life is short. do first thing first.

Author: abuadam Page 23 of 64

COMING SOON! Road trip across 8 countries in Europe.

COMING SOON!!!

JELAJAH NEGARA-NEGARA  BALKAN

 

JANGAN KECEWA JIKA DI TERTAWAKAN ORANG…

Masjid Kg Sungai Ikan, Kuala Terengganu

Assalamualaikum,

Baru-baru ini semasa aku melalui Jalan KB- KT, aku singgah solat di masjid ini. Ianya terletak sepanjang jalan utama Kuala Terengganu ke Jerteh (seterusnya ke Kota Bharu, Kelantan). Betul-betul di tepi jalan. Di sebelah kanan kalau dari KB. Masjidnya besar berwarna hijau. kawasan parkir yang luas di bahagian hadapan. Ada wakaf dan buaian di belakang masjid, sesuai untuk musafir berehat dan membetulkan urat sebelum meneruskan perjalanan.

Masjid ini berdekatan dengan Kg Gemuruh iaitu susur keluar ke Lebuhraya Pantai Timur 2. LPT2 ialah lebuhraya bertol menuju ke Kuantan dan seterusnya KL.

NOTA –> Jangan tersilap masjid ini dengan Masjid Kg Anak Ikan. Mereka adalah 2 masjid yang berbeza.

END of post.

 

Masjid makmum pakai uniform – Masjid RAMD Port Dickson

Assalamuaikum.

Salam 1 Februari 2019. Warga KL cuti harini. So ada masa nak menulis sikit. Hehe macam lah dia sibuk sangat.

Kali ini aku nak cerita pasal sebuah masjid yang lain dari yang lain. Kelainannnya ialah semua makmum kena pakai uniform masa solat.

Memperkenalkan —-> Masjid RAMD (Regiment Askar Melayu Di Raja) di Port Dickson. Masjid ini terletak dalam kem askar di Kg Si Rusa. Dari pusat bandar PD menuju ke Teluk Kemang, kem ini terletak di sebelah kiri. Ikut saja papan tanda sepanjang jalan pantai tersebut. Anda kena belok ke kiri sedikit baru jumpa masjid ini. Masjid ini bersebelahan Muzium Tentera Darat.

Makmum berkawad selepas solat Subuh

Masjid RAMD di Port Dickson

Masjid ini dimakmurkan sepenuhnya oleh pelatih, askar dan kakitangan kem tentera darat. Pelatih memakai uniform semasa solat berjemaah. Dan selepas solat subuh mereka akan terus berkawad di padang besar sebelah masjid.

Aku selalunya solat subuh di masjid ini selepas bermalam dalam khemah di pantai berdekatan.

END of post.

3 days in Copenhagen (Part 4) – Visiting MALMO, SWEDEN by bus

Pada hari terakhir di Copenhagen, aku membuat keputusan untuk menyeberangi sempadan Denmark – Sweden. Hanya sekadar untuk jalan-jalan. Sahabat aku bagitau kalau naik bas ke Malmo (Sweden) hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit termasuk urusan imigresen dan kastam di sempadan Denmark / Sweden. Bas akan melalui Oresund Bridge yang terkenal itu. Malam itu juga aku membeli tiket bas FlixBus  online. Tak mahal pun. Kurang dari 10 Euro untuk tiket pergi balik.

Keesokan pagi, kami menaiki subway (metro) ke Central Station di tengah bandar Copenhagen. Terdapat hentian bas di luar bangunan Central Station di mana bas ekspres antara bandar ke semua destinasi di Scandinivia beratur mengambil penumpang. Ada bas ke Oslo, Hamburg, Stockholm dan banyak lagi destinasi. Pastikan anda menaiki bas yang betul. Pemandu bas membuat semua benda, bukan saja memandu, dari mengangkat barang sehinggalah kepada menjawab soalan dari penumpang yang nampak sesat. Bahasa Inggeris tiada masalah di sini.

Bas kami tiba agak lewat.

Selepas semua penumpang naik bas, bas bergerak keluar dari kota Copenhagen di kedinginan musim sejuk dengan salji yang rintik-rintik.

Oresund Bridge menyambungkan Denmark dan Sweden. Keunikan Oresund Bridge ialah sebahagiannya terletak di bawah aras laut dan sebahagian lagi di atas permukaan laut. Jika anda sampai ke Copenhagen, cubalah cari jalan untuk menaiki jambatan ini — salah satu cara ialah dengan menaiki bas ke Malmo, Sweden (day trip).

Border crossing Denmark ke Sweden

Rakyat Malaysia tidak perlu visa untuk memasuki Sweden. (Perlu passport sahaja). Tetapi ada pemeriksaan imigresen Sweden sebaik sahaja bas turun dari jambatan memasuki negara Sweden. Pada hari kami sampai, beberapa orang anggota polis dan pegawai imigresen menaiki bas kami di checkpoint untuk memeriksa dokumen perjalanan secara rambang dan bertanya soalan kepada penumpang yang suspicious-looking. Kami hanya menjawab yang kami nak pergi Malmo untuk sight-seeing. Berapa lama di Malmo? Petang nanti balik semula ke Copenhagen.

Selepas melewati Oresund Bridge dan pemeriksaan imigresen kami memasuki bandaraya Malmo. Di sebelah kiri kami ternampak gedung membeli belah IKEA yang sinonim dengan Sweden. Bukit salji yang masih beku kelihatan di kiri kanan lebuhraya menuju ke Malmo. Dari sini, jarak ke Stockholm, ibu negara Sweden lebih kurang 600 km.

Apa kami buat di Malmo?

Bas berhenti di Malmo Central Station, hub pengangkutan utama di Malmo. Di sinilah terletaknya stesen keretapi dan stesen bas.

Dari situ kami jalan-jalan menuju ke pusat bandar. Tidak ramai orang lalu lalang dan tidak banyak aktiviti. Mungkin cuaca terlalu sejuk dan salji masih turun. Kami terjumpa sebuah taman dipenuhi salji tebal di tepi sungai yang airnya belum membeku. Tempat terbaik untuk bergambar.

Dalam perjalanan balik ke Central Station untuk menaiki bas pulang ke Copenhagen, kami melalui pusat bandar baharu Malmo. Bangunan dengan senibina moden dan kontemporari dapat dilihat di kawasan ini.

Jam 4 petang hari itu, kami sudah berada semula di Copenhagen.

Lihatlah imej di bawah yang sempat dirakam sepanjang perjalanan ke Malmo.

Malmo terletak di selatan Sweden lebih kurang 600km ke Stockholm.

Screenshot ini menunujukkan lokasi Oresund Bridge yang menyambungkan negara Denmark dan negara Sweden. Malmo terletak dalam negara Sweden.

 

Menaiki bas di Central Station Copenhagen. Semua bas ekspres ke destinasi di Norway dan Sweden berlepas dari sini. Bas ungu ini menuju Oslo, Norway.

Lebuhraya menuju Sweden dari Copenhagen.

Memasuki terowong bawah laut di Oresund Bridge, Copenhagen.

Laluan kereta dan lori di Oresund Bridge. Laluan tren di tingkat bawah.

Oresund Bridge sepanjang 8 km menghubungkan Denmark dan Sweden.

Had laju 90 km/j di atas Oresund Bridge

Ada ketikanya jambatan ini ditutup bila mana cuaca tidak baik.

Oresund Bridge

Oresund Bridge

Memasuki negara Sweden melalui Oresund Bridge

Memasuki negara Sweden melalui Oresund Bridge

Swedish immigration checkpoint at Oresund Bridge

Stockholm here I come.

Sweden is home for IKEA

Padang salji di sebuah taman di Malmo, Sweden.

Musim sejuk di Malmo, Sweden

Pusat bandar Malmo, Sweden.

Pusat bandar Malmo, Sweden.

Sebuah taman awam di Malmo yang ‘tenggelam’ dalam salji.

Sungai yanghampir beku mengalir di sebuah taman awam di Malmo, Sweden.

Lebuhraya bersalji dari Malmo ke Stockholm di Sweden.

Sebuah bas ekspres di Malmo, Sweden.

Pusat bandar Malmo, Sweden.

Sebatang jalan di Malmo, Sweden.

Pengangkutan awam di Malmo, Sweden.

Malmo di musim sejuk.

Central Station, Malmo, Sweden.

Bangunan kontemporari di Malmo, Sweden.

Senibina menarik di Malmo, Sweden.

Senibina moden dan kontemporari di Malmo, Sweden.

Bangunan kontemporari di Malmo, Sweden.

Musim sejuk di Malmo, Sweden.

Bangunan kontemporari di Malmo, Sweden.

Senibina abstrak di Malmo, Sweden. Apakah ini?

Sebatang terusan di Malmo, Sweden.

Kings Park di Malmo, Sweden.

Pokok ini bertahan dengan musm luruhnya. Malmo, Sweden.

Sebuah taman awam di Malmo, Sweden.

Salji di mana mana. Malmo, Sweden.

Tren ini menuju ke Stockholm, Sweden.

Central Station, Malmo, Sweden.

Central Station, Malmo, Sweden.

Maritime University, Malmo Sweden.

Terusan di Malmo, Sweden.

Pedestrian bridge di Malmo, Sweden.

Deretan bangunan bersejarah di Malmo, Sweden.

Sebuah bangunan bersejarah di Malmo, Sweden.

Pintu masuk Central Station di Malmo, Sweden.

Pemandangan di dalam Central Station, Malmo, Sweden.

Bangunan bersejarah di Malmo, Sweden.

Page 23 of 64

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén