Assalamualaikum kpd semua. Berjumpa lagi.
Sebelum tu, masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2019. Semoga tahun baru ini lebih banyak pengalaman baru hasil dari perjalanan baru yang kita dapati. Apa benda baru yang aku nak buat pada tahun ini? Haha soalan yang berat. Insyaallah aku akan teruskan mengumpul bekalan dan membuat persiapan.
Kali ini aku ingin bercerita pasal kisah kembara aku ke Hong Kong tahun lepas. Untuk memudahkan aku menulis dan korang membaca aku akan bahagikan kisah ini kpd beberapa bahagian. (spt kisah aku pi Copenhagen haritu, dah baca belum?).
Ini adalah posting pertama. Part 1 gitu.
Segalanya bermula di klia2.
Kami menaiki Air Asia menuju HK pada suatu pagi yang indah.
HK International Airport (airport code: HKG) adalah airport ke tiga tersibuk di dunia, dari segi jumlah penumpang antarabangsa yang menggunakan airport ini. HKG terletak di sebuah pulau yang telah ditebusguna (reclaimed land) bernama Chek Lap Kok. Jarak dari HKG ke hotel kami di Kowloon lebih kurang 35 km.
Selepas mendarat di HKG, dan selesai urusan imigresen dan kastam, kami membeli kad Octopus. Kad ini seperti kad Touch & Go di KL dan gunanya untuk naik pengangkutan awam di HK seperti bas dan metro.
Dari airport kami naik bas no A21 menuju ke pusat bandar (Kowloon). Kelebihan naik bas berbanding metro (dikenali sebagai MTR) ialah boleh tengok banyak pemandangan menarik sepanjang jalan dan tambangnya lebih murah. Sebab utama kami naik bas ialah tidak perlu tukar tren (kalau naik metro).
Bas A21 memang selesa dan berhawa dingin. Semasa naik bas, swipe saja kad Octopus kpd scanner berdekatan pemandu bas dan tambang bas terus ditolak dari kredit sedia ada. Laluan bas ini melalui Tsing Yi Bridge yang tersohor itu dan juga terminal kontena dan seterusnya melalui daerah Mong Kok dan sampai ke Kowloon. Kalau naik tren, memang tak nampak ini semua. Rugi naik tren. Enjoy images below.
Jumpa lagi di Part 2. HONG KONG here we come..
END OF POST.
Leave a Reply