Atas budi bicara pemandu utk tunggu sekejap supaya penumpang boleh pi top-up. Atau pun tunggu bas berikutnya. TIADA WANG TUNAI DITERIMA DI ATAS BAS, walaupun ada balang kaca sebelah pemandu utk masuk duit.
Tambang bas GOKL percuma.
Tambang bas free Selangor percuma.
Tambang bas perantara (feeder bus) RM1 one way.
Sebelum bergerak dia ajak saya naik bas dia pusing dari masjid HSB ke MRT Sg Buloh dan balik semula ke masjid HSB. Dalam 20 minit satu pusingan katanya. Saya declined politely. Memang tiada penumpang waktu itu.
Dia melahirkan rasa kecewa dengan sikap org tempatan yg tak suka naik bas. Yang ramainya foreigners yang ambik kesempatan naik bas percuma.
KESIMPULANNYA untuk naik pengangkutan awam di KL wajib ada kad T&G atau kad pengenalan yg ada fungsi T&G. Wang tunai anda tak laku di sini.
Solat adalah rukun Islam ke dua. Solatlah yang membezakan Islam dan kafir. Meninggalkan solat disebabkan memandang ringan atau malas hukumnya kafir (mengikut mazhab Hambali). So jangan main-main.
Islam memberi kemudahan (rukhsah) kepada musafir dan yang sakit — tiada sebab untuk tinggalkan solat semasa dalam perjalanan. Solat boleh dipendekkan atau dijamakkan, tetapi tidak boleh dilewatkan walaupun qadha kemudian.
Cabaran solat di tempat awam di luar negara ada dua peringkat. Cabaran pertama nak ambik wudhu. Cabaran kedua nak cari tempat solat yang sesuai. Kalau bawa botol air, selesai masalah wudhuk. Kalau ambik wudhuk di tandas awam, jaga etika masa basuh kaki.
Bagaimana nak solat bila berada dalam pesawat? Beberapa tips untuk travellers, berdasarkan pengalaman saya semasa outstation dan mengembara suatu masa dulu sebelum PKP dulu.
Selalunya pesawat (dibaca: kapalterbang) ada ruang-ruang yang membolehkan kita berdiri utk solat seperti dekat dapur (galley). Minta kebenaran air stewardess. MAS dan airlines berpengkalan di Timur Tengah seperti Royal Jordanian selalunya ada disediakan tempat solat seperti ini. Siap dengan sejadah sekali lagi. Rukun solat no 3 ialah berdiri tegak. Jadi dalam keadaan aman kita wajib berdiri tegak ketika solat. Akan tetapi Islam itu mudah — dalam keadaan darurat seperti ada air turbulent atau seumpamanya, kita bisa saja solat setakat mana yang boleh. Kita bisa saja solat duduk atas seat dalam keadaan darurat.
Ambik wuduk secara sederhana. Lakukan yang wajib saja. Tak perlu basuh anggota wuduk 3 kali kalau air tak banyak. Bersihkan dan keringkan tandas sebelum keluar. Kebersihan itu sebahagian dari iman.
Pastikan mengadap kiblat. Check arah kiblat dengan melihat peta perjalanan dalam screen depan kita atau tanya pramugari. Bagaimana jika arah kiblat berubah disebabkan pesawat berubah arah semasa solat? Dalam kes ini, kita hanya wajib mengadap kiblat semasa takbiratul ihram. Lepas itu ikut saja haluan pesawat.
Solatlah dengan ringkas tetapi sempurna dan khusyuk. Tak payahlah wirid atau berdoa panjang-panjang atau solat sunat selepas bagi salam. Itu boleh buat bila kembali ke tempat duduk kita. Bagi peluang orang lain solat pulak.
Bersangka baik bila nampak kawan kita tak solat. Mungkin mereka solat dalam keadaan duduk di seat mereka.
Insya Allah perjalanan kita lebih diberkati dan selamat sampai ke destinasi, Moga tips ini berguna kpd travellers. Banyak info pasal solat semasa permusafiran dalam internet dan youtubr. Boleh google. Tiada alasan untuk tinggal atau qada solat semasa dalam perjalanan.