life is short. do first thing first.

Category: Travel Page 41 of 43

SINGAPORE – Changi International Airport

May 5th, 2009

Tugas memaksa aku balik ke Kuala Lumpur lagi pada hari ini. Balik ke KL memang menyeronokkan, sesuatu yang aku look forward to. Boleh lepas gian makan roti canai dan teh tarik di restoran mamak yang bertaburan di mana-mana jalan dan simpang di KL. Selain dari itu, banyak benda boleh diselesaikan di KL, yang tak boleh dilakukan di Yangon seperti antaranya keluar duit gaji, tukar ke US Dollar dan bawa balik ke Yangon untuk belanja hari-hari di sana. Di KL juga boleh bayar hutang-hutang, ansuran rumah, made a few calls to friends and relatives.

Tapi perjalanan dari Yangon ke KL hari ini agak berbeza, agak tersasar. Tersasar ke Singapura kerana tiada penerbangan langsung Yangon-KL pada hari ini, yang selalu aku naiki. Tiada MH740 hari ini dan akibatnya tiada MH741 juga hari ini. Aku kena berada di KL pada jam 9 pagi hari Rabu, dan aku tiada pilihan lain kecuali mengambil Silk Air dari Yangon ke Singapura dan penerbangan SIA dari Singapura ke KL.

Yangon dilanggani oleh hanya beberapa syarikat penerbangan antarabangsa seperti Thai Airways, Malaysia Airlines dan Air China. Sistem ekonomi tertutup yang dilaksanakan oleh pihak tentera menyebabkan Myanmar tidak popular di kalangan komuniti bisnes. Setiap hari biasa, jumlah pelepasan antarabangsa di sekitar 6-7 pelepasan sahaja.

Kod penerbangan untuk Silk Air ialah MI dan penerbangan Yangon-Singapura menggunakan kod MI511.  Hari ini MI511 sarat dengan penumpang dan bertolak lewat daripada waktu jadual (10:10pagi). Seperti Air Asia, Silk Air menggunakan pesawat Airbus 320. Tempat duduk lebih luas dan selesa berbanding Boeing 737-400 yang digunakan oleh MH.

Masa penerbangan hampir sama dengan Yangon-KL iaitu 2 jam 40 minit. Laluan Perbezaan zon masa Myanmar dan Singapura ialah 1 jam 30 minit (sama seperti Malaysia). Dari Yangon, laluan penerbangan merentasi Lautan Andaman, kemudian melalui Teluk Siam dan wilayah Selatan Thai, pantai timur Semenanjung Malaysia dan terus ke Singapura.

Pesawat Airbus 320 jauh lebih canggih dari Boeing 737. Taklimat keselamatan menggunakan skrin yang tergantung dari atau overhead compartment. Skrin yang sama juga menayang filem komedi pendek. Kerani aku kat pejabat tidak membuat tempahan Moslem Meal. Peramugari beruniform hijau muda memberi kepastian mengenai makanan yang dihidangkan — semuanya dijamin halal, katanya. Tapi aku memilih fish fillet dan noodle sahaja.

Singapura memang destinasi popular rakyat Myanmar. Ramai rakyat Myanmar bekerja dan belajar. Selebihnya datang untuk melancong dan mendapat rawatan perubatan (bagi golongan berpendapatan tinggi Myanmar).

Satu lagi yang aku perasan ialah Bahasa Melayu digunakan dengan meluas di Changi Airport. Semua pengumuman dimulai dengan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu.

Untuk melengkapkan perjalanan aku ke KUL, aku menaiki Singapre Airline Boeing 777. Selepas 50 minit, aku tiba di KUL. Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi. Satu hari yang meletihkan di udara.

Meredah Lautan Andaman di MYANMAR

Tugasan resmi membawa aku ke penjuru alam ini, bumi Myanmar yang tersorok dan tidak dikenali ini.   Semuanya demi tugas, lantaran mencari rezeki halal untuk diri dan keluarga dan ummat.

Kanbauk ialah sebuah kampung kecil di Tanintharyi Division di selatan Myanmar. Anda mungkin tidak akan berjumpa dengan kampung ini di dalam peta negara Myanmar. Bandar lebih besar dan lebih popular ialah Dawei (atau  nama lamanya Tavoy) yang terletak lebih kurang 50 km ke selatan Kanbauk. Kanbauk mempunyai satu landasan terbang (airstrip) yang sempit cukup untuk fixed wings dan helikopter. Seperti Kerteh di Terengganu, Malaysia, ia merupakan persinggahan penting bagi pekerja industri minyak di Myanmar. Di sinilah terletaknya pusat operasi saluran paip gas (gas pipeline) dua syarikat minyak dan gas antarabangsa yang beroperasi di Myanmar. Saluran paip sepanjang hampir 300km ini bermula di pelantar tengah laut dan berakhir di sebelah Thailand berdekatan dengan Bangkok.

Aku sampai ke kampung ini dari Yangon pada satu hari yang indah di bulan Ogos 2009 dalam perjalanan ke pelantar gas Yetagun.  Aku sampai ke Kanbauk dari Yangon ke Kanbauk dengan Twin Otter 300. Dan dari Kanbauk ke offshore, aku terpaksa mengambil helikopter pengangkut buatan Eurocopter Dauphine yang dikendalikan oleh syarikat Heli -Union.

Satu aspek maha penting dengan cara hidup yang aku pilih ini ialah keselamatan. Setiap penumpang diwajibkan menonton video keselamatan berkaitan dengan jenis helikopter yang kami akan naiki. Taklimat keselamatan ini menjawab persoalan jika berlaku kecemasan dalam penerbangan. Apa perlu dibuat jika berlaku kecemasan. Bagaimana nak activate life raft. Di mana dan bagaimana nak buka pintu kecemasan. Bagaimana nak keluar dari helikopter yang terpaksa mendarat di atas air. Bagaimana nak menarik perhatian pasukan penyelamat. Selepas taklimat keselamatan, setiap penumpang diberi jaket keselamatan, dan mesti dipakai dengan sempurna sebelum boarding. Kemudian kami diiring seorang demi seorang ke helikopter yang menunggu dan ditunjuk tempat duduk. Tali pinggang keselamatan– a big round buckle which connects 4 metal flaps from 4 directions – wajib diikat kemas. Seolah2 terikat di kerusi eletrik, menunggu saat akhir. Semuanya sebiji seperti yang ditunjuk dalam video keselamatan tadi.

Juruterbang dan pembantunya – kedua2nya warga barat — menghidupkan enjin dan kipas mula berpusing. Nampak jelas kipas berpusing kerana bumbung di bahagian hadapan helikopter adalah berkaca. Bunyi bising tidak terkira dan aku pasti melebihi 80 decibel. Setiap penumpang diberi headset. Nobody talked because you simply could not, with all this noise, way exceeding 80 decibel. maybe 120 db, may be even more.

Dashboard di dalam kokpit juruterbang mempunyai hampir 30 displays yang menyukat pelbagai jenis data penerbangan, yang hanya difahami oleh juruterbang atau jurutera atau mereka yang pakar sahaja. Aku bukanlah johari yang mengenal manikam. Kebanyakan display adalah analog dengan jarum penunjuk. Display memenuhi ruang depan, tepi dan atas kawasan kokpit. Satu display tertulis ALT yang menyukat paras ketinggian. Yang ini aku pasti kerana ianya sama dengan Pajero V31 aku di Malaysia. GPS display yang kecil mempamerkan kelajuan vertikal, ETD, ETA dan lain2.

Semakin laju kipas berpusing, badan helikopter terangkat naik sedikit demi sedikit  sambil menyenget ke hadapan, menepati  prinsip Bernoulli yang aku belajar ilmu Fizik masa Tingkatan 4 suatu masa dahulu. Seluruh bahagian helikopter bergegar seolah2 aku berada di atas mesin senaman Ogawa (shaker). Juruterbang terpaksa membawa burung besi ini naik tinggi mendadak untuk melepasi ketinggian banjaran bukit yang memagari landasan terbang yang sempit ini. Selepas itu kami merentasi kawasan pantai dan seterusnya meredah lautan Andaman ke platform Yetagun. Langit cerah sepanjang perjalanan dan di bawah sana kelihatan pulau-pulau kecil yang membentuk archipelago Myanmar selatan. Aku selamat sampai ke destinasi dengan izin Allah dalam masa lebih kurang satu jam. Selepas urusanku di atas pelantar selesai termasuk memeriksa pokok krismas (christmas tree) di atas pelantar menggerudi (drilling rig), tiba masa untuk pulang.

Perjalanan balik ke Kanbauk dari Yetagun cepat 10 minit kerana ditolak angin. Beberapa kali lenaku terganggu apabila helikopter melanggar gumpalan awan tebal dalam perjalanan balik. Dari ketinggian 20000 kaki, aku melihat lautan biru di bawah sana dengan garis-garis gelombang ombak yang bergerak satu hala ditiup angin. Jika sesuatu berlaku di atas ini, nauzubillah min zalik, mungkin laut itulah kuburku. Dan jika ditakdirkan begitu, aku reda. Aku pasrah. Selamat tinggal kepada semua. Teruskan amal bakti sepanjang zaman selagi hayat dikandung badan.

Aku selamat sampai ke Kanbauk, tempat di mana aku bermula pagi tadi. Rasa syukur kerana selamat tiba menguasai diri. Landcruiser syarikat yang dipandu oleh warga tempatan menunggu penuh setia.

“Sir, they are waiting for you at POC”.

Kami meredah jalan berdebu menuju ke pusat operasi pipeline untuk tugas seterusnya. Jam tangan Alexander Christieku menunjukkan hampir pukul 4 petang.  Tiada pilihan melainkan terpaksa solat Jamak Takhir.

Peminta sedekah profesional di Yangon, MYANMAR

Di luar masjid, selepas selesai solat Eid Fitri pada hari Isnin 21 September 2009, peminta-peminta sedekah berkeliaran di depan muka pintu menunggu jemaah keluar. Jemaah melimpah ke jalan raya di depan masjid. Kabaye Pagoda Road — menghubungkan downtown Yangon ke lapangan terbang antarabangsa — tersangatlah sibuk. Bukan sahaja dengan muslimin yang baru lepas solat raya. Peminta sedekah mewarnai kehidupan kotaraya dengan 6 juta penduduk ini.

Seorang tua yang tangannya terketar-ketar mengikut aku ke kereta sambil berkata: “Old man, old man. Nobody here”.

Peminta sedekah di kota Yangon adalah pemandangan biasa terutama di persimpangan jalan utama, pasar-pasar dan masjid. Mereka menagih simpati dengan mendokong anak-anak kecil dan berlari menuju kepada kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat, kemudian mengetuk cermin kereta untuk menarik perhatian pemandu dan penumpang, sambil menunjuk kepada anak kecil yang di kendungnya dan membuat isyarat tiada wang dan belum makan lagi. Hati kita akan mudah tersentuh. Cerita kanak-kanak kecil yang dipinjam oleh peminta sedekah ’profesional’ dan diberi ubat tidur demi menagih simpati bukanlah cerita baru di sini. Cerita yang sama pernah didengar di Malaysia. Peminta sedekah menjadi satu kerjaya dan diberi gaji tetap oleh majikan mereka. Mereka adalah pelakon disimpang-simpang jalan, mengendong bayi-bayi kecil untuk menagih simpati. Tetapi tak dapat dinafikan ada yang betul-betul miskin dan tidak mampu berusaha sendiri.

Kebanyakan expatriates yang baru sampai akan mudah bersimpati dengan peminta sedekah terutamanya di luar masjid dan terus menghulurkan 1000 kyats kepada yang pertama yang menghampirinya, tanpa menyedari selepas itu, ramai lagi akan mengerumuninya meminta jumlah yang sama, dan jika tidak diberi, setengahnya berubah menjadi abusive dan mengikut kita sampai ke kereta.

Jadi jika anda mudah bersimpati dan tiada banyak wang, jangan hulur di depan orng ramai, sebaliknya tunjuk sombong dahulu, dan biar mereka ikut kita sampai ke kereta. Hanya seorang dua sahaja akan ikut kita sampai ke kereta, dan sebelum sahaja masuk ke dalam kereta dan pintu ditutup, baru hulur, dan lepas tu terus jalan. Sebab itu orang tua di atas berkata: ”Nobody here.” Dalam erti kata lain, dia memberi gerenti kepada saya jika saya memberi wang kepadanya, orang lain tidak akan tahu dan mengganggu saya. Satu lagi pilihan ialah memberi sejumlah wang kepada kakitangan masjid dan suruh mereka bahagi-bahagikan kepada peminta sedekah yang ramai itu. Mereka ada kuasa dan kepada yang melawan atau degil itu, mereka boleh menghalau dari kawasan depan masjid begitu sahaja dalam loghat tempatan. Kaedah ke tiga menghulur sedekah ialah memasukkan ke dalam tabung masjid, tetapi saya difahamkan wang ini tidak akan sampai kepada peminta sedekah, sebaliknya akan digunakan oleh jawatankuasa masjid untuk bayar bil dan penyelenggaraan masjid. Pengurusan bangunan termasuk rumah dan masjid (building maintenance) satu kerjaya yang mencabar di Myanmar di mana sumber tenaga eletrik utama (main power supply) ialah dari generator dan sumber backup datang dari syarikat eletrik kerajaan. Power. Ini adalah sesuata yang terbalik berbanding dengan keadaan di Malaysia di mana backup ialah dari generator. Power blackout ialah sesuatu yang sangat lumrah, hatta tempat yang paling kritikal dan strategik seperti lapangan terbang dan hospital, bekalan eletrik boleh terganggu.

Mengapa 1000 kyats, anda mungkin bertanya? Kenapa tidak nilai yang lebih kecil? Denomination paling asas kepada expatriate ialah 1000 kyats (bersamaan USD1 = RM3.50) kerana apabila mereka menukar USD ke kyat di pasaran gelap, inilah note yang paling banyak diterima, dan note inilah yang paling besar nilainya di pasaran. Berkuatkuasa October 2009, Kerajaan Myanmar mula mengedarkan note 5000 kyats di pasaran, dan dijangkakan harga barangan asas dan kadar inflasi akan mendadak naik. Myanmar adalah satu negara unik dari segi ekonomi – under US sanction dan secretive military government and that makes me don’t mind getting posted here. Saya akan tulis lebih lanjut tentang ini dan kos sara hidup di Myanmar dalam posting lain. Itu adalah satu lagi topik menarik pasal Myanmar.

Tempat ramai peminta sedekah di kota Yangon ialah persimpangan jalan berlampu isyarat. Memang banyak aktiviti di sini. Persimpangan Kabaye Pagoda Road dan Dhamazedi Road dan Shwe Gon Taing Road, antara yang popular. Ia seumpama pasar kecil. Bila lampu isyarat bertukar merah dan kereta terpaksa berhenti, penjual bunga, surat khabar, keputusan nombor loteri, hatta penjual sirih akan menerpa kepada kereta yang berhenti menawarkan khidmat mereka. Sekali pandang, keadaan memang bahaya tetapi jika anda lama di Yangon seperti saya, lama kelamaan keadaan ini menjadi lumrah dan biasa. Bunga-bungaan ros, orkid dan jasmin yang diikat dijual dengan harga 200 kyat (lebih kurang  RM0.70) menjadi hiasan dan pewangi dalam kereta dan juga dibawa ke pagoda untuk tujuan sembahyang cara mereka.

Eidul Fitri 1430H di Yangon, MYANMAR

Hari Raya Idil Fitri  tahun ini di Myanmar jatuh pada hari Isnin 21 September 2009, satu hari lewat dari di Malaysia. Kaedah penetapan 1 Syawal ialah dengan melihat anak bulan. Mungkin anak bulan tak kelihatan di sini. Aku tak kisah sangat sebab amalan Ramadhanku memang agak kurang tahun ini berbanding tahun lepas semasa di tanah air.  Kerja pejabat yang tak habis-habis.  Masjid yang jauh. Pemandu yang tak punctual. Semua itu antara alasan untuk justify my slackening this year. Bacaan Quranku hanya sampai surah Fathir sahaja, tak sampai pun surah Yaasin. Seorang sahabat menghantar email dengan attachment Quiz AlQuran dan sebaris mesej simple: “Dah juzuk berapa dah?”.
Brother Yunus, anak saudara Brother Ahmad, trustee Masjid Kokhine mengesahkan tarikh Hari Raya  dan waktu solat Eid ketika aku sampai di masjid untuk solat Taraweh terakhir pada Sabtu malam Ahad.   Kadar zakat fitrah tertampal di papan kenyataan masjid:   900 kyats untuk Hanafi dan 1000 kyats untuk Shafie. Aku tak sempat bertanya rasional perbezaan kadar. Mungkin bergantung kepada jenis beras yang dimakan. Kebanyakan expatriates Islam yang selalu mengunjungi masjid ini ialah dari Malaysia dan negara Arab seperti Arab Saudi dan Mesir. Kebanyakan mereka dari mazhab Shafie. Ditambah dengan status expatriates, kami dianggap lebih berada dari masyarakat Islam tempatan.

Masjid Kokhine pada pagi hari Raya penuh dengan umat Islam sehingga melimpah ke jalan raya di luar, iaitu Kabaye Pagoda Road. Tidak pernah aku melihat seramai itu sebelum ini. Bagi perantau seperti aku, suasana agak berbeza. Tiada takbir mendayu-dayu seperti di Malaysia.  Justeru itu tiada ruang untuk melayan perasaan gundah gelana kerana tiada keluarga bersama. Takbir tanpa lagu hanya dilaungkan oleh tuan imam ketika memulakan khutbah raya.  Solat Eid bermula jam 7pagi sharp. Seiapa yang terlewat walaupun 5 minit, alamat dia akan ketinggalan solat Eid. Solat Eid di sini agak berbeza dengan di Malaysia dari segi bilangan takbir. Pada rakaat pertama, mereka bertakbir 3 kali  sahaja sebelum membaca Fatihah. Kemudian tuan Imam membaca surah AlA’la. Pada rakaat ke dua, takbir  sebanyak 3 kali juga tetapi kali ini selepas membaca Fatihah dan surah. Tuan imam membaca surah al-Ghasiyah pada rakaat kedua. Bilangan takbir berbeza dengan amalan di Malaysia, iaitu 7 kali takbir pada rakaat pertama dan 5 kali takbir pada rakaaat ke dua. Keunikan amalan pelbagai mazhab di bawah payung Ahlussunnah wal jamaah menyaksikan betapa Islam itu fleksibel dan mengambil kira budaya bangsa penganutnya.

Aku mengambil masa yang agak panjang untuk menghargai perbezaan ini. Ini bukanlah masalah pokok yang perlu dibahaskan.  Masing-masing ada nas untuk menjustifikasi amalan masing-masing. Khutbah Raya disampaikan dalam bahasa Myanmar dan selesai dalam masa 10 minit. Selepas itu aku bukan saja bersalaman, tapi peluk memeluk dengan mereka yang aku kenal iaitu keluarga Brother Ahmad, sambil mengucapkan tahniah kepada sesama sendiri kerana berjaya menyempurnakan puasa Ramadhan. Aku juga sempat berjumpa beberapa orang kakitangan Kedutaan Malaysia yang tidak pulang ke kampung halaman. Muka sepesen (satu fesyen) saja. Sedih sebab tak dapat berjumpa keluarga dan ibubapa di hari mulia. Aku faham.

Di luar masjid peminta-peminta sedekah berkeliaran di depan muka pintu menunggu jemaah keluar. Seorang tua yang tangannya terketar-ketar mengikut aku ke kereta sambil berkata: “Old man, old man. Nobody here”. Peminta sedekah di kota Yangon adalah pemandangan biasa terutama di persimpangan jalan utama, pasar-pasar dan masjid. Mereka menagih simpati dengan mendokong anak-anak kecil dan berlari menuju kepada kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat, kemudian mengetuk cermin kereta untuk menarik perhatian pemandu dan penumpang, sambil menunjuk kepada anak kecil yang di kendungnya dan membuat isyarat tiada wang dan belum makan lagi. Hati kita akan mudah tersentuh. Cerita kanak-kanak kecil yang dipinjam oleh peminta sedekah ’profesional’ dan diberi ubat tidur demi menagih simpati bukanlah cerita baru di sini. Cerita yang sama pernah didengar di Malaysia.

Saya akan sambung kisah peminta sedekah profesional dan amatur di Yangon dalam posting lain. Insyallah kalau umur panjang.

Menjejaki masjid di sekitar Yangon, MYANMAR.

Satu minggu sebelum Eidul Fitri. Ketika yang lain sibuk memohon cuti untuk pulang beraya di tanah air, aku dan beberapa orang sahabat sealiran menjejaki kawasan delta di sekitar Yangon, mencari masjid-masjid yang memerlukan bantuan kewangan. Aku ditugaskan menyampaikan Tabung Ramadhan sumbangan pekerja moslem di tempat aku bekerja kepada golongan yang memerlukan. Rancangan kami ialah mencari umat Islam di luar kota Yangon kerana pada firasat kami masyarakat Islam di kota Yangon sudah banyak menerima sumbangan dari NGO Islam atau kedutaan-kedutaan negara Islam seperti Arab Saudi. Hari itu di Masjid Kokhine, aku melihat kotak-kotak buah kurma seberat 2kg satu pek di satu penjuru masjid untuk diedarkan kepada fakir miskin setempat. Tertulis di atas pek itu “A gift from the guardian of two holy lands”. Kerajaan Arab Saudi memang dermawan.  Semoga Allah menerima amalan mereka dan amalan kami.

Kawasan delta (delta area) merujuk kepada kawasan tanah subur lembangan Sungai Ayeyarwaddy (juga dieja sebagai Irrawaddy) dan beberapa sungai lain seperti Sungai Yangon dan Sungai Bago. Sungai Ayeyarwaddy merupakan sungai terpanjang di Myanmar mengalir dari kawasan pergunungan di utara menuju ke kawasan delta dan seterusnya memasuki Laut Andaman di selatan. Ia merupakan nadi pengangkutan air utama. Bandar utama di kawasan delta ialah Pathein. Semasa taufan Nargis melanda pada tahun 2008, kawasan ini adalah yang paling teruk terjejas. Air melimpah hingga ketinggian 6 meter dari paras permukaan bumi dan hampir 200,000 orang menjadi mangsa.

Destinasi pertama kami ialah tiga buah masjid dalam perjalanan ke Konyangon, satu kawasan perkampungan di muara Sungai Yangon.  Masjid Sanwa dan Masjid Getkone di daerah Twante,  Masjid Zayagone di daerah Kaw Hmu. Jarak perjalanan lebih kurang satu jam dengan kenderaan pacuan empat roda Toyota Landcruiser dari bandaraya Yangon melalui jalan darat. Masyarakat Islam di sekitar 30 – 50 keluarga di sekitar kawasan ini. Kebanyakannya bekerja sendiri (petani, buruh dan peniaga).  Identiti moslem tidak tidak dapat dibezakan dengan yang bukan Islam, kerana kehidupan dan budaya mereka sudah bercampur.   Anak2 dan wanita2 mereka serupa saja, makanan, pakaian, bahasa pertuturan seharian, semuanya hampir sama. Syiar Islam hanya boleh dilihat di masjid-masjid dan pakaian mereka yang masih bertahan dangan pegangan aqidah — lelaki berkopiah putih dan baju putih labuh ala Pakistan, dan muslimah yang bertudung walaupun longgar.  Kami diberitakan sebahagian moslem di kawasan ini dimurtadkan oleh mubaligh-mubaligh Kristian yang pertama sampai menghulurkan bantuan selepas taufan Nargis melanda. Kehidupan di sini memang susah. Semuanya manual.

Kami juga sempat singgah di bandar Twante yang terkenal dengan perusahaan tembikar dari tanah liat. Dalam perjalanan balik kami melalui Dallah, sebuah perkampungan kecil ditebing Sungai Yangon. Dari Dallah kami menaiki feri menyeberangi Sungai Yangon ke kota Yangon. Feri RORO (roll out and roll in ferry) membawa kereta dan lori berserta penumpang.

Sistem jalanraya di kawasan delta dan hampir keseluruhan kawasan luar bandar di seluruh Myanmar memang ketinggalan jauh kebelakang berbanding dengan Malaysia. Jalan tidak berturap, sempit, berlubang di sana sini dan tidak terurus adalah perkara biasa. Lembu dan kambing dan khinzir berebut jalan dengan kenderaan yang lain.

Lihat galeri di atas untuk imej-imej sepanjang lawatan ini. Bawak tetikus ke atas imej untuk penjelasan.  Klik dua kali untuk membesarkan imej.

Page 41 of 43

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén