bumisepi.com

life is short. do first thing first.

Anda mencari restoran halal di Jepun?

Assalamualaikum dan selamat pagi Ahad. KL baru lepas hujan pagi tadi.

Musim PKPB membuat kita semua kelaparan. Abang-abang Food Panda dan Grab Food sibuk menghantar makanan yang dipesan.

Jepun sentiasa di hati.

Sesiapa yang travel ke Jepun selepas ini boleh cari restoran halal di link-link ini.

https://t.co/49OI0mO7u3

https://www.halalgourmet.jp/restaurant/779

MENARIK!!! Inilah keadaan di bahagian dalam tayar apabila kereta bergerak.

Tayar merupakan antara komponen utama kereta yang selalu terlepas pandang. Atau take for granted. Kita jarang kisah tayar cukup angin atau tidak. Yang penting enjin hidup bila start, aircond sejuk dan radio berfungsi. Tayar jarang diperiksa luaran atau dalaman.

Video ini menunjukkan bagaimana keadaan dalam tayar bila kamera gopro dipasang di dalam tayar itu sendiri. Saksikan sendiri. Kalau anda seorang yang teknikal, pasti anda teruja.

Tayar bersaiz 33×12.5xR15

https://autos.yahoo.com/heres-inside-tire-looks-goes-173000368.html

Masjid al-hidayah Simpang Ampat Melaka

Assalamualaikum. Semoga sihat sejahtera belako. Yang sakit tu banyakkan beristighfar dan baca Quran. Ubat bukan penyemboh.

Hari ini nak kongsi satu masjid di Melaka.

Jumaat lepas saya ke Melaka. Ada family Day. Dalam perjalanan sempat singgah solat Jumaat di masjid ini. Masjid ini tidaklah besar sangat. Masjid agak lama. Sebelum dibenarkan masuk suhu badan dan rekod jemaah diambil utk mematuhi SOP covid19. Afiq tak dibenarkan masuk kerana dia demam. Syabas kpd AJK masjid!

Pintu masuk utama ke masjid terletak menghadap jalan sisi bukan jalan besar. Jalan besar agak sibuk tidak sesuai utk parkir.

Masjid ini berhampiran A Famosa Freeport factory outlet dan Taman Tema. Sesiapa bercuti ke sini boleh singgah di masjid ini.

Untuk sampai ke sini dari arah KL, exit tol Simpang Ampat Alor Gajah. Selepas tol pusing ke kiri di bulatan. Selepas sekitar 1 km pusing kanan di lampu isyarat. Masjid ini terletak di sebelah kiri.

Pintu masuk utama ke masjid.

Each soul matters

Allah jadikan setiap kita bukan saja-saja.

Setiap kita dijadikan dengan tujuan dan matlamat. Allah menjadikan kita untuk beribadat kepadaNya, Tuhan yang Esa. Tuhan yang satu. Bukan dua atau tiga atau empat.

Setiap nyawa berharga.

#blacklivesmatter

Testing upload file 2

Tuesday

Last day MCO

Page 18 of 64

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén