life is short. do first thing first.

Author: abuadam Page 5 of 64

PRAY FOR TURKIYE AND SYRIA

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
(QS. Al-‘Ankabut 29: Ayat 2)

Pilihan di tangan saya !

Apa peranan dan sumbangan kita dalam kes musibah banjir yang melanda Pantai Timur loni?

Ada beberapa pilihan, sebenarnya.

Saya boleh saja duduk di rumah, kondo mewah di pinggir KL

Buka TV dan tengok berita pasal kereta tenggelam, rumah hanyut dan kanak-kanak lemas di Tanah Merah.

Lepas tu saya kata “kesian depa..” sambil minum kopi O cicah biskut mayat.

“Innalillahi wainna ilai hi raajiun. Bersabarlah”.

“Hidup satu ujian”

“Bacalah Quran surah Al Ankabut ayat 2”

Atau.

Saya boleh saja masuk komputer dan transfer online sedikit sumbangan kpd mangsa banjir.

Atau.

Saya boleh ikut serta misi banjir, kalau saya mampu.

Pilihan di tangan anda.

Ingat setiap keputusan anda akan disoal pada suatu hari — hari yang tiada mak ayah atau kawan karib yg boleh tolong anda.

MAKAN NASI DALAM BULOH, MASAK AYAM DALAM BULOH, TIDUR PUN DALAM BULOH DI POS TUEL, GUA MUSANG.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tanggal 3-4 Disember 2022 saya sempat mengikuti program Ziarah Dakwah di perkampungan orang asli di Pos Tuel Gua Musang anjuran sebuah NGO kebajikan iaitu PERTUBUHAN WANNOR PRIHATIN atau simply WANNOR CARE. NGO ini agak aktif kalau dilihat dari posting di Facebook Page nya iaitu FB WANNORCARE.

Pos Tuel terletak dalam jajahan Gua Musang, Kelantan. Boleh diakses melalui jalan raya Simpang Pulai – Gua Musang.

Jarak kurang lebih 120km dari Ipoh, 90 km dari bandar Gua Musang. Jalan masuk bertar dan berlubang sikit-sikit sebab musim hujan. Kereta biasa boleh rapat ke lokasi, tak perlu kenderaan 4×4. Kereta lowered akan ada masalah.

Penduduk di sini terdiri dari suku Temiar dan Semai, sebahagiannya beragama Islam.

Sewaktu kami masuk ke sini, musim durian belum berakhir. Sempatlah merasa durian bukit. Boleh bawa balik bagi ko jiran di bandar dg harga serendah RM6 sekilo. Petai hanyalah 50 sen se keping. Pemborong durian kena royak seminggu lebih awal, sempatlah Pak Atan panjat. Musim hujan susah sikit katanya. Batang pokok licin.

Banyak lagi gambar dan cerita selanjutnya di pautan ini. Kalau ada komen atau soalan, masukkan dalam ruang komen di bawah.

https://www.facebook.com/wannorcare/posts/454908990187857

Part 7/7: MASJID FAISAL MASJID KE-6 TERBESAR DI DUNIA.

Assalamualaikum.

Islamabad ialah ibu negara Pakistan walaupun ianya bukanlah bandaraya terbesar di Pakistan.

Terdapat sebuah masjid tersohor di sini yang mwnjadi tumpuan pelancong seluruh dunia jika sampai di Islamabad.

Masjid Faisal dibina menggunakan dana Raja Faisal Arab Saudi pada tahun 1976.

Masjid ini boleh menampung seramai 300,000 jemaah. Masjid ini adalah masjid terbesar di Asia Selatan dan ke-6 terbesar di dunia dari segi kapasiti.

Di perkarangan masjid terdapat perkuburan Presiden Pakistan General Muhammad Zia ul Haq, yang terkorban dalam kemalangan helikopter C-130 pada tahun 1988. Banyak teori dan misteri menyelubungi kematiannya sehingga hari ini antaranya ianya dirancang oleh CIA dan juga mungkin disebabkan pandangan kerasnya terhadap golongan Syiah.

Anda boleh google mengenai kemalangan ini dalam internet.

Apa pun, bila sampai di sini kita berdoa semoga Allah merahmatinya.

Allahumaghfirlahu warhamhu.

Cerita lanjut di link ini ==> https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid032PecWiAgECMj5NhqZVihhJFWr9pWX5FbSkvooaBUXm86AkPvjPWAvkryoAtX7V7ql

Part 6/7: UBAT-UBAT WAJIB BAWA KE PAKISTAN.

Assalamualaikum.

Kembara ke Pakistan memanglah untuk orang yang sihat dan cergas. Banyak kali anda akan melangkah lebih dari 10000 steps satu hari.

Pilihan bergerak di tangan anda. Bas atau coaster akan berhenti di setiap lokasi tarikan pelancong semasa dalam perjalanan untuk ambil gambar atau toilets break atau untuk makan.

Anda boleh stay dalam bas saja kalau tak sihat. Setengah lokasi memerlukan anda berjalan atau memanjat bukit untuk sampai kepadanya seperti Hussaini Bridge atau Baltit Fort atau Kachura Lake dan lain-lain sepertinya.

Perubahan makanan harian antara sebab perut kita mudah upset semasa kembara di Pakistan. Hampir semua dalam rombongan kami merasai sakit perut sedikit sebanyak — ada yang serius ada yang ringan, ada yang kena dulu atau kena kemudian. Makanan harian di Pakistan ialah nasi biryani, nasi pulao, karahi kambing atau ayam, roti nan. Sarapan ialah roti nan atau prata dan telur dardar. Teh panas default minuman setiap hidangan. Ikan trout perlu di booking lebih awal dan mungkin kena bayar extra.

Antara ubat sakit perut yang kami bawa dari Malaysia. Ubat-ubat in ada dijual di farmasi OTC (over the counter) tanpa perlu preskripsi. JIka tak pasti, tanya ahli farmasi. Jangan tanya cashier.

1. Alucid tablet. Ubat untuk sakit gastrik atau angin dalam perut. Dimakan sebelum makan. 3 kali sehari jika perlu. Dalam gambar di bawah ubatnya yang kuning itu (3 dari atas). Dihisap sampai larut dalam mulut, bukan ditelan sekaligus.

2. Colodium tablet. Ubat ini untuk cirit-birit. 3 kali sehari selepas makan. Jangan terlebih hari takut sembelit pula. Brand lain yang popular ialah Imodium.

Sakit perut adalah common untuk pelancong first timer ke Pakistan.
Saya bawa ubat ini ke Pakistan. Cadangan saja.

3. Buscopan 10 mg. Ubat ini untuk perut memulas atau cramp. 3 kali sehari selepas makan.

4. Charcoal utk neutralize asid berlebihan dalam perut. 3 kali sehari selepas makan.

5. ORS — oral rehydration salt. Air garam untuk rehidrat kandungan air dalam badan selepas cirit-birit. Satu pek dikacau hingga larut dengan satu cawan air suam.

6. Paracetomal 500 mg atau 650 mg. Untuk demam. 2 tablet sekali ambil. Jangan melebihi 8 biji satu hari.

7. Ibuprofen 400 mg. Untuk hilangkan sakit.

Wallahuaklam.

Kita hanya berusaha. Aqidah kita bukan ubat2 ini yang menyembuhkan. Allah Taala yang memberi kesembuhan.

Page 5 of 64

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén