Mencari daging rusa di Bekenu, Miri, SARAWAK

December 2010:
Bekenu ialah sebuah pekan kecil di Bahagian Miri, Sarawak. Hampir 40 km dari Bandaraya Miri, ianya terletak di laluan jalan pantai Miri – Bintulu.  Hampir satu jam perjalanan dengan kereta dari Miri menghala Bintulu. Kedudukannya di antara pantai menghadap Laut China Selatan dan  bukit bukau, menjadikan aktiviti utama penduduk Bekenu ialah perikanan dan pertanian dan juga penanaman kelapa sawit.

Terdapat sebuah pantai dan kawasan riadah yang dikenali sebagai Pantai Bungai. Pantai berbatu, ombak kuat dan air keruh. Tiada yang menarik di sini kecuali sebuah bukit di tepi pantai yang menjadi pelabuhan di zaman dahulu, dan beberapa kuburan lama dikatakan kerabat kerajaan lama Brunei yang menakluki Sarawak pada suatu masa dahulu. Kawasan berpasir yang luas sesuai dijalankan aktiviti rehlah keluarga dan juga aktiviti teambuilding.  Bungai Lodge menyediakan tempat penginapan kepada sesiapa yang ingin bermalam. Lihat video klip di pautan ini untuk keseluruhan kawasan pantai. http://www.xzonk.com/view/OydoifirROQ

Pekan Bekenu mempunyai fasiliti asas yang lengkap seperti masjid, balai polis, dewan masyarakat, stesen minyak dan klinik. Kebetulan bila saya ke Bekenu pada Disember 2010, malam sebelumnya hujan lebat. Dekat sebuah persimpangan, banyak kenderaan berhenti di tepi jalan Miri-Bintulu. Ingin tahu, kami pun berhenti sama. Sebuah pasar tani dan sebuah gerai dikerumuni ramai orang. Rupa-rupanya orang ramai beratur untuk membeli daging rusa segar yang ditangkap dan disembelih pemburu semalam. Harganya hanyalah RM20 satu kilogram.

Bagaimana utk ke sini:
Bekenu per se tiada yang menarik, kecualilah pada namanya. Namanya agak unik dan itulah yang membawa saya ke sini. Anda boleh sampai di Bekenu dalam masa 1 jam memandu dari Miri. Kebanyakan pelancong akan terus ke Batu Niah untuk melawat Gua Niah yang popular. Jika anda memandu sendiri dari Miri ke Batu Niah atau Bintulu mengikut jalan pantai, anda boleh singgah di sini jika punyai masa terluang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *