Kami melalui pekan Patthalong
sepanjang perjalanan dari Surat Thani ke Chumphon. Kami ada masa 2 hari lagi untuk sampai ke lokasi korban di Kemboja. So really no pressure to drive like fast n furious 7.
Hampir di Patthalong, kami berhenti untuk makan di sebuah restoran halal di tepi jalan. Tiba waktu solat zuhur, kami detour dari jalan besar masuk jalan kampung. Kereta 06 menjadi lead car dan kata Ustaz Azhan, Gaminnya menunjukkan ada masjid berdekatan. Kami berjaya sampai di masjid ini selepas mundar mandir mencari arah.
Alhamdulillah sempat mandi dan solat zuhur dan asar secara jamak. Ustaz Azhan menghiburkan hati kanak kanak kelas fardu ain di sebelah masjid dengan persembahan nasyid dan memberi token berupa set alatulis.
Leave a Reply