life is short. do first thing first.

Tag: sarajevo

SARAJEVO – View from the bus. (Part 12A)

Ini ada beberapa gambar dan klip video yang sempat dirakam dari atas bas PUPE yang menjadi rumah kami sepanjang road trip di Balkan merentas 9 buah negara, dari Bulgaria sampailah ke Itali.

Road trip merentasi Bosnia adalah satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Tekan link ini untuk melihat klip video dari atas bas PUPE semasa perjalanan dari Konjic ke Sarajevo.

Tempat menarik di Sarajevo — sila lihat posting Part 12.

Enjoy!

Sarajevo memang banyak masjid. Ini salah satu. Tak tau nama apa. Tak hairanlah sebab selepas Perang Bosnia banyak negara Islam termasuk Malaysia menyumbang kepada pembangunan semula negara ini.
Setanding negara Eropah lain, ekonomi Bosnia disokong oleh kemudahan infra dan logistik yang mampan. (whatever it means..)
Sebatang jalan di Sarajevo. Traffic jam ialah tanda negara itu maju. Betul ke?
Sebuah apartment yang dibedil oleh tentera Serb semasa Perang Bosnia. Sengaja dibiarkan begini supaya generasi millenials belajar dari sejarah.
Sebuah masjid lagi di Sarajevo. Memang banyak masjid di sini. Alhamdulillah.
Tram rosak di Sarajevo.
Tram ialah pengangkutan awam utama di Sarajevo.
Pusat bandar Sarajevo.
Tram kuning di hadapan bangunan City Hall, Sarajevo
Muslimat di Masjid Bey, Sarajevo. Sebab tu ramai orang nak gi Sarajevo. Patutlah.. Rupanya ramai ustazah di sini.

2 hari di Sarajevo. (Part 12)

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua.

Hari ini 4 Syawal 1442. PKP seluruh negara. Tak ada benda nak buat. Nak ziarah raya tak boleh. Nak rentas daerah tak dibenarkan. Rentas negeri lagi lah tak boleh. So boleh lah update blog ini.

Kita sambung pengembaraan kita di Bosnia Herzegovina.

NOTA: Ini adalah bahagian ke 12 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Kali ini kita sampai di Sarajevo. Betul-betul sampai di Sarajevo. Finally! Janji Encik Solehin utk makan tengahari di Sarajevo menjadi kenyataan.

Sarajevo ialah ibu negara Bosnia & Herzegovina. Penduduk Sarajevo hampir 350,000 dari keseluruhan 3.3 juta penduduk Bosnia. Bosnia menuntut dan mendapat kemerdekaan dari Yugoslavia Federation pada tahun 1992 dan akibat dari deklarasi kemerdekaan inilah berlakunya Perang Bosnia. Itulah sedikit sejarah Bosnia. Nak tahu detail, kena tanya google.

Highway ke Sarajevo
Satu persimpangan jalan raya di Sarajevo

Untuk memudah penulisan saya dan memudahkan anda baca posting ini, saya bahagikan posting ini kepada tempat-tempat menarik yang saya singgah di Sarajevo, mengikut turutan masa kejadian, sepanjang 2 hari kami di sini. Semua gambar diambik dengan kamera sendiri, jadi bersabarlah dengan kualiti gambar. Kalau ada gambar pinjam, saya bagitau.

TAMAN NEGARA VRELO BOSNE di ILIDZA

Selepas makan tengahari — menu utama steak ala Bosnia dengan nasi, nasi minyak gitu — kami bergerak ke Ilidza.

Our lunch setibanya di Sarajevo
Kelaparan. Habih licing…
Air sungai di Taman Negara Vrelo Bosne di kaki Gunung Igman dekat Ilidza.

Ilidza ialah kawasan suburban Sarajevo. Di sini terdapat sebuah taman negara di kaki pergunungan yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. Yang menarik di sini ialah alam semulajadinya seperti air sungai yang mengalir bertingkat, kolam itik angsa, trek hutan, barisan pokok-pokok maple yang tinggi-tinggi yang tersusun dan kolam air panas.

THE SARAJEVO TUNNEL

Ini cerita Perang Bosnia.

Jom belajar Tawarikh (Sejarah lah tu).

Pada tahun 1992 Sarajevo telah dikepong selama 1425 hari oleh tentera Serb laknatullah. Bekalan makanan dan perubatan tidak sampai ke Sarajevo sebab dikawal oleh tentera Serb. Demi survival penduduk Sarajevo telah mengorek secara rahsia sebuah terowong bawah tanah yang panjangnya 762 meter, tinggi 1.5 meter untuk menyeludup masuk bekalan makanan dan bantuan. Terowong ini dikenali sebagai THE SARAJEVO TUNNEL. Pintu masuk ke terowong ini bermula di sebuah rumah.

Pintu masuk ke terowong ialah rumah ini. Masih ada kesan bedilan tentera Serb dari atas bukit sekeliling Sarajevo

Jika anda datang ke Sarajevo, anda masih boleh melihat rumah ini dengan kesan tembakan di dinding dan terowong tersebut.

Itulah sedikit pelajaran Sejarah kita hari ini. Nak tau lebih lanjut, google sendiri.

MASJID GAZI HUSREV-BEG dan OLD BAZAR

Masjid ini dibina pada tahun 1530 Masihi dengan direka bentuk oleh arkitek kanan Empayar Othmaniyyah pada waktu itu yang bernama Azem Ali berasal dari Parsi (sekarang Iran). Gazi Huzrev Beg ialah governor empayar Othmaniyyah di Sarajevo pada waktu itu.

NOTA: Beg juga ditulis dengan Bey. Sama je tu. Orang tempatan hanya menyebut Masjid Bey sahaja.

Masjid ini terletak di pusat bandaraya Sarajevo, kawasan tumpuan pelancong. Sebelum turun dari bas, Encik Willy bagi amaran berhati-hati dengan beg tangan semasa berjalan di lorong yang sesak. Jangan sesekali buka beg nak ambik duit utk menderma di hadapan peminta sedekah atau pengemis.

Never put wallets at the back pocket.
Never carry or use mobile phones in crowded area.

Encik Solehin menambah:

In Balkan, TRUST NOBODY. SUSPECT EVERYBODY.

Encik Abu menambah:

Hati-hati lintas jalan. Kereta laju giler.

Masjid Gazi Huzrev-Beg di Sarajevo
Fountain di halaman Masjid Bey di Sarajevo. Ianya adalah kolam air yang disalurkan dari gunung yang menjadi sumber air utama penduduk Sarajevo ketika itu. Sekarang sudah tidak digunakan. Beberapa kali musnah dalam peperangan demi peperangan dan dibaiki. Struktur sekarang sudah tidak original.
Pintu masuk ke ruang solat utama di Masjid Bey di Sarajevo.
Pengunjung wanita di masjid Bey di Sarajevo
Madrasah dalam kompleks Masjid Bey di Sarajevo
Kedai-kedai di sekitar Masjid Bey, Sarajevo
Pintu masuk utama ke kompleks Masjid Bey Sarajevo

Kedai-kedai sebelah masjid ini bersambung membentuk Old Bazar, sebuah kawasan membeli belah tradisional. Old Bazar tempat warga tempatan minum-minum petang sambil berborak dengan kawan-kawan.

Pekena Kopi Arab di Old Bazar, Sarajevo
Old Bazar di Sarajevo — tempat lepak dan melihat gelagat manusia pi mai pi mai tang tu jugak
Kedai-kedai di Old Bazar, Sarajevo.

Masjid ini terletak di pusat bandar Sarajevo, dikelilingi oleh pasar dan kedai membeli-belah. Halaman masjid ini sebenarnya sebuah kompleks terdiri dari masjid itu sendiri, sebuah fountain bersejarah, menara jam dan madrasah.

Masjid ini masih hidup dan aktif sekarang ini. Kelihatan ramai pelawat luar ketika rombongan kami singgah solat di sini, sambil membeli cenderahati di kedai-kedai sekeliling masjid. Selepas itu saya minum kopi Arab di Old Bazar dengan Encik Solehin sementara menunggu kaum ibu melontar jumrah.

Ini adalah City Hall Sarajevo. Terletak berdekatan Masjid Gazi Husrev Beg dan Old Bazar.

BERMALAM DI SARAJEVO

Takkan lah nak tidoq atas bas. Encik Solehin bawa kami bermalam di Hotel Koncept Residence berhadapan sebuah bulatan yang besar di Sarajevo. Makan malam sendirian berhad lagi.

Hotel kami bermalam di Sarajevo. Boleh kasi 3.1 bintang.
Sebab bersih dan moden
Kafe penuh cahaya semulajadi

BYE BYE SARAJEVO

Kesokkan pagi selepas sarapan, kami check-out dan naik bas PUPE bergerak menuju Travnik. Ada apa di Travnik??? Tunggu posting ke 13. Insya Allah.

Travnik — belok kanan.

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén