life is short. do first thing first.

Tag: masjid Page 5 of 8

Solat Jumaat di masjid Assyakirin KLCC

image

Hari ini Jumaat 27 September 2013, selepas mesyuarat di Hotel Corus, aku singgah di masjid ini untuk solat Jumaat. Masjid yg sedang dibaikpulih ini tidaklah sepenuh dan sesesak dulu. Aku difahamkan ini lantaran kakitangan Petronas yg sudahpun mendapat kebenaran menunaikan solat Jumaat di surau mereka di dalam bangunan KLCC. Tajuk khutbah hari ini ialah Tabung Haji memperkasakan ummah, sempena sambutan jubli emas penubuhan TH di tahun 1963. Memang agak lama aku tidak berkesempatan ke masjid ini.

>>> Posted from Sony Xperia Z mobile device

Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia

image

Masjid ini terletak di Sri Petaling, di selatan KL. Masjid yang sangat ‘hidup’, di kelilingi oleh hostel dan hotel dan kedai dan segala macam aktiviti terutamanya selepas solat Jumaat pada 30/8/2013, di mana aku salah seorang makmum yang terlewat para hari itu, kerana dalam perjalanan dari Shah Alam.

Masjid ini adalah markaz Jemaah Tabligh seluruh Malaysia. Asrama untuk jemaah dari luar disediakan sebelum dihantar khuruj fi sabilillah.

Terdapat gerai nasi beriyani kambing yang rasanya memang ‘pure’ Pakistan dengan harga RM7 sepinggan. Acar timun dan sekeping papadom termasuk.

Kalau awda mencari pakaian Asia Tengah seperti jubah dan korta, inilah tempatnya. Pilihan dan harga berpatutan.

Masjid Usama Zaid di Kuala Lumpur, Malaysia

image

Masjid ini sangat besar siap dengan bangunan sekolah agama di sebelahnya. Terletak di atas bukit di Wangsa Maju, KL. Masjid moden ini hanya didatangi satu saf makmum sahaja ketika solat asar pada 31/8/2013. Saya salah seorang.  Tanda kiamat sudah hampir.

Masjid Azzubair ibnul Awwam di Bandar Sri Permaisuri, KL

image

Saya singgah sebentar di masjid ini pada 30 Jun 2013 untuk solat Asar selepas menghantar Syahirah ke apartmentnya berdekatan Stesen LRT Cheras.

Masjid ini terletak di simpang tiga berlampu isyarat, sepanjang Jalan Jelawat. Akses ke sini melalui Jalan Cheras dan Jalan Ikan Emas. 

Surau LCCT KLIA

image

Saya sempat solat Subuh di surau ini selepas menghantar orang yang di kasihi ke LCCT pd hari Sabtu 8/6/2013.

Surau ini terletak betul-betul di hadapan terminal bas menuju KL Sentral. Medan makan (food court) LCCT terletak bersebelahan saja. Tandas awam juga di situ. Surau ini lengkap dengan tempat wuduk dan kipas siling. Sangat sesuai untuk pelancong yang baru tiba dan ingin berehat sekejap sementara menunggu seseorang atau penerbangan seterusnya.

Page 5 of 8

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén