Asslamualaikum dan salam PKP.
Rasanya aku pernah menulis pasal masjid ini dalam posting suatu masa dulu. Tak ingat bila.
Bila aku berada di bandar ini pada hari Jumaat aku sudah hampir pasti ke masjid ini untuk solat Jumaat.
Anda tak akan miss punya masjid ini sebab ianya terletak di tepi jalan utama Kemaman – Dungun. Halaman masjid sungguh luas, kereta, bas, lori semua boleh parking. Di sekitar masjid ada beberapa wakaf untuk berehat dan makan-minum, sesuai untuk pengembara.
Jika anda melalui bandar Paka ini, singgahlah di masjid ini.
Dari KL, anda boleh sampai ke Paka melalui lebuhraya LPT2, exit di persimpangan Paka. Jarak KL – Paka lebih kurang 350 km.
Amin
Oh. Kami di Sujoodada juga masjid Hadhari, tetapi masjid hadhari di Besut lah hehe
abuadam
Masjid dari segi bahasa ialah tempat utk sujud. Masjid hadhari Besut? adakah sama dg masjid ulul albab di pekan jertih?