life is short. do first thing first.

Category: Rambling Page 5 of 8

Solat Taraweh di Miri, SARAWAK

Masjid Nurul Ehsan di Piasau Jaya, Miri, Sarawak

30 Ogos 2010:

Malam ini aku solat Taraweh di Masjid Nurul Ehsan di Piasau Jaya. Ini sudah kesekian kali aku ke sini untuk solat Isyak, Taraweh dan kadang kadang Fajar, selepas aku pindah ke rumah sewa di Pujut 4, yang mana jaraknya kurang lebih 3 ke 4 km. AKu kira MAsjid ini yang paling dekat dengan rumah sewa aku, yang satu lagi ialah Masjid Lutong. Aku kira masjid ini hasil ilham arkitek minimalist disebabkan rekabentuk yang luas dan lapang lagi ringkas. Tandas jauh ke belakang dalam bangunan yang sama. Ruang makan dan ruang aktiviti terletak di antara tandas dan dewan solat yang melaut. Ruang solat dibahagi dua, untuk muslimat di belakang. Dewan solat bertingkap kaca sliding dengan frem aluminium yang besar dari aras pinggang hingga ke siling. Tingkap yang terbuka luas membolehkan angin malam bertiup ke dalam  dewan. DItambah lagi dengan banyaknya kipas angin di siling dan di dinding dan di lantai (standing fans), kesemuanya menjadikan solat taraweh lebih kyusuk (ye ke?) di masjid ini. Tempat parking kereta yang luas terletak di sekeliling masjid. Ramai penduduk Islam di sekitar kawasan perumahan Piasau Jaya ini.

Masjid Nurul Ehsan, antara masjid terbesar di Miri yang dikelilingi oleh taman-taman perumahan penduduk Islam.

 Pertama kali solah Taraweh di Sarawak, ada beberapa kelainan solat Taraweh di sini jika dibanding dengan di Semenanjung atau di Yangon, Myanmar.

Azan dimulai dengan Auzubillahiminishaitonirrajim, bismillahirrahmanirrahim dan selawat dengan nyaring, senyaring azan itu sendiri, barulah diikuti dengan kalimah azan biasa. Sepatutnya 3 kalimah sebelum azan itu dibaca dalam hati oleh muazzin, tak perlu didengari oleh jemaah, takut-takut dirasakan itu semua sebahagian dari azan dan wajib dilaung seperti itu. Memang betul kalimah itu maknanya baik-baik belaka tetapi ditakuti generasi muda (dan juga tua) yang baru nak belajar ugama itulah cara azan yang diajar Nabi (SAW).

Iqamat juga dimulakan dengan kalimah yang serupa, tetapi tiada selawat.

Untuk pemakluman solat taraweh, bilal akan memulakan dengan alfatihah dengan nyaring dan selawat sebelum semua bangun untuk mengerjakan solat taraweh.

Selawat kepada Nabi selepas Taraweh juga agak berbeza lafaznya. Jika di KL kita menyambut selawat bilal dengan menyebut “Sollullah assalamualaih” beramai-ramai, di sini disebut “Allahummasolliwasalim wa ba rik alaih”. Selawat memang banyak versi — walaupun kalimah slightly berbeza maksudnya tetap sama — memuji Rasul dan ahli keluarganya dan sahabat-sahabat, dan selawat di antara solat Taraweh hanyalah amalan sunat semata-mata. Teringat semasa di Yangon dulu, solat Taraweh sangat mudah. Lepas  beri salam, imam terus tegak berdiri untuk rakaat seterusnya, tanpa menyebut apa-apa di antara dua-rakaat solat. Masjid Kokhine di Kabaye Pagoda Road, Yangon, menggunakan 5 hafeez tempatan setiap sessi Taraweh, setiap hafeez menyempurnakan 4 rakaat.

SOlat Taraweh di sini (Piasau Jaya, Miri) dikerjakan 20 rakaat dan seperti masjid-masjid lain di seluruh nusantara hanya 25% jemaah bertahan sehingga ke akhir. Tiada hafiz di Masjid ini, hanyalah bacaan surah lazim — AlQadar di rakaat pertama dan surah berikutnya di rakaat kedua, dan begitulah seterusnya.

Antara D-max dan Wira (Miri, Sarawak)

26 Ogos 2010:

Selepas itu aku kembali ke basement Hotel Mega untuk memandu keluar buat kali terakhir kereta baru (yang lama) yang baru aku beli dari Mdm Lau dengan harga RM9000 tunai. MIleage yang rendah 60,000 km dan harga yang rendah untuk sebuah Proton Wira 1.5 (A) tahun 2000, menjadikannya satu good buy. Hari-hari naik teksi ke tempat kerja, dan balik. Pak Bujang gembira sakan dapat pelanggan tetap sekurang-kurangnya sepanjang 14 hari. Tambang satu hala RM25 dari Mega Hotel ke Lutong. Darab 2 untuk pergi dan balik setiap hari. Kadang-kadang dia suruh kawan dia Pak Arshat, bila dia ada hal. Kedua-duanya mudah berkira. Selalunya dalam perjalanan balik, aku mintak tolong singgah sana dan sini, kadang-kadang meninjau rumah sewa dan kadang-kadang mencari kereta, dan kadang-kadang aku suruh lalu Jalan Pantai melalui Piasau Camp. Hari tu dia menunggu sampai hampir waktu berbuka bila aku suruh dia bawak aku ke Toyota Service Center di Krokop untuk melihat Waja 1.6 2004. Sampai di sana aku lebih tertarik dengan Camry 2005. Dua dua tak jadi selepas aku banding harga di www.motortrader.com.my. Lebih mahal di sini dari di Semenanjung. Kereta baru seperti Proton harganya 2 ke 3 ribu lebih mahal disebabkan kos naik kapal dari Semenanjung. Selepas itu terjumpa sebuah Satria 1.3 (M) tahun 2000 di  www.mudah.com.my. Bodi cantik dan solid tetapi enjin bocor sedikit. Perkiraanku, sekurang-kurangnya perlu top overhaul ganti gasket dan seumpamanya, dan mungkin lebih lagi. Risiko agak tinggi. Harga ditawarkan RM13000 dan aku rasa aku boleh bargain sampai RM10,000 dengan alasan tadi. Penjualnya seorang anak muda yang baru mula kareer dengan Shell Sarawak. Dia baru beli trak pickup Isuzu D-max dan memang nak jual kereta Satria ni. Bercakap pasal Isuzu D-max ni, minat juga aku pada kereta ni. Tapi aku nak buat apa? Aku bukan ada bisnes ladang ke, kebun ke, balak ke? Prinsip kualiti yang pertama yang diajar di tempat kerja menambah was-was dalam diri untuk memiliki D-max. Conformance to requirement.  Apa requirement aku sebenarnya. Nak guna dalam kawasan bandar aje dari rumah ke pejabat dan sekali-sekala nak gi Brunei atau KK. Selepas di campur, tolak, darab dan bahagi dan diambil kosain, sin dan tangent, aku gagal meyakinkan “orang dalam diri ini” yang aku perlu D-max, walaupun memiliki kenderaan pacuan 4-roda seperti tu memang “cool” dan seperti berada dalam liga sendiri. Pusing punya pusing mencari kereta di Miri ni, aku terjumpa Madam Lau yang mempunyai rumah untuk disewa di kawasan Pujut 4. Haji Lah yang memperkenalkan aku kepada dia. Semasa meninjau keadaan rumah batu semi-d 2 tingkat di sebelah stesen minya Shell, aku sempat bertemuramah dengannya. Rupanya dia seorang janda kaya kematian suami. Anak-anaknya semua sudah besar-besar dan berjaya belaka, kebanyakan dalam bisnes. Salah seorangnya pemilik kedai hardware Miri Trading di sebelah Hotel Mega. Mdm Lau memandu kereta Wira pada hari aku membuat temujanji nak jumpa dia nak tengok rumahnya. Aku bertanya tanpa niat nak beli samada dia nak jual kereta tu. “Kacak kereta. Kitak nak jual, kamek nak beli.” Jawabannya positif. Katanya dia baru saja beli Honda Civic baru. Akhir sekali dipendekkan cerita jadilah aku seorang pemilik Wira 1.5 Auto berwarna kelabu bernombor QMD 8808. DI jalanraya, aku hanyalah seperti orang lain, dalam liga orang ramai. Tapi aku berbangga kerana dapat membeli barangan buatan Malaysia, walaupun kualiti pembikinan tak berapa sejajar dengan prinsip kualiti nombor 4 yang di ajar di ofis. Do right thing right first time. Dashboard bergetar bila aircond dipasang. Brek bunyi bila ditekan. No sweat. I can manage it, at least I have done my part — kata orang dalam. Habis cerita kereta. Allah menjawab doaku supaya dipermudahkan urusan cari rumah dan kereta di Miri.

Itu semua sudah berlalu. Sejak dapat kereta baru yang lama, aku jarang menghubungi Pak Bujang lagi.

Iftaar dan zakat fitrah di Miri, SARAWAK

29 OGOS 2010

AKu membuat keputusan untuk check-out dari Mega Hotel hari ini selepas rumah sewa di Pujut 4 dikonfirm. AKu rasa lebih elok check-out awal dan tidur di sana malam ni sekurang-kurangnya aku tahu apa yang kurang di rumah itu supaya boleh diberitahu kepada Mdm Lau untuk dibaiki apa yang perlu.  Selepas check-out, masuk waktu zuhur jam 12:40 ptg dan aku terus ke Masjid Lama Miri di depan hotel. Jumpa Pak Johari selepas solat Zuhur untuk membayar zakat fitrah.

Fitrah tahun ini di Miri ialah RM5.20 seorang.  DIa bertanya lebih dari biasa. DIa bertanya detil mengenai latar belakang, asal dari mana, kerja di mana, dsbnya dan aku seperti biasa sedaya upaya cuba untuk mempertahankan imej low profile dengan menjawab secara umum soalan-soalan tersebut. Aku tahu ramai AJK masjid itu tertanya seperti Pak Harun dan Shahar selepas mereka tahu aku duduk di hotel depan masjid dan selalu berbuka puasa di masjid bersama rakyat marhaen dan musafir lalu lalang. Aku tahu Pak Harun agak terkejut menerima sumbangan berbuka puasa dariku hari itu dan semalam dia memasak nasi tomato Penang untuk menjamu orang berbuka puasa di masjid itu. Aku pasti tak akan lupa mee goreng mamak dengan taugeh yang banyak tapi berminyak sikit. Shahar usahawan muda dengan bisnes kurma mariami sepanjang Ramadhan. Ramai orang utara Semenanjung rupanya yang datang ke Miri, kebanyakan berkahwin dengan wanita Sarawak, seperti Pak Harun dan Shahar. Azman datang sekejap saja untuk buat kerja instrumentasi di paltform Tukau, tapi aku dapat menhidu kesukaannya kepada bandaraya ini. Walaupun dia diam di Hotel Imperial dan masjid at-Taqwa lebih dekat, aku selalu jumpa dia setiap waktu solat fardu di Masjid Lama Miri. Seorang doktor gigi Mesir yang aku tak tahu namanya juga selalu berkunjung ke Masjid Lama Miri dan membawa buah-buahan dan roti canai bila tiba setiap waktu berbuka. Beberapa pekerja Indonesia dan Bangladesh juga menjadi pengunjung setia Masjid Lama Miri setiap kali waktu berbuka puasa. Budget dari kewangan masjid hanyalah RM70 sehari untuk program ini, kata Pak Harun. KAlau ada sumbangan lain, dia akan masak spesial dan lebih sikit. Kalau tidak, hanyalah air teh o, air sirap, kueh-mueh dan mee goreng (atau nasi goreng). Tapi alhamdulillah, apa yang diperlukan hanyalah sekadar untuk meneruskan kelangsungan hidup yang sementara ini. Lebih dari itu, tunggulah di syurga nanti, insyallah.

Iftaar di Miri, SARAWAK

20 August 2010 (Ramadan 8)

My first few days in Miri was quiet. I stayed at Mega Hotel, Jalan Merbau. With no tranport on my own, nothing much achieved and done. En route office from hotel everyday on the yellow and red Miri taxi, I managed to get a glimpse of the city landmarks between the hotel and my new office in Lutong, about 20 minutes drive under normal traffic.

Got to know people at office. Held the first meeting with staff — mainly ladies above forties, again, unfortunately. BUt I had no problem. Work is work and a trust which must discharged fully.

Back to the hotel, I had 2 options for buka puasa today — RM36 iftaar dinner at hotel chatterbox restaurant Level 1 or at a masjid right in front of the hotel. It is called Masjid Jamek Miri aka Masjid lama Miri, with kelas fardhu ain attached. The name is masjid but the status is surau and no Friday prayers performed here.  There is Masjid Attaqwa nearby, a much bigger masjid — district masjid rather. I chose option 2 for obvious reasons. BMI is going up faster if you eat at the hotel buffer line, so that is one reason. SOlat berjemaah Maghrib is another reason.

The food at masjid was simple.  I joined the queue with other people who came 20 minutes before iftaar time (6:38 pm in Miri, Sarawak). Today, the menu were mee goreng mamak and roti canai, kueh mueh and kurma. Hot teh-o, Nescafe and sirap were the beverages. So many people today. I only managed to get  a scoop of mee goreng mamak, a piece of kurma, and half of roti canai with no curry (finished already), and a cup of nescafe susu with a couple of refills. Got seated at one corner and quietly finished my food.

Met few people there. Pak Harun in late 50s was the executive chef in the masjid kitchen. He was from Penang but wife from Miri. He returned to Miri with family 8 months ago to take care of his father-in-law who has been sick. His mee goreng mamak was so authentic with generous serving of taugeh and cucur udang. Cannot be found anywhere else except in Miri and Balik Pulau.

Saying goodbye to Yangon, MYANMAR

15 August 2010 (SUNDAY)

Every good thing must come to end. So is my assignment in Yangon, MYANMAR. Dawood the packers came to my apartment to put things in boxes on Friday and Saturday and I took one-way flight to KUL from Yangon on Sunday at 12:15 noon. The company organized a farewell dinner on Friday night, the second day of Ramadan in Myanmar. Yes we started fasting on Thursday, one day later after our brothers and sisters in Malaysia did. 
Saying farewell is not my cup of tea. But I managed to maintain my cool during entire session. First my boss went up to the rostrum saying all good things I have done. Then I went up saying all good things must come to pass. It was a short stay of 22 months in Myanmar but a memorable one. I told them I valued this international exposure and cherished every single encounter in this beautiful country. I had been to almost each and every one of my staff’s home visiting their spouse and parents and children.   I have attended many weddings and funerals, Myanmar way. Except for Bagan and Moulamine, I have been to most places such as Mandalay, Pyin Oo Lwin, Pathein, Chaungtha Beach, Bago, Napyidaw, Pyinmana, Inle Lake, Kalaw, Taungyi, Aung Ban, Twente, Tanglyin, Delta area. To the south, I have taken many roads less travelled in the name of work. Dawei, Kanbauk and the dusty road leading to our metering station near Thailand border and Thai border town of Ban-i-thong itself (illegal crossing), to name a few. I have taken numerous flights on Twin Otter and choppers to sites and to our offshore gas platform off Andaman Sea. It was a colorful life indeed in Myanmar. I concluded my speech that I had done all I could in developing host country national staff and now they are ready to take over. Then one of my favorite staff went up and say all the nice things about me.  I received a lot of gifts in form of Myanmar stone paintings and cotton materials. Two of my mentees were there also. Myanmar ladies are soft-hearted and I could see they were holding tears. I knew that.  The event was rather predictable as almost every alternate month management team of this organization celebrated a departure of Malaysian expatriate back to Kuala Lumpur, in the name of nationalization plan. Except that my farewell took place in Ramadan. So everybody rushed to perform Isyak and Taraweh in one of the room, reserved by the Micasa Hotel in Yangon, Myanmar. Some muslim friends were already wearing baju melayu and kopiah and loungyis (kain pelikat), right from home, ready for prayers.

I would like to take this opportunies to apologize for all my wrong doings, be it big or small, obvious or subtle. I can’t make everyone happy, though I tried so hard. Anyway it is not my business as HR Manager to make every staff  happy. And also I would like to sincerely apologize for my wrong doings over the past 22 months in all Myanmar.

Thank you to all.  God willing I will return.

Page 5 of 8

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén