Kasihan bunga kelopak lima
layu dan terus melayu
helai demi helai
jambak demi jambak
namun kalian tiada nampak
sana sini asyik bertengkar
kerana pangkat langsung bercakaran
dulunya megah di angkasa raya
mekar berkembang utuh akarnya
kini luka di sana sini
tumbuhan berduri melilitnya mati
datang pekebun kononnya menghiasi
diracun sana dipancung sini
pabila gugur ghaiblah nama
kasihan bunga kelopak lima
gugur layu di bumi sendiri
dipijak dihinjak setiap yang lalu
sekitar tanah tempatnya melayu

MOHD SAIPUDDIN SULIMAN
Tanjung Harapan 29 November 2010