life is short. do first thing first.

Tag: masjid Page 6 of 8

Masjid Umari di Kg Telaga Bata, dekat Kota Bharu, Kelantan

image

Masjid ini terletak di pinggir bandar Kota Bharu di negeri Kelantan.
Saya singgah utk solat Jumaat pd 31 Mei 2013 semasa menziarahi sahabat Hj Ghani di Kg Telaga Bata. Masjid lama ini terletak di sebelah jalan utama di kampung ini.

Bagaimana nak sampai ke sini?

Bukan mudah untuk sampai ke masjid ini terutama bagi orang luar. Jalan mudah untuk sampai ke sini dari KB ialah melalui Kubang Kerian. Dari jalan depan HUSM terus jalan sehingga sampai simpang empat, belok ke kanan menuju pekan Raja Jembal (nama lama = Kedai Lalat) melepasi Pulau Melaka (Pulau Melaka terkenal kerana rumah TG Nik Aziz dan sekolah agamanya di sini). Selepas lampu isyarat ke dua di Raja Jembal, pusing kiri dan jalan terus sampai simpang tiga menuju Bachok. Pusing kanan dan masjid ini lebih kurang 1atau 2 kilometers sepanjang jalan ini.

Masjid Sinsuran di KK, Sabah

Kota Kinabalu, bandaraya terbesar ke-2 di seluruh Borneo, merupakan pusat perniagaan dan tarikan pelancong tersohor di Sabah. BKI merupakan lapangan terbang antarabangsa ke-2 tersibuk di bumi Malaysia, dengan penerbangan terus ke Jepun, China, Filifina dan Australia.  Kawasan yang popular dengan pelancong tempatan dan luar negara di KK terletak di Jalan Tun Fuad Stephens. Di sinilah terletaknya Pasar Filifina dan hotel-hotel 5 bintang seperti Hyatt Regency dan Le Meridien. Pelancong bertumpu ke sini kerana watefrontnya yang cantik menghadap Laut Cina Selatan. Di sebelah malam kawasan waterfront ini menjadi tapak pasar malam yang terkenal dengan makanan laut bakar (grilled seafood).

Daerah ini bernama Sinsuran. Terdapat sebuah masjid di kawasan ini di belakang Pasar Filifina. Semasa aku ke KK penghujung Disember 2012, aku sempat solat Jumaat di masjid ini. Keadaan masjid sangat daif, bumbung zink dan ketika itu sedang dibaikpulih. Golongan pekerja bawahan industri perikanan dan pelancongan membanjiri masjid utk solat Jumaat, dan dari pertuturan mereka, kebanyakan mereka adalah pendatang dari Filifina dan Indonesia dan selebihnya bumiputera  Sabah. Sekitar Masjid sangat sibuk dengan aktiviti persiapan pasar malam yang akan bermula beberapa jam lagi.

Imam berkhutbah di Masjid Sinsuran, KK, Sabah pada 28/12/2012. Makmum terdiri dari golongan muda, kebanyakan pendatang dari seberang.

Pintu masuk ke Masjid Al-Aman di Sinsuran, KK, Sabah.

Surau Kg Lereng Bukit, Miri, Sarawak

image

Aku sempat solat Asar berjemaah di surau ini hari ini. Asar masuk waktu jam 441pm di bandaraya Miri. Surau ini terletak di sebuah kampung di lereng bukit Canada, sebuah bukit popular di Miri overlooking pusat bandar.  Sebab itulah namanya begitu. Satu side ialah lereng bukit dan satu side lagi ialah jalanraya Miri-Pujut yang sibuk. Dari surau ini kelihatan jelas PELITA commercial center termasuk Servay supermarket. Hari ini, hanya 6 orang makmum termasuk imam, solat Asar walaupun kampung ini dipenuhi 5000 umat Islam pelbagai keturunan. Mungkin hidayah on the way.

>>> Posted from xperia x10 running WordPress for Android

Idil Adha 2011 di Miri, Sarawak

image

Idil Adha fell on Sunday 6/11/2011 in Miri, Sarawak, while neighboring friends in Brunei celebrated it a day after. The biggest masjid in Miri district, masjid attaqwa, became magnet to God-fearing muslims around Miri. Currently under renovation, it did not stop congregation from performing their duties. Ustaz Nassru delivered khutbah.

>>> Posted from xperia x10 running WordPress for Android

Masjid Darul Ridzuan, Miri, Sarawak

image

Masjid ini terletak di tepi jalan utama dari Miri Airport ke pusat bandaraya Miri. Walaupun binaan kayu, masjid ini berhawadingin. Ketika saya berada di sini pada 27/11/2011, khutbah solat jumaat di sampaikan khatib dengan menggunakan LCD projector. Mesej khutbah dengan tema DENDAM SYAITAN, memang jelas. Setiap isi khutbah dan ayat Quran terpampang di skrin besar menjadikan makmum lebih fokus — susahlah nak lelap mata. Syabas AJK masjid kerana kreativiti ini.
Nota: Masjid ini berjiran dg kem tentera darat. 500m ke depan, terdapat Miri Merdeka Mall.

>>> Posted from xperia x10 running WordPress for Android

Page 6 of 8

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén