Kami mendarat di kota Jakarta dengan penerbangan Air Asia Indonesia QZ 201. Sempatlah makan nasi lemak Pak Nasser dlm flight.
Selepas makan tengahari dan check-in hotel, destinasi pertama kami di Jakarta ialah Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara, ke 9 terbesar di dunia. Barack Obama pernah singgah di masjid ini pada tahun 2010.
Siap dibina pada tahun 1978 dengan kapasiti jemaah seramai 120,000. Masjid ini serupa sebuah kompleks pejabat kerajaan yang sangat luas. Terma ISTIQLAL bererti merdeka.
Peniaga dan pelancong di depan pintu masuk Masjid Istiqlal di kota Jakarta.
Hiasan dalaman sangat unik dengan lampu LED di siling seumpama bintang-bintang berbaris di langit. Tiada lampu chandelier. Ada sebuah skrin TV besar di dinding hadapan boleh nampak pergerakan setiap makmum dalam ruang solat utama. Selepas solat salah seorang AJK Masjid membuat beberapa pengumuman.
Terus terang cakap, solat aku tidak berapa khusyuk disebabkan skrin besar tadi. Astaghfirullah.
Kami solat maghrib dan Isyak jamak dan qasar. Alhamdulillah. Kalau hangpa sampai Jakarta jangan lupa singgah di masjid ini. Pasti terpegun. Itu baru aku cerita pasal dewan solat utama, tak story lagi pasal tempat wuduk yang ada divider. Hangpa mai sendiri lah tengok. Apa pun, niat mesti betul bila mai masjid. Nak jumpa Tuhan bukan nak tangkap gambaq.
Satu lagi info sebelum aku lupa habaq.
Di depan masjid Masjid Istiqlal ada Jakarta Cathedral (lihat gambar — maaf gelap sikit), gereja terbesar di Indonesia. Dikatakan ada laluan bawah tanah menghubungkan 2 mercu tanda ini, Dan jalan ke depan sikit ada MONAS. Apa itu MONAS? Ini cerita utk siri ke 3. Tunggu tau!
Pagi ini solat subuh di masjid ini di Seksyen 7 BBB. Lokasi yang sentral dikelilingi kedai-kedai dan pusat membeli belah dan hospital menjadikan masjid ini pilihan musafir dan penduduk BBB. Seperti biasa subuh ini kebanyakan jemaah puak-puak veteran.
Hari Jumaat 17/12/2021 semasa ziarah ke Lumut, saya sempat singgah di masjid ini. Terletak di Teluk Muroh berdekatan dg pangkalan tentera laut.
Uniknya Masjid ini ialah kubahnya berwarna hitam seperti masjid Zaher di Alor Setar Kedah, kecuali saiznya yg agak kecil.
Ruang utama berhawa dingin teramat. Mungkin sebab hujan di luar. Parking tepi jalan, sangat limited. Tourist area. So expect jem pada hari Jumaat tengahari.
Kalau mai Lumut jangan lupa singgah solat di sini.
Hujan renyai di pagi jumaat 17/12/2021Beruntunglah mereka di saf depan. Saya di saf no. 2 sajaDi bawah lindungan Allah