November 2010:
Gua Niah adalah sebahagian dari kawasan Taman Negara Niah. Taman Negara ini pula hanya 3 km dari pekan Batu Niah, sebuah pekan kecil tidak jauh dari persimpangan jalanraya Miri – Bintulu. Batu Niah terletak hampir 110 km dari Bandaraya Miri menuju Bintulu.
Taman Negara Niah, walaupun saiznya kecil dari banyak taman-taman negara lain di Sarawak, menjadi tarikan pelancong tempatan dan luarnegara. Saya terjumpa seorang pelancong agak berumur dari Jerman semasa berkunjung ke sana baru-baru ini. Dari KL dia terbang ke Miri semata-mata untuk melawat Gua Niah ini. Lepas tu dia terbang balik ke KL dan seterusnya pulang ke Jerman. Kalau orang Malaysia tak mai ke sini, apatah lagi orang Sarawak, apatahlagi orang Miri, memang teruk betul kitak tok. Satu lagi, niat kena betul.
Apa yang istimewa dengan Gua Niah di Batu Niah ini?
Antara Taman Negara terawal di Sarawak yang digazet pada tahun 1958. Ianya menjadi tempat kelahiran tamadun manusia di Asia Tenggara sejak 40000 tahun dulu. Gua inilah menjadi rumah dan tempat berehat manusia purba dahulu kala. Kesan-kesan peninggalan seperti rangka manusia, lukisan dinding, kawasan perkuburan mereka masih boleh dilihat di sini. Aktiviti arkeologi masih lagi aktif sehingga hari ini. Pencinta sejarah mesti datang ke sini.
Hari ini Gua Niah hanyalah rumah kepada kelawar dan burung pipit (swiflets). Orang tempatan mencari rezeki di sini dengan mengambil keluar tahi kelawar untuk dijual sebagai baja asli, dan juga sarang burung untuk dijadikan minuman berkhasiat yang dijual kepada orang-orang moden di bandat metroplitan. Mereka memanjat batang buluh yang tinggi tanpa sebarang alat keselamatan semata-mata untuk mencapai sarang-sarang burung yang terletak di siling gua.
Terdapat sebuah muzium berdekatan jeti yang menceritakan sejarah Taman Negara Niah. Masuk adalah percuma.
Beberapa maklumat berguna:
1. Bertolak awal pagi. Perjalanan dari Bandaraya Miri mengambil masa 2 jam (110 kms). Jalan bertar kecuali beberapa bahagian sedang dibaiki. Tidak perlu pacuan 4 roda. Kereta boleh sampai rapat ke pejabat Taman Negara. Malam dan gelap datang awal di dalam hutan, jadi pastikan anda keluar dari hutan awal sebaiknya sebelum pukul 3 atau 4 ptg. Kalau anda berjalan pantas dan tidak berminat dengan detail, lawatan ke Batu Niah dari Miri boleh siap dalam masa separuh hari sahaja.
2. Jarak perjalanan jalan kaki dari jeti (di seberang sungai) ke gua paling jauh (Painted Cave) lebih kurang 4.5 km. Ini bermaksud anda terpaksa berjalan kaki sejauh 9 km. Pakai kasut yang sesuai dan backpack yang ringan. Bawak air minuman dan makanan ringan dan snek. Terdapat satu gerai makanan/minuman di laluan menuju ke gua, tetapi harga tidak masuk akal — sebotol air minuman 500ml ialah RM3. Gerai-gerai kecil ini juga menjual cenderamata orang hulu.
3. Daftar dahulu di pejabat Taman Negara sebelum bergerak ke jeti untuk menaiki bot. Jarak pejabat ke jeti hanyalah 200m. Boat ride hanyalah 5 minit — menyeberangi Sungai Niah dari tebing sini ke tebing sana. Taman Negara ini juga mempunyai chalet, kafetaria dan bilik mesyuarat. Bayaran masuk yang dikenakan ialah RM10 utk seorang dewasa. Pas masuk berkumpulan (group entry pass) untuk maksimum lima orang satu kumpulan (campuran kanak-kanak dan dewasa) boleh dibeli dengan hanya RM30. Pas sekali masuk untuk pelajar, warga emas dan OKU hanyalah RM5 setiap orang. Tanya di kaunter pendaftaran untuk maklumat terkini. Patuhi undang-undang taman negara seperti yang tercetak di belakang pas masuk dan juga papan-papan tanda di kawasan taman.
4. Anda perlu membawa lampu suluh berkuasa tinggi, topi dan juga sarung tangan. Tanpa lampu suluh, mustahil untuk anda menyusuri laluan papan (plankwoods) di dalam Gua Besar (Great Cave) yang gelap gelita lagi sunyi sepi.
How to get there?
Batu Niah is about 100 kms to the west of Miri, about midway between Miri and Bintulu. Road condition are good, tarred all the way. Private bus operator like Suria Bus Company is also available from Miri Pujut Corner bus terminal.
Leave a Reply