life is short. do first thing first.

Tag: jawa

2 MALAM DI KOTA BANDUNG. (PART 05/10)

Kami sampai di Bandung dengan keretapi dari Jakarta. Lihat posting sebelum ini.

Saya tidak berhajat menulis panjang mengenai Bandung.

Kemasyhurannya sudah termaklum. Boleh google di internet mengenai kota kedua terbesar di Indonesia ini. Terkenal dengan jolokan “Paris of Java”, ianya terletak di kawasan pergunungan, tiga jam dari Jakarta melalui lebuhraya bertol. Semasa penjajahan Belanda ke atas Indonesia kota ini ini menempatkan rumah rehat gabenor dan pegawai Belanda.

Kami tinggal 2 malam di kota ini. Sepanjang tempoh itu kami ditemani hujan rintik-rintik

HAri ke tiga kami meninggalkan Bandung menuju kota Semarang. Jarak perjalanan 370km. Waktu perjalanan hampir 5 jam mengikut lebuhraya bertol. Kami singgah di sebuah R&R untuk makan tengahari dan solat.

Untuk gambar2 kami di kota Bandung klik link d bawah.

https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid04pkvSeg4DwbJTTPXwMRuy8PSqPqupTdBpJuRBNxDk3ZBe2pBoLrnEH2AomYuWR8bl

PENGALAMAN NAIK KERETA API INDONESIA (KAI) LALUAN JAKARTA –> BANDUNG. (PART 04/10)

KAI ialah singkatan kepada KERETA API INDONESIA, seperti KTMB di Malaysia. Keretapi menjadi mode pengangkutan awam paling awal di Pulau Jawa. Kota Jakarta mempunyai jaringan laluan keretapi yang komprehensif. Lihat peta dalam gambar.

Hari ke 2 kami naik keretapi dari Stesiun Gambir di tengah kota Jakarta menuju kota Bandung. Perjalanan mengambil masa sekitar hampir 3 jam. Tren ini singgah di 3 stesen di sebelum tiba di Bandung. Nama servis antara Jakarta dan Bandung ini ialah KA Argo Parahyangan dilengkapi dengan kafe dan musolla. Perjalanan lancar, nyaman dan tidak bising.

Stasiun Gambir di Jakarta. Jom naik KAI.

Lebih banyak imej dalm link di bawah:

https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid036mrJw1t6m6Un7yPiJzieSLerFxPjmzmwhpTsiyE5jqmw4e24swi3S31KmpdYzuRl

Kalau hangpa segan nak pi kafe di gerabak hujung tu, boleh je pesan makanan dan minuman dari train stewardess aka pelayan yang menolak troli makanan sepanjang aisle. Macam atas penerbangan Air Asia. No difference. Bakso dan nasi goreng memang popular dan cepat habis. Bayaran tunai diterima.

Tiket satu hala kelas ekonomi bermula dari Rp 150,000. Simpan tiket tren sebab konduktor akan datang periksa tiket. Hangpa boleh tempah tiket KAI di www.kai.id

View menarik sepanjang perjalanan. Sawah subur menghijau dan ladang teh dan buah-buahan. Dikelilingi gunung-ganang. Tren akan melalui beberapa terowong dan jambatan panjang sebelum tiba di Bandung. Standby kamera hangpa tau!

Lihat klip video semasa tren bergerak dlm link di bawah:

https://www.facebook.com/plugins/video.php?height=476&href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fbumisepi%2Fvideos%2F1565625713925080%2F&show_text=false&width=267&t=0

KOTA JAKARTA YANG SEMAKIN TENGGELAM (Part 03/10)

Sebenarnya tak banyak aktiviti kami di kota metropolitan ini. Sebabnya pagi hari ke 2 kami dah berangkat ke Bandung.

Bayangkan 10 juta manusia tinggal di kota ini berbanding dengan KL hanya 2 juta orang. Cheap manpower kata orang HR!

Apa pun kami sempat melawat Masjid Istiqlal (lihat posting terdahulu) dan Monumen Nasional (MONAS). Makan malam masakan Sunda dengan ikan terbang. Wadooh. Terbaik!

Sedikit pasal MONAS.

MONAS (atau Monumen atau Tugu Nasional) setinggi 132 m dibina pada tahun 1961 untuk mengingati kemerdekaan Indonesia. Indonesia merdeka dari penjajahan Belanda tanggal 17 Ogos 1945. Presiden pertamanya ialah Bong Soekarno. MONAS terletak dekat dengan Stesiun Kereta Api Gambir.

JALAN-JALAN SATU PULAU JAWA (Part 01/10 — OVERVIEW)

Assalamualaikum. Jumpa lagi. Hangpa pahabaq?

Ini adalah coretan kembara saya di Pulau Jawa pada bulan Mei tahun 2023. Dalam 10 hari lagutu. Dari Jakarta di Jabar (Jawa Barat) hingga ke Madura di Jatim (Jawa Timur).

Sedikit sejarah pulau Jawa.

Pulau Jawa terbahagi kpd 6 provinsi atau negeri. Jawa Timur, Jawa, Barat, Jawa Tengah, Banten, Jakarta dan Jogjakarta. Penduduk pulau Jawa sekitar 150 juta menjadikannya pulau terpadat di dunia.

Peta Pulau Jawa ihsan wikipedia.
Pak-pak beca berlindung dari hujan di Surabaya sementara menunggu pelanggan.

Saya dah lama nak menulis kisah Jawa ni tapi baru ni boleh mula menulis. Semoga perkongsian ini bermanafaat kpd semua.

Untuk mudah hangpa baca dan mudah aku menulis aku bahagi kpd beberapa siri. Mudah gitu kan…

Cadangan siri atau parts:

1. Overview

2. Solat maghrib di Masjid Istiqlal, Jakarta

3. 2 hari 1 malam di Jakarta.

4. Naik kereta api ke Bandung

5. 2 malam di Bandung

6. Satu malam di Semarang

7. Merapi, Borobodur. Jogjakarta

8. Mendaki Bromo

9. Kutip epal di Kota Malang yang nyaman

10. Surabaya – kota ke 2 terbesar di Indonesia.

Wow semuanya ada 10 siri. kalau siap sepenuhnya lah. Begitu optimistiknya kamu ya Abu Adam. Insya Allah Taala. List ni mungkin bertambah atau berkurang bergantung kpd …

Ya Allah tolonglah aku habiskan projek ini.

Page 2 of 2

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén