life is short. do first thing first.

Tag: masjid Page 4 of 8

Masjid East London dan makanan halal / East London Mosque and halal food

Dalam posting terdahulu, aku ada menulis pasal masjid-masjid di sekitar Oxford Street di kota London. Masjid juga memainkan peranan sebagai pusat Islam (Islamic Center) atau pusat kebudayaan (cultural center)  dan dengan itu  dikenali dengan nama nama seperti itu untuk mengelakkan sensitiviti masyarakat setempat berikutan sindrom Islamphobia yang menebal di tempat tersebut.

Kali ini aku nak kongsi pasal satu masjid yang memang besar, selesa dan dikelilingi oleh banyak restoran halal di kota London. Jeng jeng ini dia Masjid East London!!

Masjid East London di Whitechapel. London

Sudah beberapa kali aku ke masjid ini. Pertama kali di bulan Disember di musim sejuk 2014. Terbaru 2017, bulan Februari. Musim sejuk jugak.

Keadaan di dalam Masjid East London.

Oleh kerana aku dari Victoria Station, aku naik London tube District Line (yang berwarna hijau dalam peta di bawah) dan turun di stesen Whitechapel.

Naik tube District Line dan turun di stesen Whitechapel untuk sampai ke masjid East London

Dari stesen Whitechapel, masjid ini hanyalah lebih kurang 5-10 minit berjalan kaki. Bila keluar ke jalan besar, aku belok ke kanan menuju ke masjid ini. Masjid ini terletak di sebelah kiri dan aku terpaksa menyeberangi jalan besar itu. Tak ingat nama jalan tu. Kiri kanan jalan besar itu terdapat banyak restoran halal dari kebab ke ayam goreng ke nasi beriani semua ada. Tak jumpa pulak masakan Melayu. Takpe yang penting halal. Harga pun berpatutan. Nasi putih dengan kari ikan dan kentang masala hanyalah 4 pound. OK lah tu. Nasi memang menimbung (kecek Ganu pulok doh!). Ikan tak tahu apa nama tetapi macam ikan tenggiri potong. Kari cair tetapi ada rasa. Bangladeshi restoran agaknya.

Ada sebuah hotel bajet di sebelah Masjid East London

Banyak restoran makanan halal dekat masjid ini.

Selepas solat maghrib / Isyak dan makan malam, aku naik bas dua tingkat untuk balik ke area Victoria Station.

NOTA: Satu lagi cara untuk sampai ke masjid ini ialah dengan menaiki bas merah London (London red bus) bernombor 25 dari Oxford Street.

Bagaimana untuk naik bas double decker ini? Insyallah tunggu posting akan datang.

Bagaimana untuk naik tube London?  Insyallah tunggu posting akan datang.

Solat Jumaat di Northampton UK ( A mosque in Northampton UK )

Northampton ialah sebuah bandar ke utara kota London. Hampir 2 jam perjalanan kalau naik bas National Express dari London Victoria Coach Station. Bandar ini tiada pasukan bolasepak yang bertanding dalam EPL jadi tak sepopular sepupunya Southampton atau Leicester.

Banyak masjid di sini sebab ramai penduduk Islam di sini. Antara yang sempat saya lawati ialah Northampton Central Mosque yang terletak di Abington Avenue. Kalau berjalan kaki dari pusat bandar Northampton (kawasan sekitar Market Square atau Grosvenor shopping mall), ia mengambil masa lebih kurang 30 minit jugak. Berpeluh jugaklah tapi aku berjalan dalam musim sejuk (Januari 2017) so tak rasa sangatlah.  Market Square ialah kawasan lapang di antara bangunan kedai-kedai ternama di mana sayur dan buah-buahan segar dijual di gerai gerai. Macam pasar tani kitalah.

Sepanjang Kettering Road sebelum simpang ke Abington Road banyak kedai menjual barangan halal kepunyaan Pakistani dan Indian. Termasuklah daging halal yang disejuk beku. Halal food no problem di sini.

Northampton Central Mosque terletak hampir 30 minit berkalan kaki dari pusat bandar Northampton.

Jemaah pelbagai origin khusyuk mendengar tazkirah Jumaat.

Masjid ini dimakmurkan oleh kebanyakan orang Bangladeshi. Khutbah disampaikan dalam Bahasa Arab 100%. Khutbah Jumaat memang ringkas tetapi cukup syarat-syarat sahnya. Yang panjang ialah tazkirah pra Jumaat yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris diselangseli dengan Urdu.

So kalau anda tersampai ke bandar ini, singgahlah sebentar di Northampton Central Mosque di Abington Avenue.

Projek C: Masjid Thap Sake di Thailand

image

Selepas bergerak keluar dari Chumphon pada pagi hari Isnin 21hb September 2015, konvoi kembara korban Kemboja meneruskan perjalanan ke utara menyusuri lebuhraya 41 ke Kota Bangkok. 

Kami mencari masjid ini selepas dikesan oleh Encik Gamin melalui sistem GPS.

Masjid alAnsar namanya,  mungkin tidak ramai muhajjirin di kawasan ini. Masjid ini terletak di pinggir jalan raya 41 sebelah kiri selepas pekan Thap Sake. 100 meter ke hadapan sebelah kiri,  terdapat sebuah kedai makan halal.  Apalagi,  selepas solat Dhuha dan tahiyyatul masjid dan bergambar,  kami singgah di warung ini untuk sarapan dan lunch sekali.  Brunch kata orang kampung saya. Kerana Hari masih awal dan kena masak nasi goreng, itik salai,  dan daging bakar untuk 23 orang, makcik dan anak perempuannya agak terkejut. Sehinggakan air panas disuruh kami bancuh sendiri.  Rasa itik salai dan daging bakar dan sos pencicah memang out of this world. A separate posting on this later,  Insyaallah. Remind me. Betul memang sedap. Sedap giler kata anak saya Adam.

Masjid Nurul Iman, Serendah, Selangor

image

Saya singgah solat Asar di masjid ini semasa perjalanan pulang ke KL dari Taravilla. Masjid ini terletak di tepi jalan besar Kuala Kubu Baru – Rawang.
Ruang solat yang besar dan selesa dengan kemudahan asas. Terdapat sebuah maahad tahfiz dengan nama yang sama bersebelahan. Pelajar-pelajar tahfiz juga ikut serta sebagai makmum.

>>> Posted from Sony Xperia Z mobile device

Masjid An-Naim, Jln Kebun, Shah Alam

image

Masjid ini terletak di Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor. Terletak di tepi jalan besar sepanjang Jalan Kebun menghala Kota Kemuning. Aku sempat solat Zuhur di sini pada hari Sabtu 5 Oktober 2013.  Masjid ini agak lama tetapi diselenggara dengan baik dari segi kebersihan dan kelengkapan dan kemakmuran.

>>> Posted from Sony Xperia Z mobile device

Page 4 of 8

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén