26 Ogos 2010:
Selepas itu aku kembali ke basement Hotel Mega untuk memandu keluar buat kali terakhir kereta baru (yang lama) yang baru aku beli dari Mdm Lau dengan harga RM9000 tunai. MIleage yang rendah 60,000 km dan harga yang rendah untuk sebuah Proton Wira 1.5 (A) tahun 2000, menjadikannya satu good buy. Hari-hari naik teksi ke tempat kerja, dan balik. Pak Bujang gembira sakan dapat pelanggan tetap sekurang-kurangnya sepanjang 14 hari. Tambang satu hala RM25 dari Mega Hotel ke Lutong. Darab 2 untuk pergi dan balik setiap hari. Kadang-kadang dia suruh kawan dia Pak Arshat, bila dia ada hal. Kedua-duanya mudah berkira. Selalunya dalam perjalanan balik, aku mintak tolong singgah sana dan sini, kadang-kadang meninjau rumah sewa dan kadang-kadang mencari kereta, dan kadang-kadang aku suruh lalu Jalan Pantai melalui Piasau Camp. Hari tu dia menunggu sampai hampir waktu berbuka bila aku suruh dia bawak aku ke Toyota Service Center di Krokop untuk melihat Waja 1.6 2004. Sampai di sana aku lebih tertarik dengan Camry 2005. Dua dua tak jadi selepas aku banding harga di www.motortrader.com.my. Lebih mahal di sini dari di Semenanjung. Kereta baru seperti Proton harganya 2 ke 3 ribu lebih mahal disebabkan kos naik kapal dari Semenanjung. Selepas itu terjumpa sebuah Satria 1.3 (M) tahun 2000 di www.mudah.com.my. Bodi cantik dan solid tetapi enjin bocor sedikit. Perkiraanku, sekurang-kurangnya perlu top overhaul ganti gasket dan seumpamanya, dan mungkin lebih lagi. Risiko agak tinggi. Harga ditawarkan RM13000 dan aku rasa aku boleh bargain sampai RM10,000 dengan alasan tadi. Penjualnya seorang anak muda yang baru mula kareer dengan Shell Sarawak. Dia baru beli trak pickup Isuzu D-max dan memang nak jual kereta Satria ni. Bercakap pasal Isuzu D-max ni, minat juga aku pada kereta ni. Tapi aku nak buat apa? Aku bukan ada bisnes ladang ke, kebun ke, balak ke? Prinsip kualiti yang pertama yang diajar di tempat kerja menambah was-was dalam diri untuk memiliki D-max. Conformance to requirement. Apa requirement aku sebenarnya. Nak guna dalam kawasan bandar aje dari rumah ke pejabat dan sekali-sekala nak gi Brunei atau KK. Selepas di campur, tolak, darab dan bahagi dan diambil kosain, sin dan tangent, aku gagal meyakinkan “orang dalam diri ini” yang aku perlu D-max, walaupun memiliki kenderaan pacuan 4-roda seperti tu memang “cool” dan seperti berada dalam liga sendiri. Pusing punya pusing mencari kereta di Miri ni, aku terjumpa Madam Lau yang mempunyai rumah untuk disewa di kawasan Pujut 4. Haji Lah yang memperkenalkan aku kepada dia. Semasa meninjau keadaan rumah batu semi-d 2 tingkat di sebelah stesen minya Shell, aku sempat bertemuramah dengannya. Rupanya dia seorang janda kaya kematian suami. Anak-anaknya semua sudah besar-besar dan berjaya belaka, kebanyakan dalam bisnes. Salah seorangnya pemilik kedai hardware Miri Trading di sebelah Hotel Mega. Mdm Lau memandu kereta Wira pada hari aku membuat temujanji nak jumpa dia nak tengok rumahnya. Aku bertanya tanpa niat nak beli samada dia nak jual kereta tu. “Kacak kereta. Kitak nak jual, kamek nak beli.” Jawabannya positif. Katanya dia baru saja beli Honda Civic baru. Akhir sekali dipendekkan cerita jadilah aku seorang pemilik Wira 1.5 Auto berwarna kelabu bernombor QMD 8808. DI jalanraya, aku hanyalah seperti orang lain, dalam liga orang ramai. Tapi aku berbangga kerana dapat membeli barangan buatan Malaysia, walaupun kualiti pembikinan tak berapa sejajar dengan prinsip kualiti nombor 4 yang di ajar di ofis. Do right thing right first time. Dashboard bergetar bila aircond dipasang. Brek bunyi bila ditekan. No sweat. I can manage it, at least I have done my part — kata orang dalam. Habis cerita kereta. Allah menjawab doaku supaya dipermudahkan urusan cari rumah dan kereta di Miri.
Itu semua sudah berlalu. Sejak dapat kereta baru yang lama, aku jarang menghubungi Pak Bujang lagi.