life is short. do first thing first.

Author: abuadam Page 12 of 64

2 hari di Sarajevo. (Part 12)

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua.

Hari ini 4 Syawal 1442. PKP seluruh negara. Tak ada benda nak buat. Nak ziarah raya tak boleh. Nak rentas daerah tak dibenarkan. Rentas negeri lagi lah tak boleh. So boleh lah update blog ini.

Kita sambung pengembaraan kita di Bosnia Herzegovina.

NOTA: Ini adalah bahagian ke 12 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Kali ini kita sampai di Sarajevo. Betul-betul sampai di Sarajevo. Finally! Janji Encik Solehin utk makan tengahari di Sarajevo menjadi kenyataan.

Sarajevo ialah ibu negara Bosnia & Herzegovina. Penduduk Sarajevo hampir 350,000 dari keseluruhan 3.3 juta penduduk Bosnia. Bosnia menuntut dan mendapat kemerdekaan dari Yugoslavia Federation pada tahun 1992 dan akibat dari deklarasi kemerdekaan inilah berlakunya Perang Bosnia. Itulah sedikit sejarah Bosnia. Nak tahu detail, kena tanya google.

Highway ke Sarajevo
Satu persimpangan jalan raya di Sarajevo

Untuk memudah penulisan saya dan memudahkan anda baca posting ini, saya bahagikan posting ini kepada tempat-tempat menarik yang saya singgah di Sarajevo, mengikut turutan masa kejadian, sepanjang 2 hari kami di sini. Semua gambar diambik dengan kamera sendiri, jadi bersabarlah dengan kualiti gambar. Kalau ada gambar pinjam, saya bagitau.

TAMAN NEGARA VRELO BOSNE di ILIDZA

Selepas makan tengahari — menu utama steak ala Bosnia dengan nasi, nasi minyak gitu — kami bergerak ke Ilidza.

Our lunch setibanya di Sarajevo
Kelaparan. Habih licing…
Air sungai di Taman Negara Vrelo Bosne di kaki Gunung Igman dekat Ilidza.

Ilidza ialah kawasan suburban Sarajevo. Di sini terdapat sebuah taman negara di kaki pergunungan yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. Yang menarik di sini ialah alam semulajadinya seperti air sungai yang mengalir bertingkat, kolam itik angsa, trek hutan, barisan pokok-pokok maple yang tinggi-tinggi yang tersusun dan kolam air panas.

THE SARAJEVO TUNNEL

Ini cerita Perang Bosnia.

Jom belajar Tawarikh (Sejarah lah tu).

Pada tahun 1992 Sarajevo telah dikepong selama 1425 hari oleh tentera Serb laknatullah. Bekalan makanan dan perubatan tidak sampai ke Sarajevo sebab dikawal oleh tentera Serb. Demi survival penduduk Sarajevo telah mengorek secara rahsia sebuah terowong bawah tanah yang panjangnya 762 meter, tinggi 1.5 meter untuk menyeludup masuk bekalan makanan dan bantuan. Terowong ini dikenali sebagai THE SARAJEVO TUNNEL. Pintu masuk ke terowong ini bermula di sebuah rumah.

Pintu masuk ke terowong ialah rumah ini. Masih ada kesan bedilan tentera Serb dari atas bukit sekeliling Sarajevo

Jika anda datang ke Sarajevo, anda masih boleh melihat rumah ini dengan kesan tembakan di dinding dan terowong tersebut.

Itulah sedikit pelajaran Sejarah kita hari ini. Nak tau lebih lanjut, google sendiri.

MASJID GAZI HUSREV-BEG dan OLD BAZAR

Masjid ini dibina pada tahun 1530 Masihi dengan direka bentuk oleh arkitek kanan Empayar Othmaniyyah pada waktu itu yang bernama Azem Ali berasal dari Parsi (sekarang Iran). Gazi Huzrev Beg ialah governor empayar Othmaniyyah di Sarajevo pada waktu itu.

NOTA: Beg juga ditulis dengan Bey. Sama je tu. Orang tempatan hanya menyebut Masjid Bey sahaja.

Masjid ini terletak di pusat bandaraya Sarajevo, kawasan tumpuan pelancong. Sebelum turun dari bas, Encik Willy bagi amaran berhati-hati dengan beg tangan semasa berjalan di lorong yang sesak. Jangan sesekali buka beg nak ambik duit utk menderma di hadapan peminta sedekah atau pengemis.

Never put wallets at the back pocket.
Never carry or use mobile phones in crowded area.

Encik Solehin menambah:

In Balkan, TRUST NOBODY. SUSPECT EVERYBODY.

Encik Abu menambah:

Hati-hati lintas jalan. Kereta laju giler.

Masjid Gazi Huzrev-Beg di Sarajevo
Fountain di halaman Masjid Bey di Sarajevo. Ianya adalah kolam air yang disalurkan dari gunung yang menjadi sumber air utama penduduk Sarajevo ketika itu. Sekarang sudah tidak digunakan. Beberapa kali musnah dalam peperangan demi peperangan dan dibaiki. Struktur sekarang sudah tidak original.
Pintu masuk ke ruang solat utama di Masjid Bey di Sarajevo.
Pengunjung wanita di masjid Bey di Sarajevo
Madrasah dalam kompleks Masjid Bey di Sarajevo
Kedai-kedai di sekitar Masjid Bey, Sarajevo
Pintu masuk utama ke kompleks Masjid Bey Sarajevo

Kedai-kedai sebelah masjid ini bersambung membentuk Old Bazar, sebuah kawasan membeli belah tradisional. Old Bazar tempat warga tempatan minum-minum petang sambil berborak dengan kawan-kawan.

Pekena Kopi Arab di Old Bazar, Sarajevo
Old Bazar di Sarajevo — tempat lepak dan melihat gelagat manusia pi mai pi mai tang tu jugak
Kedai-kedai di Old Bazar, Sarajevo.

Masjid ini terletak di pusat bandar Sarajevo, dikelilingi oleh pasar dan kedai membeli-belah. Halaman masjid ini sebenarnya sebuah kompleks terdiri dari masjid itu sendiri, sebuah fountain bersejarah, menara jam dan madrasah.

Masjid ini masih hidup dan aktif sekarang ini. Kelihatan ramai pelawat luar ketika rombongan kami singgah solat di sini, sambil membeli cenderahati di kedai-kedai sekeliling masjid. Selepas itu saya minum kopi Arab di Old Bazar dengan Encik Solehin sementara menunggu kaum ibu melontar jumrah.

Ini adalah City Hall Sarajevo. Terletak berdekatan Masjid Gazi Husrev Beg dan Old Bazar.

BERMALAM DI SARAJEVO

Takkan lah nak tidoq atas bas. Encik Solehin bawa kami bermalam di Hotel Koncept Residence berhadapan sebuah bulatan yang besar di Sarajevo. Makan malam sendirian berhad lagi.

Hotel kami bermalam di Sarajevo. Boleh kasi 3.1 bintang.
Sebab bersih dan moden
Kafe penuh cahaya semulajadi

BYE BYE SARAJEVO

Kesokkan pagi selepas sarapan, kami check-out dan naik bas PUPE bergerak menuju Travnik. Ada apa di Travnik??? Tunggu posting ke 13. Insya Allah.

Travnik — belok kanan.

Konjic, Bosnia. (Part 11)

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua.

Hari ini 3 Syawal 1442. PKP seluruh negara. Tak ada benda nak buat. Nak ziarah raya tak boleh. Nak rentas daerah tak dibenarkan. Rentas negeri lagi lah tak boleh. So boleh lah update blog ini.

Kita sambung pengembaraan kita di Bosnia Herzegovina.

NOTA: Ini adalah bahagian ke 11 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Posting lepas bas PUPE berhenti di Jablanica. Kali ini kita singgah di Konjic, 60 km dari Sarajevo. Haha kami belum sampai lagi Sarajevo. Bila nak sampai tak tau lah — tapi Encik Solehin janji makan tengahari di Sarajevo. Sekarang baru pukul 11 pagi. Dang lagi.

Di mana Sungai Neretva mengalir, di situlah ada syurga dunia. Lihatlah Mostar, Jablanica dan begitu juga Konjic. Sungai Neretva dengan air gunung kehijauan laksana emerald mengalir di tengah-tengah pusat bandar.

Konjic ialah sebuah bandar di pergunungan Bosnia di mana sungai Neretva mengalir di tengah-tengah pusat bandar. Konjic terletak 60 km dari Sarajevo.

Driving into the city of Konjic in Bosnia
Driving into the city of Konjic in Bosnia

Apa yang menarik di sini?

Antaranya ialah Jambatan Batu atau Stone Bridge atau nama lokalnya Stara Cuprija (aka Old Bridge in Bosnian). Ianya adalah hasil senibina Kerajaan Othmaniyyah yang dibina pada tahun 1682 oleh arkitek yang sama. Dibandingkan dengan Mostar, saiz jambatan batu Konjic lebih rendah dan kecil.

Click link ini untuk menonton klip video jambatan batu Konjic.

Bas PUPE drop kami depan jambatan ini untuk kami turun menikmati pusat bandar Konjic yang memang fantastic tak kisah dari sudut mana pun kita mai.

Jambatan batu di Konjic, Bosnia
Close-up of jambatan batu di Konjic, Bosnia
Jambatan batu di Konjic, Bosnia merentasi Sungai Neretva
Kafe di tebing Sungai Neretva di Konjic, Bosnia
Pelancong di atas jambatan batu di Konjic, Bosnia
Bandar Konjic di Bosnia
Konjic, Bosnia
Kehidupan harian rakyat Bosnia. PEKARA ialah bakeri dalam bahasa Bosnia.

Jablanica, Bosnia. (Part 10)

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua.

Hari ini 3 Syawal 1442. PKP seluruh negara. Tak ada benda nak buat. Nak ziarah raya tak boleh. Nak rentas daerah tak dibenarkan. Rentas negeri lagi lah tak boleh. So boleh lah update blog ini.

Kita sambung pengembaraan kita di Bosnia Herzegovina.

NOTA: Ini adalah bahagian ke 10 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Posting lepas kita melawat Mostar. Kali ini kita singgah di Jablanica, sekitar 50 km dari Mostar, menuju Sarajevo.

Jalan raya dari Mostar menuju Jablanica di Bosnia

Apa yang menarik di Jablanica? Ia adalah kawasan rekreasi di pergunungan dan juga penuh dengan kesan sejarah. Pada musim panas, ramai holiday-makers datang untuk aktiviti lasak seperti hiking dan trekking dan rafting. Pada musim sejuk orang datang ke sini untuk bermain ski. Terdapat sebuah tasik air tawar yang menjadi sumber air kepada penduduk Bosnia. Terdapat sebuah muzium perang di bandar ini yang menyimpan rahsia perang menawan jambatan Sungai Neretva semasa Perang Dunia Kedua. Ada sebuah filem mengenai Battle of Neretva River. Hangpa boleh google untuk mengetahui kisah ini.

Perjalanan dari Mostar ke Jablanica melalui jalan raya utama di kawasan pergunungan di sepanjang Sungai Neretva. Sangat cantik. Lihatlah beberapa imej yang sempat dirakam dari atas bas PUPE.

Kami tidak masuk ke pusat bandar Jablanica. Bas berhenti di sebuah restoran di tepi jalan raya utama Mostar — Sarajevo, untuk mengambil gambar dan menikmati pemandangan Sungai Neretva dengan background pergunungan yang mendamaikan.

Bandar Jablanica di Bosnia
Bandar Jablanica di Bosnia
Bandar Jablanica di Bosnia dilihat dari menara tinjau, tempat bas berhenti.
Sekumpulan pelancong menikmati ciptaan Tuhan
Pelancong dari Malaysia
Bas bergerak menuju Sarajevo
Bas melalui terowong ini dalam perjalanan ke Sarajevo.

Kami tidak lama di sini. Destinasi masih jauh. Bas bergerak meneruskan perjalanan menuju Sarajevo.

Mostar dan jambatannya (Part 9)

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua.

Hari ini 2 Syawal 1442.

NOTA: Ini adalah bahagian ke 9 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Posting lepas kita singgah di Blagaj melawat pusat sufi Derwish dan makan tengahari. Seterusnya kita tiba di Mostar, bandar yang ikonik dengan jambatan batunya.

Mostar ialah bandar ke 5 terbesar di Bosnia Herzegovina. Sebut saja Mostar, terbayang jambatan batu yang unik yang merentasi Sungai Neretva.

Mostar tanpa jambatan ini bukanlah Mostar.
Close-up batu-bata yang membentuk jambatan ini.
Old Town Mostar.
Pelancong dari Malaysia bergambar di atas jambatan Mostar
Old Town Mostar.

Jambatan ini dibina semasa era pemerintahan Kerajaan Othmaniyyah pada kurun ke 16 dan menjadi masterpiece senibina Islam pada waktu itu. Ianya menjadi viral semasa Perang Bosnia di mana ianya dimusnahkan oleh tentera Serb. Perang tamat dan jambatan ini dibina semula. Jambatan ini dan kawasan sekitarnya kemudian mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai UNESCO World Heritage List.

Sebenarnya jambatan ini tidaklah selebar mana. Hanya sesuai untuk pejalam kaki dan penunggang basikal. Kereta memang tak boleh lalu di atas jambatan ini. Tetapi nilai sejarah dan senibinanya menjadikannya satu tarikan pelancong ke rantau ini. Air sungai Neretva yang mengalir dari pergunungan yang berwarna hijau kebiruan memukau mata yang memandangnya. Saya tak boleh cakap lebih-lebih pasal jambatan ini, Hangpa mai sendiri tengok. Tangan yang menulis tak sama mata yang memandang.

Tekan link ini untuk video clip jambatan ini saat hujan turun.

Diseberang sungai ialah Old Town dengan background gunung-ganang. Terdapat sebuah masjid lama dikenali sebagai Masjid Koskee Mehmet Pasha yang dibina pada tahun 1617.

Masjid Koskee Mehmet Pasha di Old Town, Mostar, Bosnia.

Hari ini jambatan yang menghubungkan Old Town dengan kawasan bandar utama di Mostar ini menjadi lokasi fotografi dan photo-shoot pengunjung. Lorong-lorong pejalan kaki di sekitar Old Town dibina dengan batu “cobblestone” (BM dia apa ya?)

Kedai cenderahati di Old Town, Mostar
Kedai ini mennjual ukiran tembaga.
Sebuah muzium di Old Town, Mostar, Bosnia.
Sebuah lagi muzium di Old Town, Mostar, Bosnia.
Kafe terbuka di tepi sungai (Old Town, Mostar)
Kafe di Old Town, Mostar
Sungai Neretva di Mostar, Bosnia
Pelancong dari Malaysia lagi
Dan lagi…

Hujan semakin lebat. Kami bergerak menuju ke hotel berdekatan. Lepas check-in, makan malam sendirian berhad, solat dan terus tidoq. zzzzzzz.

Keesokan harinya selepas sarapan (disediakan) di hotel, kami check-out dan bergerak menuju Sarajevo. Bye bye Mostar.

Sepanjang jalan kenangan…
Encik Solehin bergambar di lobi Hotel Kaktus, Mostar. Bolehlah kasi 3 bintang.
Sarajevo here I come

END

Blagaj, Bosnia — tempat wali-wali berkumpul (Part 8).

Assalamualaikum dan salam PKP kepada semua.

Hari Raya kedua 1442. Siap juga posting ini. Alhamdulillah. Ada juga hikmah PKP ni.

NOTA: Ini adalah bahagian ke 8 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Posting lepas kita melawat Trebinje sebuah bandar paling selatan dalam negara Bosnia. Kali ini kita sampai di Mostar. Tetapi sebelum itu, kita singgah di Blagaj untuk makan tengahari dan solat jamak/qasar Zuhur/Asar.

Hujan masih turun bila kami sampai di kampung Blagaj, dipinggir bandar Mostar.

Sungai Buna di kampong Blagaj ketika hujan lebat.
Restoran tenggelam bila air sungai pasang di Blagaj, Bosnia
Menikmati ikan goreng tak tau nama apa di Blagaj, Bosnia

Pelancong yang melawat Mostar wajib singgah di Blagaj sebab pemandangan yang memukau. Ada air terjun. Ada sungai yang airnya jernih dan mengalir laju apatah lagi waktu hujan lebat seperti hari ini. Ada gua bawah gunung yang tak diketahui di mana berakhirnya. Dan yang paling best ada madrasah atau perkampungan ahli Sufi Derwish atau dikenali sebagai Tekija Blagaj. Rugi kalau tak singgah sini.

Selamat datang ke madrasah geng ahli saufi Derwish di Blagaj.
Madrasah ini 2 tingkat bangunan batu, dibelakangnya ada gunung, ditepinya sungai mengalir deras dari bawah gunung.
Semua kemudahan asas ada di sini.
Tekija Blagaj menerima pelawat yang bukan sedikit saban hari. Hamya 12 km dari bandar Mostar di Bosnia.
Air terjun Blagaj kelihatan dari tingkat 2 madrasah.
Kedai cenderahati di sepanjang laluan pejalan kaki dari parking lot ke sini.

Berada di tenggara Mostar, Tekija Blagaj adalah pusat sufi Derwish yang dibina di zaman kerajaan Uthmaniyyah kira-kira 500 tahun lalu. Sapa jiwa selalu gelisah boleh mai sini — amat mendamaikan.

Diiktiraf sebagai binaan warisan kebangsaan negara itu, bangunan dua tingkat dengan seni bina Uthmaniyyah dan Mediteranean ini menempatkan surau, makam dan ruang kuliah. Dari tingkat atas boleh nampak air sungai Buna yang mengalir deras dari bawah gua.

Tekan link ini untuk klip video sungai Buna di Blagaj.

Menikmati keenakan air sungai yang dihidangkan di restoran di tepi Sungai Buna itu, tentu pengalaman tidak dapat dilupakan.

Restoran yang agak over-priced di tebing Syngai Buna di Blagaj, Bosnia.
Air sungai Buna mengalir dari dalam gua misteri itu.
Air sungai Buna di Blagaj.
Dua orang pelancong dari Malaysia di Blagaj, Bosnia.
Saya sudah sampai Bosnia. Hangpa bila lagi?
Pemandangan sebuah kampung di Blagaj dekat Mostar, Bosnia.

Menurut cerita penduduk tempatan ketika Perang Bosnia, inilah shelter paling selamat. Penduduk berlindung di bangunan itu dan dengan kuasa Allah tiada satu peluru pun hinggap di dinding pusat itu walaupun bedilan peluru tanpa henti daripada pihak musuh.

Di zaman Uthmaniyyah, pusat ini digunakan sebagai pusat ibadah oleh para sufi.

Golongan sufi adalah umat Islam yang mengikut aliran tasawuf, yang meninggalkan kemewahan duniawi dan mementingkan kehidupan akhirat. Siang hari para sufi bekerja sebagai petani atau penggembala kambing, malam pula dipenuhi dengan  majlis zikir. Sehingga kini setiap hujung minggu, majlis zikir masih diadakan.

Ada golongan sufi yang extreme — sangat taksub kepada guru mereka dan melakukan perkara-perkara bidaah seperti menyembah kubur tok-tok guru mereka yang semuanya bertentangan dengan sunnah Nabi SAW.

Page 12 of 64

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén