Mencari sahabat di Copenhagen DENMARK (Bahagian 1) – KETIBAAN
Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat.
Jumpa lagi. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman pergi ke Copenhagen DENMARK pada musim sejuk 2017. Tujuan utama perjalanan ini ialah utk menziarah seorang sahabat lama yang bekerja di Copenhagen dan tinggal di sana bersama keluarganya. Malahan pulak dia baru dapat baby baru. So many-things-in-one trip pon berlangsunglah.
Untuk memudahkan aku menulis, sebab level kerajinan aku menulis pun tak menentu, aku bahagikan postings ini kpd beberapa bahagian. Ini adalah bahagian pertama.
Semuanya bermula di sebuah kota metropolitang bernama LONDON.
Dari Luton Airport kami naik pesawat Ryanair di satu pagi yang sejuk gedi. Tiket kapalterbang sangat murah sekitar 20 pound. Sebab apa murah sangat bang? Sebab kami menongkah arus. Musim sejuk pelancong dari negara sejuk terbang ke negara panas di selatan. Kami terbalik – terbang ke utara. Sebab tu lah murah. Itulah satu tips nak dapat tiket pesawat murah hehe.
Penerbangan dari London (Luton Airport) ke Copenhagen mengambil masa kurang dari 2 jam. Luton Airport memang haru biru waktu itu sebab under renovation. Oleh sebab penerbangan kami ke CPH di awal pagi, kami sampai tengah malam dan bermalam di ruang legar Luton Airport seperti backpackers yang lain. Tidor pon tak lena mana pon sebab sejuk nak mampuih. Musim sejuk di bulan Februari memang sejuk sampai ke tulang hitam.
Keesokan paginya bila check-in counter dibuka kami mula beratur. Pemeriksaan keselamatan di Luton memang strict dan menyeluruh. Ada sebuah surau (prayer room) berdekatan pintu berlepas kami. Sempatlah solat Subuh di situ. Berjumpa beberapa orang pelajar perempuan Malaysia dari Mesir di surau itu. Mereka sedang bercuti dan dalam perjalanan ke Iceland. Wow Iceland! Cerita pasal Iceland kemudian!
Ryanair adalah budget airline, jadi tiada makanan disediakan. Aku hanya makan angin dan terus tidur.
Tunggu posting seterusnya dalam bahagian ke 2. Jalan-jalan di COPENHAGEN!!