life is short. do first thing first.

Category: Travel Page 15 of 44

Border crossing Thailand/Myanmar at Ranong – Part 2/2: ACTUAL CROSSING

Proses menyeberangi sempadan di sini bermula di jeti pekan Ranong, THAILAND  dan berakhir di jeti Kawthoung, MYANMAR.  Kami menaiki bot dari jeti di pekan Ranong.

Kami melalui checkpoint berikut:

A. Pejabat imigresen / kastam Thailand di jeti di pekan Ranong, Thailand.

Bot pancong menanti penumpang di jeti pekan Ranong Thailand. Tambang lebih kurang 100 baht seorang negotiable. Kalau pandai kecek Siam boleh dapat murah sikit hehe. Life jacket disediakan. Separuh berbumbung.

Checkpoint imigresen di jeti di Ranong. Banyak ulat tiket yang jual tiket bot di sini. Tambang bot agak standard dari 100 Baht ke atas seorang satu hala.

Keadaan di jeti di pekan Ranong.

Cop passport exit Thailand di pejabat imigresen Thailand ini, sebelum menaiki bot.

B. Naik bot. Perjalanan dengan bot kecil yang mendebarkan dan bukan untuk faint-hearted. Pakai jeket keselamatan kalau nak hidup lama.

Think safety. Pakai jeket keselamatan,

Muara sungai yang memisahkan Thailand dan Myanmar.

Ombak kuat memukul bot kecil sarat dengan penumpang. Ada berani?

Bot separuh berbumbung. Life is short. Enjoy!

Sebuah bot pelancong di Kawthoung, Myanmar.

C. Pos imigresen / kastam di muara sungai / laut.

Bot berhenti di sini, Tekong naik membawa passport penumpang.

Bot berhenti di sini, Tekong naik membawa passport penumpang. Pandangan dari sudut berbeza.

D. Pos pemeriksaan tentera laut Thailand di sebuah pulau kecil di tengah muara sungai.

Pos kawalan tentera laut Thailand di sempadan Ranong/Kawthoung.

E. Turun di jeti di pekan Kawthoung, Myanmar.

Mingalabar. Welcome to Myanmar!

Jeti utama di Kawthoung, Myanmar.

F. Imigresen / kastam Myanmar.

Pejabat imigresen Myanmar di Kawthoung.

Pejabat imigresen Myanmar di Kawthoung terletak sebelah jeti. Singgah di sini utk cop passport masuk Myanmar.

Selepas selesai urusan di pejabat imigresen Myanmar, kami pun melangkah masuk ke pusat bandar Kawthoung yg terletak di sebelah jeti itu saja. Terdapat stesen teksi dan tut-tut dan money changer sebaik saja keluar dari sini. Hotel bajet pun banyak, Matawang Myanmar ialah Kyat (disebut: chat). Baht Thailand masih boleh dipakai di Kawthoung tetapi sebaik sahaja kami bergerak keluar dari Kawthoung, hanya kyat diterima.

Jarak dari Kawthoung ke Yangon (ibu kota negara Myanmar) lebih kurang 1400 km. Lebih kurang 20 jam memandu.

END OF POST.

 

Border crossing Thailand/Myanmar at Ranong – Part 1/2: VISA REQUIREMENT

 Cerita ini berdasarkan pengalaman sebenar saya dan beberapa org sahabat yang memasuki negara Myanmar melalui sempadan darat dari Ranong, Thailand awal tahun 2019. 

Kebanyakan pelancong memasuki negara Myanmar melalui Yangon melalui jalan udara. Jarang kita dengar pergi Myanmar ikut jalan darat.

Tidak seperti negara Indochina yang lain seperti Thailand dan Kemboja dan Vietnam, Myanmar memerlukan visa. Ada banyak jenis visa, paling biasa ialah visa pelancong. (tourist visa).

Stamping oleh pejabat imigresen Myanmar di jeti utama di pekan Kawthoung, Myanmar. Kawthoung juga disebut sebagai Pulau Dua oleh penduduk Melayu di sana.

Visa pelancong seperti ini boleh di mohon di Kedutaan Myanmar di KL lebih awal sebelum pergi Myanmar.

Ada beberapa cara nak masuk ke negara Myanmar dari Ranong, Thailand

1. Masuk dengan visa pelancong yg dimohon lebih awal di di kedutaan Myanmar di KL, Malaysia. Harga visa USD 50 dan memerlukan 2-3 hari untuk siap. Untuk siap dalam masa satu hari, kena bayar lebih. Visa ini boleh digunakan untuk pergi ke mana sahaja dalam Myanmar termasuk Yangon dan Mandalay dalam masa 28 hari. Maklumat sokongan yang diperlukan utk permohonan visa:

  • Passport antarabangsa yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Gambar passport 2 keping (background putih)
  • Alamat hotel atau guesthouse di Myanmar
  • Tiket penerbangan pulang

Oleh kerana kami tiada tiket penerbangan keluar dari Myanmar sebab kami masuk ikut daratan, itinerary lengkap di perlukan. Itinerary ini menerangkan pergerakan hari ke hari di Myanmar, bandar di lalui, tinggal di mana sehinggalah hari kami keluar dari Myanmar.

2. Masuk dengan visa terhad.

Visa jenis ini boleh dimohon sebaik saja sampai (on arrival) di pejabat imgresen di Kawthoung, Mtanmar. Pejabat ini terletak berdekatan dengan jeti selepas bot mendarat. Harga visa USD 10 dan boleh dapat dengan segera (jika sistem semua OK). Akan tetapi visa ini hanya boleh digunakan untuk pergi ke kawasan terhad sahaja sekitar pekan Kawthoung mungkin lebih sikit. Tidak boleh pergi jauh dg visa ini. Oleh kerana destinasi kami ialah Bokpyin, 5-6 jam memandu dari Kawthoung. Visa jenis ini tak sesuai untuk kami.

3. Masuk tanpa visa. 

Masuk cara ini menggunakan jeti tikus yang banyak. Jeti-jeti ini bukanlah jeti utama dan tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa Myanmar untuk pelancong atau foreigner mendarat. Ianya menjadi kesalahan imigresen yang serius jika tertangkap. 

Seperkara lagi, sepanjang saya duduk di jeti memerhatikan orang tempatan lalu lalang, menyeberangi sempadan ini, saya dapat merasakan kebanyakannya tiada dokumen perjalanan apa-apa. Hanya dengan pakai kain pelikat (di sini dipanggil longyi) mereka bebas bergerak. Tiada penguatkuasaan di setiap checkpoint, maknanya mereka boleh saja berjalan terus tanpa berhenti di checkpoint. Kesimpulannya border crossing di tempat ini agak porous dan banyak loopholes. Saya rasa loopholes ini memang disengajakan atas beberapa sebab dan semua lubang-lubang ini boleh ditutup dengan sedikit wang ganjaran  yang bersifat under the table. JANGAN CUBA CARA INI.  MENJADI KESALAHAN IMIGRESEN YANG SERIUS.

Kesimpulannya proses menyeberangi sempadan di sini bermula di jeti pekan Ranong dan berakhir di jeti Kawthoung. Kami melalui checkpoint berikut:

A. Pejabat imigresen / kastam Thailand di jeti di pekan Ranong, Thailand

B. Naik bot

C. Pos imigresen / kastam di muara sungai / laut.

D. Pos pemeriksaan tentera laut Thailand di sebuah pulau kecil di tengah muara sungai.

E. Turun di jeti di pekan Kawthoung, Myanmar.

F. Imigresen / kastam Myanmar.

Untuk perjalanan pulang dari Myanmar ke Thailand, ikut proses berlawanan.

Bersambung ke Part 2/2….

NEXT POSTING — The ACTUAL CROSSING.

COMING SOON! Road trip across 8 countries in Europe.

COMING SOON!!!

JELAJAH NEGARA-NEGARA  BALKAN

 

Masjid makmum pakai uniform – Masjid RAMD Port Dickson

Assalamuaikum.

Salam 1 Februari 2019. Warga KL cuti harini. So ada masa nak menulis sikit. Hehe macam lah dia sibuk sangat.

Kali ini aku nak cerita pasal sebuah masjid yang lain dari yang lain. Kelainannnya ialah semua makmum kena pakai uniform masa solat.

Memperkenalkan —-> Masjid RAMD (Regiment Askar Melayu Di Raja) di Port Dickson. Masjid ini terletak dalam kem askar di Kg Si Rusa. Dari pusat bandar PD menuju ke Teluk Kemang, kem ini terletak di sebelah kiri. Ikut saja papan tanda sepanjang jalan pantai tersebut. Anda kena belok ke kiri sedikit baru jumpa masjid ini. Masjid ini bersebelahan Muzium Tentera Darat.

Makmum berkawad selepas solat Subuh

Masjid RAMD di Port Dickson

Masjid ini dimakmurkan sepenuhnya oleh pelatih, askar dan kakitangan kem tentera darat. Pelatih memakai uniform semasa solat berjemaah. Dan selepas solat subuh mereka akan terus berkawad di padang besar sebelah masjid.

Aku selalunya solat subuh di masjid ini selepas bermalam dalam khemah di pantai berdekatan.

END of post.

3 days in Copenhagen (Part 4) – Visiting MALMO, SWEDEN by bus

Pada hari terakhir di Copenhagen, aku membuat keputusan untuk menyeberangi sempadan Denmark – Sweden. Hanya sekadar untuk jalan-jalan. Sahabat aku bagitau kalau naik bas ke Malmo (Sweden) hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit termasuk urusan imigresen dan kastam di sempadan Denmark / Sweden. Bas akan melalui Oresund Bridge yang terkenal itu. Malam itu juga aku membeli tiket bas FlixBus  online. Tak mahal pun. Kurang dari 10 Euro untuk tiket pergi balik.

Keesokan pagi, kami menaiki subway (metro) ke Central Station di tengah bandar Copenhagen. Terdapat hentian bas di luar bangunan Central Station di mana bas ekspres antara bandar ke semua destinasi di Scandinivia beratur mengambil penumpang. Ada bas ke Oslo, Hamburg, Stockholm dan banyak lagi destinasi. Pastikan anda menaiki bas yang betul. Pemandu bas membuat semua benda, bukan saja memandu, dari mengangkat barang sehinggalah kepada menjawab soalan dari penumpang yang nampak sesat. Bahasa Inggeris tiada masalah di sini.

Bas kami tiba agak lewat.

Selepas semua penumpang naik bas, bas bergerak keluar dari kota Copenhagen di kedinginan musim sejuk dengan salji yang rintik-rintik.

Oresund Bridge menyambungkan Denmark dan Sweden. Keunikan Oresund Bridge ialah sebahagiannya terletak di bawah aras laut dan sebahagian lagi di atas permukaan laut. Jika anda sampai ke Copenhagen, cubalah cari jalan untuk menaiki jambatan ini — salah satu cara ialah dengan menaiki bas ke Malmo, Sweden (day trip).

Border crossing Denmark ke Sweden

Rakyat Malaysia tidak perlu visa untuk memasuki Sweden. (Perlu passport sahaja). Tetapi ada pemeriksaan imigresen Sweden sebaik sahaja bas turun dari jambatan memasuki negara Sweden. Pada hari kami sampai, beberapa orang anggota polis dan pegawai imigresen menaiki bas kami di checkpoint untuk memeriksa dokumen perjalanan secara rambang dan bertanya soalan kepada penumpang yang suspicious-looking. Kami hanya menjawab yang kami nak pergi Malmo untuk sight-seeing. Berapa lama di Malmo? Petang nanti balik semula ke Copenhagen.

Selepas melewati Oresund Bridge dan pemeriksaan imigresen kami memasuki bandaraya Malmo. Di sebelah kiri kami ternampak gedung membeli belah IKEA yang sinonim dengan Sweden. Bukit salji yang masih beku kelihatan di kiri kanan lebuhraya menuju ke Malmo. Dari sini, jarak ke Stockholm, ibu negara Sweden lebih kurang 600 km.

Apa kami buat di Malmo?

Bas berhenti di Malmo Central Station, hub pengangkutan utama di Malmo. Di sinilah terletaknya stesen keretapi dan stesen bas.

Dari situ kami jalan-jalan menuju ke pusat bandar. Tidak ramai orang lalu lalang dan tidak banyak aktiviti. Mungkin cuaca terlalu sejuk dan salji masih turun. Kami terjumpa sebuah taman dipenuhi salji tebal di tepi sungai yang airnya belum membeku. Tempat terbaik untuk bergambar.

Dalam perjalanan balik ke Central Station untuk menaiki bas pulang ke Copenhagen, kami melalui pusat bandar baharu Malmo. Bangunan dengan senibina moden dan kontemporari dapat dilihat di kawasan ini.

Jam 4 petang hari itu, kami sudah berada semula di Copenhagen.

Lihatlah imej di bawah yang sempat dirakam sepanjang perjalanan ke Malmo.

Malmo terletak di selatan Sweden lebih kurang 600km ke Stockholm.

Screenshot ini menunujukkan lokasi Oresund Bridge yang menyambungkan negara Denmark dan negara Sweden. Malmo terletak dalam negara Sweden.

 

Menaiki bas di Central Station Copenhagen. Semua bas ekspres ke destinasi di Norway dan Sweden berlepas dari sini. Bas ungu ini menuju Oslo, Norway.

Lebuhraya menuju Sweden dari Copenhagen.

Memasuki terowong bawah laut di Oresund Bridge, Copenhagen.

Laluan kereta dan lori di Oresund Bridge. Laluan tren di tingkat bawah.

Oresund Bridge sepanjang 8 km menghubungkan Denmark dan Sweden.

Had laju 90 km/j di atas Oresund Bridge

Ada ketikanya jambatan ini ditutup bila mana cuaca tidak baik.

Oresund Bridge

Oresund Bridge

Memasuki negara Sweden melalui Oresund Bridge

Memasuki negara Sweden melalui Oresund Bridge

Swedish immigration checkpoint at Oresund Bridge

Stockholm here I come.

Sweden is home for IKEA

Padang salji di sebuah taman di Malmo, Sweden.

Musim sejuk di Malmo, Sweden

Pusat bandar Malmo, Sweden.

Pusat bandar Malmo, Sweden.

Sebuah taman awam di Malmo yang ‘tenggelam’ dalam salji.

Sungai yanghampir beku mengalir di sebuah taman awam di Malmo, Sweden.

Lebuhraya bersalji dari Malmo ke Stockholm di Sweden.

Sebuah bas ekspres di Malmo, Sweden.

Pusat bandar Malmo, Sweden.

Sebatang jalan di Malmo, Sweden.

Pengangkutan awam di Malmo, Sweden.

Malmo di musim sejuk.

Central Station, Malmo, Sweden.

Bangunan kontemporari di Malmo, Sweden.

Senibina menarik di Malmo, Sweden.

Senibina moden dan kontemporari di Malmo, Sweden.

Bangunan kontemporari di Malmo, Sweden.

Musim sejuk di Malmo, Sweden.

Bangunan kontemporari di Malmo, Sweden.

Senibina abstrak di Malmo, Sweden. Apakah ini?

Sebatang terusan di Malmo, Sweden.

Kings Park di Malmo, Sweden.

Pokok ini bertahan dengan musm luruhnya. Malmo, Sweden.

Sebuah taman awam di Malmo, Sweden.

Salji di mana mana. Malmo, Sweden.

Tren ini menuju ke Stockholm, Sweden.

Central Station, Malmo, Sweden.

Central Station, Malmo, Sweden.

Maritime University, Malmo Sweden.

Terusan di Malmo, Sweden.

Pedestrian bridge di Malmo, Sweden.

Deretan bangunan bersejarah di Malmo, Sweden.

Sebuah bangunan bersejarah di Malmo, Sweden.

Pintu masuk Central Station di Malmo, Sweden.

Pemandangan di dalam Central Station, Malmo, Sweden.

Bangunan bersejarah di Malmo, Sweden.

Page 15 of 44

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén