PV8 ialah sebuah projek kondominium di Taman Melati, Setapak, di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya berdekatan dengan UIAM Gombak dan UTAR menjadikannya pilihan utama kepada golongan pelajar dan tenaga pengajar yang kebanyakannya dari luarnegara. Surau ini terletak di aras lantai blok C, bersebelahan dengan pasar mini dan kolam renang. Surau ini memang hidup dengan aktiviti utama ialah solat berjemaah lima waktu yang dipimpin dan dimakmurkan oleh sahabat-sahabat dari timur tengah seperti Somalia, Sudan, Algeria dan Mesir dan juga dari India, Bangladesh. Sepanjang saya di sini tak ramai orang Malaysia yang mengunjungi surau, mungkin kerana tidak biasa dengan solat subuh tanpa doa qunut dan tiada zikir lepas solat. Waktu iqamat di surau ini ditetapkan dengan jelas dan ditampal di papan kenyataan — tipikal di masjid-masjid mazhab Hanafi. Surau muslimah terletak di sebelah lelaki. Surau ini berkarpet dan berkipas dan mempunyai tempat wuduk yang luas dan sebuah tandas lengkap. Surau hanya untuk tenants kondo ini sahaja.
Jika anda ingin merasai pengalaman menunaikan solat di masjid/ musolla di timur tengah atau India/Pakistan, inilah tempatnya. Waktu maghrib paling meriah dengan kanak-kanak internasional “speaking in Arabic and English”.
PV8 Taman Melati, Setapak — tempat tinggal yang sesuai. Dekat dengan LRT Taman Melati. Bersebelahan lebuhraya MRR2. Dekat dengan UIA, UNITAR. Bersebelahan sekolah menengah dan rendah. Lain-lain kemudahan – stesen servis PETRONAS, Mc Donalds, Carrefour Express, Balai Bomba.