Kota Kinabalu, bandaraya terbesar ke-2 di seluruh Borneo, merupakan pusat perniagaan dan tarikan pelancong tersohor di Sabah. BKI merupakan lapangan terbang antarabangsa ke-2 tersibuk di bumi Malaysia, dengan penerbangan terus ke Jepun, China, Filifina dan Australia. Kawasan yang popular dengan pelancong tempatan dan luar negara di KK terletak di Jalan Tun Fuad Stephens. Di sinilah terletaknya Pasar Filifina dan hotel-hotel 5 bintang seperti Hyatt Regency dan Le Meridien. Pelancong bertumpu ke sini kerana watefrontnya yang cantik menghadap Laut Cina Selatan. Di sebelah malam kawasan waterfront ini menjadi tapak pasar malam yang terkenal dengan makanan laut bakar (grilled seafood).
Daerah ini bernama Sinsuran. Terdapat sebuah masjid di kawasan ini di belakang Pasar Filifina. Semasa aku ke KK penghujung Disember 2012, aku sempat solat Jumaat di masjid ini. Keadaan masjid sangat daif, bumbung zink dan ketika itu sedang dibaikpulih. Golongan pekerja bawahan industri perikanan dan pelancongan membanjiri masjid utk solat Jumaat, dan dari pertuturan mereka, kebanyakan mereka adalah pendatang dari Filifina dan Indonesia dan selebihnya bumiputera Sabah. Sekitar Masjid sangat sibuk dengan aktiviti persiapan pasar malam yang akan bermula beberapa jam lagi.
Leave a Reply