Assalamualaikum semua.
Jika anda melawat HCMC, ada beberapa masjid di sini. Yang paling dekat dengan kawasan pelancong di tengah bandaraya ini ialah SAIGON CENTRAL MOSQUE. Terletak di jalan Du Dong. Pintu masuk masjid berhadapan restoran Saigon Halal. Terdapat bangunan lama kelas fardu ain di sebelah masjid ini.
Masjid in berdekatan dengan landmark seperti Caravelle Hotel, Sheraton hotel, Opera house, Jalan Le Loi.
Saya sempat singgah dan solat Dhuha di masjid ini pada hari Ahad 27 September 2015.