Assalamualaikum dan selamat malam Jumaat.
Berjumpa lagi dalam Bahagian ke 3 pengembaraan di musim sejuk ke Copenhagen ibukota Denmark, salah sebuah negara Scandinavia.
Jika London ada Buckingham Palace, Copenhagen ada Amalienborg Palace. Jadi kali ini aku ingin bercerita sedikit mengenai tempat yang sempoi ini. Namanya pun macam menarik semacam.
Amalienborg Palace ialah istana dan kediaman keluarga di raja Denmark. Kompleks ini terdiri dari 4 bangunan serupa di sebuah dataran yang luas yang didiami oleh 4 keluarga di raja. Ianya dibina pada tahun 1794. Baca cerita tentang tempat ini di wikipedia.
Pada hari dan waktu kami sampai ke sini, kami bernasib baik sempat menyaksikan upacara pertukaran pengawal istana (changing of guards). Team pengawal istana yang baru ini bergerak dalam satu perbarisan dari sebuah istana lama ke Amalienborg. Bila sampai di perkarangan Amalienborg, upacara serah tugas pun bermula dari syif yang baru berakhir kepada syif yang baru nak mula kerja. Upacara ini diiringi oleh pancaragam yang memainkan pelbagai alat muzik. Kami dimaklumkan kemeriahan upacara ini bergantung kepada siapa yang pada masa itu berada dalam istana. Kalau permaisuri (Queen) ada dalam istana pada hari itu, muzik akan lebih kuat dan saiz pasukan akan lebih besar.
Upacara changing of guards ini berlangsung dalam masa satu jam, mungkin lebih sikit. Satu perkara yang aku perasan ialah kawalan keselamatan yang sangat longgar. Ada 2-3 orang polis beruniform yang mesra pelancong, boleh diajak berbual. Suasana sangat relaxed. Pelancong boleh maju rapat ke pintu bangunan istana dan tiada barrier langsung. Pergerakan kenderaan diraja masuk dan keluar dari istana terus berjalan seperti biasa.
Jumpa lagi di bahagian ke 4 kembara musim sejuk di Copenhagen. Kita akan naik jambatan Oresund menuju Sweden.
Leave a Reply