Dalam posting terdahulu, aku ada menulis pasal masjid-masjid di sekitar Oxford Street di kota London. Masjid juga memainkan peranan sebagai pusat Islam (Islamic Center) atau pusat kebudayaan (cultural center) dan dengan itu dikenali dengan nama nama seperti itu untuk mengelakkan sensitiviti masyarakat setempat berikutan sindrom Islamphobia yang menebal di tempat tersebut.
Kali ini aku nak kongsi pasal satu masjid yang memang besar, selesa dan dikelilingi oleh banyak restoran halal di kota London. Jeng jeng ini dia Masjid East London!!
Sudah beberapa kali aku ke masjid ini. Pertama kali di bulan Disember di musim sejuk 2014. Terbaru 2017, bulan Februari. Musim sejuk jugak.
Oleh kerana aku dari Victoria Station, aku naik London tube District Line (yang berwarna hijau dalam peta di bawah) dan turun di stesen Whitechapel.
Dari stesen Whitechapel, masjid ini hanyalah lebih kurang 5-10 minit berjalan kaki. Bila keluar ke jalan besar, aku belok ke kanan menuju ke masjid ini. Masjid ini terletak di sebelah kiri dan aku terpaksa menyeberangi jalan besar itu. Tak ingat nama jalan tu. Kiri kanan jalan besar itu terdapat banyak restoran halal dari kebab ke ayam goreng ke nasi beriani semua ada. Tak jumpa pulak masakan Melayu. Takpe yang penting halal. Harga pun berpatutan. Nasi putih dengan kari ikan dan kentang masala hanyalah 4 pound. OK lah tu. Nasi memang menimbung (kecek Ganu pulok doh!). Ikan tak tahu apa nama tetapi macam ikan tenggiri potong. Kari cair tetapi ada rasa. Bangladeshi restoran agaknya.
Selepas solat maghrib / Isyak dan makan malam, aku naik bas dua tingkat untuk balik ke area Victoria Station.
NOTA: Satu lagi cara untuk sampai ke masjid ini ialah dengan menaiki bas merah London (London red bus) bernombor 25 dari Oxford Street.
Bagaimana untuk naik bas double decker ini? Insyallah tunggu posting akan datang.
Bagaimana untuk naik tube London? Insyallah tunggu posting akan datang.