life is short. do first thing first.

Tag: Malaysia Page 3 of 5

Mendaki Gunung Kinabalu di Sabah, MALAYSIA

“Only after the last tree cut, the last fish caught, the last river poisoned, we realize that we cannot eat money.”  – notme

NOTA:  Projek ini agak ‘adhoc’ dalam erti kata kurang persediaan fizikal dan mental dan tiada dalam jadual tahunanku. Banyak latihan mendaki di Canada Hill, Miri anjuran penganjur tidak dihadiri dek kesibukan dengan tugas rasmi dan tugasan luar kawasan. Walau bagaimana pun, kesempatan yang ada tidak dipersiakan. Semangat Vasco da Gama (ingat sejarah Melaka?) yang membara dalam jiwaku meronta-ronta ingin mencoba benda baru, pergi ke tempat baru, berjumpa kawan baru, dan seterusnya menyahut cabaran ke gunung ini. Aku  berkesempatan memanjat hingga ke puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara ini pada bulan Februari 2011 dengan rombongan syarikat tempat kerja.

Walaupun Gunung Kinabalu tergolong dalam kategori antara yang paling mudah didaki di dunia, faktor keselamatan perlu dipandang berat, terutamanya apabila cuaca buruk dan pendakian dalam kegelapan malam. Tiada kemahiran mendaki yang khusus diperlukan. Anda hanya perlu ‘fit’ dan ada ‘determination’.

Ada dua cara untuk sampai ke puncak, berdasarkan kepada lokasi permulaan pendakian.  Cara kami ialah memanjat melalui TIMPOHON Gate yang terletak dalam kawasan Taman Negara Kinabalu. Satu lagi ialah melalui  Mesilau Nature Park (di Kundasang).  Setiap pendaki mesti melalui 2 fasa untuk sampai ke puncak. Fasa 1 bermula dari Timpohon Gate ke Laban Rata. Fasa 2 bermula dari Laban Rata ke Low’s Point.  Laban Rata ialah tempat persinggahan sementara untuk pendaki berehat selepas seharian mendaki. Terdapat beberapa hostel  di Laban Rata untuk tujuan in. Low’s Point ialah puncak tertinggi Gunung Kinabalu.

Sedikit sejarah. Pada ketinggian 4095 meter, gunung ini merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Memanjatnya menjadi impian pendaki-pendaki seluruh Asia. Hakikat ini terbukti apabila aku melihat dan berjumpa dengan pendaki veteran terutamanya dari Asia Jauh seperti Jepun dan Korea dan pendaki dari Eropah. Di garis permulaan pendakian, aku berjumpa dengan wajah-wajah internasional ini. Juga di pondok-pondok tempat rehat dalam perjalanan ke atas.  Apakah asal usul nama Kinabalu ini? Akinabalu bermaksud balu-balu yang berasal dari negara China yang kehilangan suami yang memanjat gunung ini dan tidak pulang-pulang. Pedagang China sampai menjadikan puncak gunung ini sebagai pedoman arah kapal dagang mereka. Mereka berhenti di sini, berkahwin dengan orang tempatan.

Pemandangan dari puncak ke bawah tidak dapat digambarkan.

Bandaraya Kota Kinabalu boleh dilihat dengan jelas. Begitu juga dengan pekan dan kampung di kaki gunung. Awan berada di bawah seumpama gumpalan kapas berselerakan. Udara sejuk kurang 10C. Dikelilingi gunung ganang berbatu yang berlapis-lapis dek hakisan angin dan hujan jutaan tahun, rasa syahdu terasa. Pemandangan aneh sekali seperti di permukaan planet asing. Lapisan batu seperti kek lapis Sarawak memang unik, menyebabkan kita berhenti untuk berfikir siapa penciptanya. SUbhanallah. Mahasuci Allah. Angin sejuk bertiup. Titisan air dari awan menampar muka yang kering.

Jika anda pencinta dan pengkaji flora dan fauna, terdapat banyak tumbuhan dan bunga-bungaan unik sepanjang pendakian. Anda dapat melihat perubahan bentuk tumbuhan dari berdaun lebat di kaki gunung sehinggalah berdaun kecil di puncak gunung.

Demi memelihara eko-sistem dan kerosakan alam sekitar, Sabah Parks yang menjaga Taman Negara Kinabali ini, menghadkan bilangan pendaki setiap hari. Permit mendaki perlu diminta beberapa bulan lebih awal. Rujuk kepada website Sabah Parks untuk keterangan lanjut.

Ekspedisi bermula dengan ketibaan di Terminal 2 BKI Airport (pesawat Air Asia dari Miri)

Dari Bandaraya KK, hanya 60km ke Taman Negara Kinabalu, titik permulaan pendakian

Pemandangan indah gunung dan lembah sepanjang perjalanan KK - Kundasang

Pendaki mengambil gambar di Pekan Nabalu, dlm perjalanan ke Taman Negara Kinabalu

Persimpangan masuk ke Taman Negara Kinabalu dari jalan utama KK - Ranau

Puncak itulah yang kita nak tawan esok!

3 pendaki wanita bersedia dengan tongkat keramat di Taman Negara Kinabalu. No mountain too high for us!!!

Perjalanan ke Timpohon Gate dari hostel Taman Negara Kinabalu menaiki coach melalui jalan sempit di lereng gunung

Papan kenyataan di Timpohon Gate

Mesti patuhi peraturan semasa berada dalam kawasan Taman Negara Kinabalu. Gunung Kinabalu berada dalam kawasan Tamana Negara.

Timpohon Gate -- titik permulaan pendakian

Laluan dari Timpohon Gate ke Laban Rata sekitar 6km sahaja. Tapi langkah kena ke atas bukan ke depan.

Carson Fall ialah air terjun pertama ditemui selepas berlepas dari Timpohon Gate

'Steps' memudahkan pendakian di beberapa bahagian

Checkpoint setiap 500m memberitahu berapa jauh lagi nak sampai

 

Di mana tiada 'tangga' disediakan, inilah jalannya ke puncak. Best kan?

Telur rebus dan pisang memberi tenaga dan perlu dibawa oleh pendaki beginner

Rest area untuk pendaki berehat dan berkenalan. Tandas disediakan

 

There are no strangers on the mountain, only friends waiting to be met.

 

Jalan ke puncak jaya bukanlah permaidani merah

 

Trek ke puncak. Kalau hujan, anda akan melawan arus deras. No pain no gain!

Sebahagian lagi jalan ke puncak.

Salah satu pondok rehat menghampiri Laban Rata

Laban Rata resthouse dan hostel -- pitstop terakhir sebelum ke puncak

 

Panar Laban Hut -- salah satu lagi hostel di Laban Rata

Gunting Lagadan -- satu lagi hostel di Laban Rata

Keadaan dalam restoran di Laban Rata Resthouse. Makanan ditanggong halal dan panas.

Taklimat keselamatan kepada pendaki jam 3pagi sebelum memulakan fasa ke 2 pendakian dari Laban Rata ke Low's Point

Dalam kegelapan malam, papan tanda menunjukkan 1 km lagi ke puncak

Look, who has reached the top?

Destinasi sudah jelas. Beratur menuju ke puncak.

Mission possible. Target captured.

Tali yang disediakan sepanjang laluan berbatu membantu pendaki dalam kegelapan awal pagi

Kurang oksigen menyebabkan mudah letih. Berehat jika perlu.

 

Ikut dan pegang kuat tali ini -- insyallah selamat sampai

Scenic view going down Mount Kinabalu. Touch the cloud.

Sayat Sayat checkpoint -- only those who manage to go past this point will be rewarded

Mendaki turun selepas matahari mula naik

Pemandangan dari puncak Gunung Kinabalu

Sejenis flora di Gunung Kinabalu

 

Spesis unik hanya di Gunung Kinabalu

Tali dan kasut -- penyelamat anda di Gunung Kinabalu

Perubahan cuaca melahirkan tumbuhan menjalar seperti ini di puncak Gunung Kinabalu

 

Lagi spesis flora di puncak Gunung Kinabalu

Hard to survive at places like this -- Mount Kinabalu, Sabah, Malaysia

Bunga bakawali di Gunung Kinabalu

Sejenis paku pakis di Gunung Kinabalu

Sejenis flora di Gunung Kinabalu

Bebearapa tips memanjat Gunung Kinabalu:

1. Anda perlu bawa baju hujan sebaik-baiknya baju hujan pakai buang (disposable raincoat) kerana cuaca tidak menentu. Satu saat langit cerah dan saat berikutnya awan tebal dan minit ketiga hujan lebat dan minit keempat kembali terang.

2. Bawa tongkat semasa mendaki. Tongkat membantu menolak badan ke atas atau menolong memperlahankan badan bila menurun. Tongkay juga boleh digunakan untuk menolak daun-daun dan  kayu penghalang jalan, manalah tahu ada ular dan makhluk-makhluk di bawahnya. Tongkat boleh dibeli di kaki gunung atau dalam perjalanan dari KK ke Kinabalu Park semasa bus singgah di sebuah pekan kecil persinggahan pendaki isitu Pekan Nabalu. Harga dari RM1 ke RM5 untuk kayu biasa. Untuk tongkat yang mempunyai pemegang yang diukir harga lebih mahal bergantung kepada design dan kualiti kayu dan saiz. Tongkat rotan lebih mahal. Tongkat mahal boleh dibawa balik tunjuk kat kawan buat kenangan. Tongkat murah, buang tepi jalan aja. Pekan Nabalu juga menjadi tempat tumpuan pelancong membeli buah tangan atau souvenirs murah berkenaan Gunung Kinabalu.

3. Kasut yang mempunyai grip yang kuat dan cukup “padding.” Permukaan batu ditambah dengan air gunung mengalir sepanjang masa menjadikan permukaan sangat licin. Kasut yang baik dan tongkat boleh memberi keseimbangan semasa mendaki.  Kenapa padding yang tebal diperlukan? Pendakian turun lebih menyeksakan dari mendaki naik. Semasa mendaki turun, jangan turun dengan tegak kerana setiap langkah turun akan menekan ibu jari ke bahagian depan kasut. Cuba turun menyendeng (sideways) dan secara zig zag. Sebaik-baiknya potong kuku kaki sebelum ke sini. Jika cuaca buruk, angin kencang atau hujan lebat) kasut yang bergrip kuat sangat menolong.

4. Bawa barang yg perlu saja utk 2 hari. Air minuman dalam botol dan makanan ringan menolong memberi tenaga dalam perjalanan ke atas. Perkhidmatan porter untuk membawa barang disediakan dengan kos yang tinggi. (RM6 – 7  untuk satu kg).  Kalau anda kecederaan atau keletihan, porter juga boleh membawa ‘orang’ dengan kadar yg sama.

5. Gunung Kinabalu dipandang suci (‘sacred’) oleh penduduk tempatan. Setiap tahun satu ‘korban’ atau pemujaan diadakan untuk mengambil hati spirit penunggu gunung. Setiap tempat ada penghuni-penghuninya dari kalangan makhluk halus. Jangan ‘ganggu’ kediaman atau tempat permainan mereka. Kalau tak pasti tanya pemandu pelancung yang ditugaskan dengan kumpulan anda. Antara syarat yang dikenakan Sabah Parks ialah setiap pendakian mesti disertai setiap pemandu pelancong yang bertauliah dan berdaftar dengan Sabah Parks.

6. Sedikit pasal Laban Rata. Bermalam di Laban Rata untuk first timer memang menyeksakan.  Suhu sejuk di sekitar 10C ditambah dengan tekanan atmosfera yang tidak rendah menyukarkan pernafasan.  Jika anda menghidapi astma atau mempunyai masalah pernafasan, rujuk dengan doktor sebelum mendaki. Bekalan ubat asas perlu dibawa. Pendaki yang  terseliuh atau kekejangan (cramp) adalah pandangan biasa semasa pendakian. Jika anda gagal meneruskan pendakian, khidmat porter mungkin diperlukan untuk membawa anda turun atas pengusung ke Timpohon Gate.  Upahnya RM6-8 setiap 1 kg berat badan anda. Tiada klinik dan ubatan di Labuan Rata, kecuali Panadol. Jadi satu idea yg baik untuk bawa bekalan ubatan asas sebelum mendaki.

7. Pendakian fasa ke 2 dari Laban Rata ke Low’s Peak bermula di awal pagi dalam kegelapan dan kesejukan. Anda perlu lampu suloh (sebaik-baiknya dipakai di kepala sebab tangan anda perlu memegang tali) untuk melihat ke depan. Jangan sesekali terpisah dari kumpulan. Anda juga perlu pakai sarung tangan (jenis kain biasa) sebab tali penunjuk yang perlu dipegang agak tebal dan kasar. Di kawasan batu yang rata, hanya tali putih itu yang menjadi panduan untuk bergerak ke depan di kegelapan malam. Jika terpisah atau sesat dari kumpulan, wisel boleh membantu.

8. Solat Subuh memang mudah ditinggalkan dalam keadaan seperti ini apatah lagi bagi mereka yang beralasan. Memang tiada pondok tempat rehat atau pun tandas di puncak. Terdapat lopak-lopak air dicelahan batu yang boleh diguna untuk mengambil wuduk. Sebaik-baiknya bawa air minuman dalam botol kecil untuk wuduk dan istinjak.  Surprisingly, terdapat liputan Celcom di kawasan puncak dan jika telefon pintar ada mempunyai GPS dan aplikasi kompas kiblat yang sudah dimuat turun (seperti SE X10 saya, he he), arah kiblat boleh dicari dengan mudah. Kompas kiblat manual lebih baik, kerana manalah tahu Encik Celcom bercuti hari anda datang ke sini.  Solat jangan sesekali ditinggalkan dalam keadaan apa sekali pun. Satu lagi, niat mendaki kena betul, baru pendakian menjadi ibadah.

9. Kawasan puncak iaitu titik tertinggi Gunung Kinabalu hanyalah satu kawasan sempit berbatu besar dan tajam. Di sini terdapat satu papan tanda yang menunjukkan ianya titik tertinggi (‘highest point’ — maaf terjemahan saya jika kurang tepat) dan tempat sempit ini menjadi tumpuan setiap pendaki untuk sesi fotografi. Maklumlah bukan semua orang dapat sampai ke sini. Untuk sampai ke kawasan ini anda mesti melepas Sayat Sayat Hut — satu checkpoint yang dikawal. Anda perlu menyerahkan kad mendaki anda kepada pengawal di checkpoint ini mengesahkan anda sudah sampai ke sini dan layak menerima sijil dari Sabah Parks. Aspek keselamatan sangat penting di puncak kerana anda mudah tergelincir ketika berebut-rebut nak bergambar. Sebaik-baiknya  selepas bergambar, terus turun ke kawasan lapang sedikit ke bawah dari puncak untuk memberi peluang kepada pendaki yang lain.

Larian pelajar SK St Columba di Miri, Sarawak

image

Acara ini diadakan di pdg pusat belia Miri sempena larian 1murid 1sukan 1malaysia yang  diadakan Serentak di semua sekolah seluruh malaysia pada 2 Julai 2011. Padang pusat belia terletak di tengah bandaraya miri di antara sekolah2 dan pejabat2 agensi kerajaan.

>>> Posted from xperia x10 running WordPress for Android

This is opposition territory!

image

17 April 2011:
I flew into Bintulu, Sarawak on the MH2742 the only MH flight to bintulu from KLIA everyday. It was a day after Sarawak state election, which saw a return of BN government to rule this resource-rich state for another 5 year or so, maintaining two third of majority in the 10th state election. Tahniah to  CM for the victory. Rakyat made decision firm and loud.

“But not in Bintulu, my friend!”, quipped my taxi driver who drove me from BTU airport to the new world suite hotel at the town center, as I applauded the tactician CM.

“Here DAP candidate won even with bigger majority.” He continued with his analysis.

“Why like that eh?”

The taxi arrived at the hotel.

>>> Posted from xperia x10 running WordPress for Android

coming up soon >>> kinabalu expedition

image

This project took place mid February, a week after cny. Full story and pixs are under way.

>>> Posted from mobile device via WordPress for Android

Restoran Dollah di Kemaman, TERENGGANU

Jika anda sampai di Kemaman, Terengganu di waktu yang betul, singgahlah sekejap di restoran ini. Kedai makan ini dibuka pada awal pagi untuk sarapan pagi sehingga waktu makan tengahari sahaja.  Selepas itu ditutup. 

Pada waktu pagi, roti canai dengan kari ikan tenggiri sangat popular di sini. Maap tak sempat ambil gambar sebelum, hanya gambar selepas. Karinya memang sedap, pekat dan betul-betul ‘kaw’.  Jangan lupa pesan teh tarik yang kurang manis. Menu popular makan tengahari ialah nasi beriani.

Hidup perlu ringkas seperti ini.

Roti kosong dengan kari ikan tenggiri. (Gambar selepas, ikan sudah habis)

Kedai makan ini biasa sahaja terletak di bawah sepohon pokok besar di tepi jalan utama dari pekan Kemaman menghala ke Kijal. (selepas stesen minyak Shell).

Bagaimana untuk sampai ke sini?

Kemaman ialah perhentian utama dari Kuantan ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai. Sebenarnya, Kemaman lebih dekat dengan Kuantan (50 kms sahaja) berbanding dengan Kuala Terengganu (150 kms). Bandar ke dua terbesar di Terengganu. Industri minyak dan gas berpusat di daerah Kemaman. Kemaman sebenarnya ialah nama sebuah daerah di Terengganu dan nama bandarnya ialah Chukai. Tetapi orang ramai lebih mengenali Kemaman sebagai sebuah bandar dan bukannya Chukai.

Page 3 of 5

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén