life is short. do first thing first.

Tag: Sarawak Page 4 of 5

Rakyat menjadi raja di Sarawak hari ini

16/4/2011

Hari ini ialah hari mengundi di seluruh Sarawak dari Lawas hinggalah Serikin. Rakyat akan turun memangkah calon yang mereka rasa layak membela kepentingan mereka, Apa yang rakyat perlu — air, eletrik, rumah, tanah tapak nak buat rumah, jalanraya untuk rakyat ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah, sekolah untuk anak-anak mereka belajar supaya tidak mewarisi kisah sedih mereka, lampu jalan, klinik dan sudah tentu peluang pekerjaan. Kriteria seorang calon yang baik ialah calon yang mendengar masalah rakyat sepanjang masa, seorang yang boleh bangun membela rakyat, bersifat adil dan tidak menyapu khazanah negeri untuk  kepentingan diri atau kaum kerabat atau kawan karib mereka sahaja.

Rakyat Sarawak sudah tahu siapa calon yang membantu dan siapa yang menyapu.

All the best to Sarawakians wherever they are. The future of this state is in their hand. The power to change is today.

Poster kempen pilihanraya di sebuah persimpangan utama di Miri, Sarawak

Mencari daging rusa di Bekenu, Miri, SARAWAK

December 2010:
Bekenu ialah sebuah pekan kecil di Bahagian Miri, Sarawak. Hampir 40 km dari Bandaraya Miri, ianya terletak di laluan jalan pantai Miri – Bintulu.  Hampir satu jam perjalanan dengan kereta dari Miri menghala Bintulu. Kedudukannya di antara pantai menghadap Laut China Selatan dan  bukit bukau, menjadikan aktiviti utama penduduk Bekenu ialah perikanan dan pertanian dan juga penanaman kelapa sawit.

Terdapat sebuah pantai dan kawasan riadah yang dikenali sebagai Pantai Bungai. Pantai berbatu, ombak kuat dan air keruh. Tiada yang menarik di sini kecuali sebuah bukit di tepi pantai yang menjadi pelabuhan di zaman dahulu, dan beberapa kuburan lama dikatakan kerabat kerajaan lama Brunei yang menakluki Sarawak pada suatu masa dahulu. Kawasan berpasir yang luas sesuai dijalankan aktiviti rehlah keluarga dan juga aktiviti teambuilding.  Bungai Lodge menyediakan tempat penginapan kepada sesiapa yang ingin bermalam. Lihat video klip di pautan ini untuk keseluruhan kawasan pantai. http://www.xzonk.com/view/OydoifirROQ

Pekan Bekenu mempunyai fasiliti asas yang lengkap seperti masjid, balai polis, dewan masyarakat, stesen minyak dan klinik. Kebetulan bila saya ke Bekenu pada Disember 2010, malam sebelumnya hujan lebat. Dekat sebuah persimpangan, banyak kenderaan berhenti di tepi jalan Miri-Bintulu. Ingin tahu, kami pun berhenti sama. Sebuah pasar tani dan sebuah gerai dikerumuni ramai orang. Rupa-rupanya orang ramai beratur untuk membeli daging rusa segar yang ditangkap dan disembelih pemburu semalam. Harganya hanyalah RM20 satu kilogram.

Bagaimana utk ke sini:
Bekenu per se tiada yang menarik, kecualilah pada namanya. Namanya agak unik dan itulah yang membawa saya ke sini. Anda boleh sampai di Bekenu dalam masa 1 jam memandu dari Miri. Kebanyakan pelancong akan terus ke Batu Niah untuk melawat Gua Niah yang popular. Jika anda memandu sendiri dari Miri ke Batu Niah atau Bintulu mengikut jalan pantai, anda boleh singgah di sini jika punyai masa terluang.

3 jam di Marudi, SARAWAK (3 hours in Marudi, SARAWAK)

Tiga jam tepat selepas memudiki Batang Baram yang berliku-liku umpama ular dipukul, kami sampai di pekan Marudi. Jam di Xperia X10 ku menunjukkan pukul 11 pagi. Pekan kecil yang tak berapa kecil di pinggir sungai. Taman awam dengan piazza (dataran) di tengah-tengah pusat bandar, dipagari bangunan rumah kedai 2 tingkat, antaranya bank-bank RHB, BSN, AMbank, Public Bank, dan pejabat agensi kerajaan seperti kastam, bomba, dan jeti. Pekan kecil yang tersorok ini mempunyai banyak bank komersial. Ini menunjukkan pekan ini makmur dengan aktiviti perniagaan hasil dari industri sungai dan pembalakan dan kelapa sawit. Jeti di tepi sungai itu sibuk dengan aktiviti aktiviti pagi. Bot laju yang baru berlabuh. Bot laju yang bersedia untuk belayar menuju dsetinasi yang ditentukan. Ada ke hulu sehingga Long Lama, pintu masuk ke Taman Negara Mulu melalui jalan sungai. Ada ke hilir sehingga ke Kuala Baram (Miri) . Peraih menanti barang muatan yang baru sampai dari Kuala Baram (Miri). Penumpang-penumpang menunggu bot ekspres masing-masing ke destinasi masing-masing. 

Sungai tersebut ialah Batang Baram yang lebarnya tidak berubah dari hilir (Kuala Baram)  hinggalah ke pekan Marudi dan seterusnya ke hulu Baram. (Sungai disebut batang di Sarawak, kadang-kadang disebut long).  Kami bernasib baik dapat melihat beberapa ekor buaya bersantai di tebing sungai semasa dalam perjalanan tadi.

Kami makan tengahari di sebuah restoran Islam di mana pelayan-pelayannya gadis bumiputera (Melayu, Bidayuh atau Melanau?) berkulit cerah, bersopan santun lagi bertudung rapat. Menunya hampir sama dengan di Miri atau KL. Selain nasi/mee goreng, laksa Sarawak dan mee kolok menjadi pelengkap hidangan dalam senarai menu. Harganya mahal sedikit mungkin selepas dicampur kos pengangkutan bahan mentah dari Miri.

Terdapat sebuah masjid besar yang baru di pekan Marudi yang terletak di sebelah masjid lama yang kini diguna sebagai kelas fardu ain. Di sebelah masjid terdapat sederet bangunan kerajaan di tepi sungai. Suasana yang sunyi dan tenteram penuh dengan ketenangan dihembusi bayu sungai Baram memberi ilham kepada penggiat seni dan pekerja korporat yang ingin lari dari rat-race dan hiruk pikuk bandaraya mega.

Di sekitar jam 2 petang, transport sampai untuk mengambil kami ke Bandaraya Miri melalui jalan balak dan kelapa sawit. (Transport ialah panggilan orang tempatan kepada kenderaan 4WD, sepertimana ekspres merujuk kepada bot laju atau bot ekspres). Kesemua 8 seats dalam Toyota Landcruiser dipenuhi. Pemandunya anak muda yang agak rocker, yang tahu setiap lubang di dan bonggol di jalan balak. Kami sampai Piasau, Miri  hampir jam 4. Dan aku terpaksa ke Kuala Baram sendiri untuk mengambil kereta yang ditinggalkan di jeti Kuala Baram pagi tadi.

BAgaimana untuk ke Marudi:
Dari Miri, Sarawak ada tiga cara untuk ke pekan ini. Pertama dengan menggunakan pengangkutan udara (MasWing)  dan kedua melalui Batang (Sungai) Baram dengan menggunakan bot ekspress. Kami menggunakan cara kedua untuk projek ini. Batang Baram, adalah laluan utama ke kawasan Ulu Baram. Setiap hari beberapa bot ekspres mengadakan perjalanan dari jeti Kuala Baram (20 km dari pusat bandar Miri) ke pekan Marudi. Perjalanan mengambil masa 3 jam setengah dengan tambang RM20 sehala. Destinasi terakhir bot ini ialah di kawasan Ulu Baram, iaitu pekan Long Lama. Marudi juga dapat dihubungi dengan cara ke tiga iaitu pengangkutan darat (melalui jalan pembalakkan melalui ladang kelapa sawit) dari Miri. Untuk mendapat pengalaman, kami mengambil masa hampir 2 jam dalam perjalanan balik ke Miri menggunakan Toyota Landcruiser Ninja berwarna merah, siap dengan aircond sekali. Memang satu pengalaman yang menarik. Meredah jalan balak tersebut terpaksa melalui 2 buah sungai dengan menggunakan 2 feri iaitu di Sg. Bakong & satu lagi di Batang Baram. Jalan yang teruk kadang-kadang melalui lereng bukit menyebabkan kami melambung-lambung sehingga kepala mencecah bumbung kenderaan. Tambang sebanyak RM40 dikenakan bagi perjalanan satu hala Marudi – Miri. Perkhidmatan transport ini boleh didapati di setiap penjuru jalan di pekan Marudi dan juga di lobi-lobi hotel. Lihat papan tanda yang dipamerkan termasuk destinasi dan waktu bertolak.

Bilangan Penduduk 80,600 orang, yang antaranya terdiri daripada:-
Melayu (4,800orang)
Iban (29,500 orang)
Cina (5,917 orang)
Kenyah (11, 031 orang)
Kayan (11, 387 orang)
Kelabit (2,095 orang)
Penan (7,724 orang)
Bidayuh (618 orang)
Melanau (418 orang)

Miri – Bintulu on ATR 72-500 aircraft

image

Traveling into oil town of Bintulu from another oil town today. ATR 72 is a turboprop short haul aircraft used by MASwings to serve the interior of Sarawak.  This plane departed Miri Airport at 1915hrs half full and arrived Bintulu 35 mins later. Some minor turbulence mid air due to clouds. The  plane made a 25min transit at Bintulu airport before flying to Kuching. Neat and coolly decorated cabins with dark green and grey theme. Even a lone air stewardess wore green.

>>> Posted from mobile device via WordPress for Android

Masjid hijau yang besar antara Miri dan Bintulu (Sarawak)

November 2010:
Travelling in Sarawak in November 2010, this masjid caught my attention. By Miri standard, it is quite a huge masjid, looks new with spacious compound. The masjid is next to the main Miri-Bintulu road. Image quite bad — taken by X10i phone camera on the moving vehicle.

Masjid baru berbumbung hijau di jalanraya Miri-Bintulu

Page 4 of 5

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén