life is short. do first thing first.

Tag: Yangon

Mr Kamarudeen from Yangon

He repeated Surah Fatihah after me.

“I used to recite Quran when I was small.” He said.

People called him U  Soo Thein or Mr Soo Thein. In fact that is his formal Burmese name.  His moslem name is Kamarudeen. He was born Moslem some 60 years ago, but the bad news is that he is a practising Buddhist now. And that is a very bad news to me. Very troubling one.

He is an old man, small and skinny, with balding head. Nothing special about him. Nothing noticeable about him.  He eats bettle nuts like other Myanmar.

“Tell me more”, I wanted to know more from this mysterious man.

He started to tell me his story which started 60 years ago. His late father was a Pakistani, who served as a cook for a British Colonel by the name Captain Nizamudeen. British Army invaded Burma in 1945 and his father was part of the raiding party. He met a local girl — her mother from the Shan State –, fell in love, converted to Islam and they married and settled down in Rangoon. Kamarudeen was born years later and the father died when he was small. The mother — with no support and network — reverted back to Buddhism and raised him up as Buddhist. That was his early life, as much as he could remember.

He knew his father hailed from a village in Punjab in northern Pakistan. He didn’t know the exact address. He has never been there his entire life. And he always wanted to go there, and the desire to go there kept growing, more and more every year.  His wish before he died.

Now he has his own family to take care of. A Buddhist wife. Four children — 2 sons and 2 daughters — the youngest in Grade 10. All Buddhist.

I don’t know how to help him. With not much information, nothing much I could do.  But that is not the priority. The prority now is how to make him a Moslem again. I could only give him a simple advice.

“Whenever you feel bad or sick, just say Lailla ha illallah Muhammad Rasulullah“.

Deep in me, I want him to die a Moslem.  Even though I knew hidayah is not my business.

“That kalimah will save you.”

“We need 70000 kyats to settle the bills”

Agak lama saya tak solat berjemaah di masjid  Kokhine  yang terletak di  Kabaye Pagoda Rd di kota Yangon.  Pada hari cuti umum Independence Day pada Januari 4, 2010,  aku berkesempatan mencuri waktu seketika. Setibanya di perkarangan masjid, aku melihat Brother Ahmad duduk di depan pintu masuk utama sambil memegang sebatang pen dan sebuah buku nota lama. Wajahnya berubah gembira melihat saya dan Haji Safarizal turun dari kereta.

“Long time no see. Where have you been?” Sapanya dalam bahasa bisnes. Dia memang fasih dalam Bahasa Inggeris.

“Holidaying in Malaysia. Visiting relatives. Attending weddings.”

Dia bertanya seolah-olah ada hajat besar terbuku dihatinya yang perlu dikongsi dengan seseorang. Dia menunjukkan buku akaun masjid dan kemudian membawa saya ke papan kenyataan masjid yang merekodkan jumlah kutipan derma orang ramai yang diterima setiap hari Jumaat. Pada Jumaat 1/1/2010 sumbangan derma hanya 16000 kyats. (=USD16).  Terlalu kecil dan salah satu sebab ialah cuti hujung tahun 2009 dan cuti tahun baru 2010. Tak ramai expatriates di waktu itu. Jadi derma berkurangan. Masjid Kokhine walaupun saiznya tidak besar, dipasang dengan beberapa unit penyaman udara jenis split. Saya tidak hairan jika bil eletrik tinggi setiap bulan. Rumah-rumah kotak yang terletak di bahagian belakang masjid yang menempatkan petugas masjid dan keluarga mereka juga menggunakan sumber eletrik yang sama. Saya difahamkan mereka dari satu keluarga yang besar dan memegang amanah mengurus masjid ini dari generasi ke generasi. Mereka hidup susah, hanya menumpang derma kepada masjid dan gaji yang tak seberapa dari kerja yang tidak menentu. Walaupun susah, raut wajah mereka gembira.  Yunus, anak saudara Brother Ahmad bekerja sebagai mekanik kereta. Mempunyai 2 orang anak kecil peringkat sekolah rendah (elementary school) yang peramah dan periang, yang selalu berlari dan bermain di tepi jalan yang sibuk. Dia akan offer makanan ringan atau apa saja yang sedang dimakannya setiap aku melihat aku datang ke masjid.  Innocent faces of children of Myanmar.

“We have cash problem brother. We need about Ks70000 to settle the bills.” Bro Ahmad merayu.

Dia memulakan ceritanya. Gaji imam pertama Mulavi Ibrahim ialah 70000 kyats (=USD30) yang bertugas untuk waktu Asar, Maghrib dan Isyak. Gaji imam ke2 hanyalah 30000 (=USD30) yang bertugas pada waktu Fajar dan Zuhur. Ibrahim mempunyai sebuah kedai makan sempit kurang dari 10 kaki lebar disebelah masjid. Tiada makanan panas yang istimewa hanyalah makanan ringan dan minuman sahaja. Ada satu hari aku singgah di kedainya sementara menunggu pemandu dari pejabat datang dan memesan mee goreng. Aku mengharapkan sesuatu yang indah seperti mee goreng mamak, tetapi yang sampai hanyalah mee segera yang di rendam air panas dan digoreng kering dengan perasa dalam pek yang sama.  Tersangatlah masin. Tetapi ada juga telur goreng mata kerbau disertakannya. No komen. Aku dihidangkan dengan kopi segera 3-dalam-1.  Minuman seperti ini sangat popular di Myanmar. Mikko, Super, Rich, Gold Roast antara jenama terkenal di sini. Hampir setiap bulan ada saja jenama baru yang keluar di pasaran.

Balik ke rumah, selepas perbincangan ringkas dengan beberapa orang sahabat, kami berjaya membuat kutipan derma kilat. Seminggu kemudian saya berjumpanya lagi. Bro Ahmad terharu.

“Malaysian brothers good. I make doa for you all.”

“I make doa for you. I make doa for you.” Dia mengulang-ulang ayat yang sama beberapa kali tanda gembira tak terhingga.

“Yeah doa is all what we need.” Saya berbisik sendirian.

Eidul Adha 2009 di Yangon, MYANMAR

Eidul Adha dikenali sebagai Bakri Eid di Myanmar. Tidak seperti Hari Raya Idil  Fitri (Eidul Fitri), Eidul Adha adalah hari cuti umum yang diiktiraf di seluruh negara.  Seluruh jabatan kerajaan dan swasta tutup operasi pada hari ini.  Cuma hari mulia ini jatuh pada hari Sabtu 28 November 2009 pada tahun ini, jadi tiada cuti tambahan kerana hari Sabtu memang cuti hujung minggu pun. Di sini, Hari Raya Puasa (Idil Fitri) ialah hari kerja seperti biasa, bukan cuti umum seperti Hari Raya Haji. Pelik kan tapi itulah hakikatnya. Menjadi seorang moslem memang senang di mana-mana, tetapi untuk menjadi seorang moslem yang beramal memang mencabar di Myanmar. Islam hanya dibenarkan di masjid-masjid atau tempat-tempat yang diberi permit sahaja, selain dari di rumah sendiri. Di luar lengkongan ini, Islam ditekan dan menduduki seat belakang dalam sistem kerajaan pemerintah yang menggunakan kaedah tentera untuk memerintah negara. Sebagai contoh, dalam limit kota Yangon yang luas ini, ada peraturan yang tidak membenarkan masjid-masjid baru dibuka. Hanya masjid yang sedia ada dibenarkan diubahsuai, tetapi ubahsuai dalaman sahaja, bukan luaran. Maka lahirlah masjid-masjid yang beringkat-tiingkat (vertikal, bukan horizontal) seperti Masjid Soorthy (downtown Yangon) yang bahagian dalam dihias dengan permaidani tebal, mozek import dan penyaman udara yang sangat nyaman dan melenakan jemaah. Jika dilihat pada paras jalan (street level), masjid dan kedai tidak dibezakan. Pintu masuk ke masjid tak ubah seperti pintu masuk ke kedai, atau hanyalah sekadar lorong kecil, tetapi bila kita masuk, barulah kelihatan ruang solat dan mimbar yang menjadi suasana masjid dapat dirasai. Seperkara lagi yang perlu diketahui ialah, masjid-masjid di sini tidak mesra-perempuan (not woman-friendly). Tiada ruang solat atau wuduk khas untuk muslimat. Ini ada kena mengena dengan mazhab Hanafi yang mengafdalkan wanita menunaikan solat di rumah. Jadi muslimah yang dalam musafir agak susah untuk mengerjakan solat. Saya teringat semasa dalam perjalanan pulang ke Delhi dari Agra tahun lepas bila kami singgah di sebuah masjid, tetapi saya terpaksa solat di rumah seorang AJK masjid yang terletak hanya di sebelah masjid, selepas tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid.

Kalau masjid termasuk minaret dan kubahnya itulah syiar Islam seperti di Malaysia, tidak kelihatan Islam itu di Myanmar.  Di sini, tiada masjid seperti Masjid Negara di KL, atau Masjid Putrajaya atau masjid kristal atau masjid terapung di Kuala Terengganu, yang mana masing-masing tersergam indah di padang atau dataran yang tersendiri, yang boleh dilihat berbatu dari jauh dengan mudah.  Syiar Islam di Myanmar, selain dari masjid, hanyalah hadir dalam bentuk pakaian moslem yang berjanggut dan berkopiah dan muslimat yang bertudung ala India dan Pakistan. Itu pun tak ramai, dan hanya di quarters (kawasan perkampungan) moslem di kota Yangon.

Tiada usaha teratur dianjurkan untuk memperkenalkan Islam kepada non-moslem di sini. Tiada jemaah-jemaah Islam harakiah yang bergiat aktif di sini. Kebanyakan non-moslem di pejabat  suami saya bila ditanya tidak tahu apa-apa pasal Islam walaupun di rumah mereka berjiran dengan jiran-jiran moslem dan di pejabat bos-bos mereka berugama Islam. Amat menyedihkan jika mesej Islam tidak sampai kepada mereka. Yang lebih teruk lagi jiran-jiran mereka yang moslem itu atau bos-bos mereka yang terikut-ikut budaya mereka dari segi pakaian dan makanan dan akhlak.

Saya akan tulis lagi pasal masyarakat Islam di Yangon dan Myanmar secara am dalam posting akan datang. Walaupun berbeza adat dan budaya dengan kita di Malaysia, mereka adalah saudara seugama kita. Tidak sempurna iman kita jika kita memandang mereka dengan mata sebelah. Dan saya lebih risau jika mesej Islam tidak sampai kepada kafirun dan penyembah berhala berbagai saiz dan rupa di sini.  Sementara itu kita kembali ke topik asal posting ini.

Lokasi korban yang dibenarkan oleh kerajaan pemerintah melalui YCGC (Yangon City Development Committee) ialah 3 sahaja pada tahu ini. Selain Yawama (seperti dalam posting ini), tempat lain ialah Phlaing Thayar dan satu lagi tempat saya tak ingat namanya.

Yawama — lokasi korban yang saya lawati ini — terletak di jalan besar Yangon menuju ke Bago, sebelum tol plaza ke lebuhraya Yangon-Nawpyidaw. Waktu perjalanan ialah 45 minit dari Shwegondaing, tempat tinggal kami Yangon.  Kami bertolak jam 6 pagi ketika waktu shuruq belum tiba.

Yawama  ialah sebuah padang yang luas yang kering dan berdebu, bekas tapak sawah padi yang baru sudah diketam. Hanya tunggul-tunggul pokok padi kelihatan. Terdapat satu tali air yang mengalir malas membahagi padang ini kepada dua bahagian. Satu bahagian dikhaskan untuk lembu-lembu yang sedia untuk disembelih dan satu lagi menjadi ruang solat Eid. Airnya tipikal air di sawah padi di musim membajak, keroh kekuning-kuningan melambangkan kesuburan tanah liat di tempat tersebut.  Sumber air inilah yang digunakan untuk membersih haiwan sembelihan kemudian.  Padang Yawama bersaiz  lebih kurang 2 ekar ini dipagari oleh partisyen buluh.  Kulit buluh yang diraut panjang dianyam membentuk kepingan-kepingan empat segi yang dicantum menjadi satu pagar 6-10 kaki tinggi untuk menutup pandangan orang luar dari melihat ke dalam. Kepingan buluh ini dijual dalam segulung demi segulung mengikut panjang yang dikehendaki di kedai-kedai hardware seperti dawai chain-link di Malaysia atau kepingan zink dijual. Di kawasan kampung, kepingan buluh menjadi dinding rumah kerana kos yang murah dan keselesaannya.

Trafik sesak di persimpangan jalan besar Yangon-Bago dan pintu masuk padang Yawama. Polis bersenjata dan beruniform kelabu dan biru mengawal lalulintas.  Suasana pesta dan fiesta dapat dirasai di pintu masuk. Gerai-gerai kecil menjual makanan dan minuman dan pakaian dan lain-lain termasuk DVD filem dan lagu ciplak terkini.  Debu dan muzik dan panas matahari dan pelbagai bau bersatu menjadi satu, menjadikan tempat ini samada satu pengalaman baru atau satu pengalaman ngeri.

Selain penjual digerai, tiada muslimat kelihatan, dan melihat kani datang membawa tikar plastik Siam dan bakul makanan (sarapan pagi aje), petugas menyuruh kami pergi ke bahagian paling belakang di padang luas ini.

Solat Eidul Adha di Myanmar bermula awal, seawal 7 pagi. Tiada takbir selepas dan sebelum solat kecuali takbir dalam khutbah yang disampaikan oleh imam.  Takbir raya tidak menjadi elemen utama di hari raya di sini. Saya teringat kesayuan takbir raya ala Malaysia dan bertakbir diam-diam dalam hati. Doa lepas solat jauh lebih panjang dari tempoh salat raya dan tempoh khutbah raya. Doa yang sayu dan mendayu merayu Allah menghancurkan musuh-musuh Islam di segenap pelusuk muka bumi, termasuk Iraq dan Afghanistan.

Sistem PA yang baik menjadikan teks khutbah sangat jelas didengari walaupun kami duduk jauh di belakang, dan walaupun kami tak faham isinya, yang disampai dalam bahasa Burma.  Berbekalkan ilmu fardu ain hasil dari sistem pendidikan sekular di Malaysia, saya lebih faham isi doa dari isi khutbah.

Solat raya diadakan di tanah lapang di dalam kedinginan awal pagi dan awal musim sejuk di Myanmar. Setiap orang membawa tikar sembahyang masing-masing dan membentang di atas tanah keras yang kadang-kadang berbonggol dek tunggul padi yang baru diketam, membentuk satu saf yang tidak berapa lurus.  Jika tahun lepas  saya solat di masjid berpermaidani biru yang tebal di Jamek Paka, tahun ini  adalah pengalaman pertama saya solat raya di tanah lapang di bumi asing. Saya dan orang tempatan di kiri dan kanan saya tiada bezanya selepas takbiratulihram. Kami semua serupa sahaja di depan Allah. Hanya taqwa yang membezakan kami. Rasa rendah diri dan khusyuk hadir dengan tiba-tiba.  Imam membaca surah AlA’la pada rakaat pertama dan surah Addhuha pada rakaat kedua, dan setiap ayat sangat jelas didengari seolah-olah speaker terletak rapat disebelah. Saya tenggelam dalam alam baru walaupun sekejap. Bab baru hidup ini seperti baru bermula.  Kaedah solat raya haji di sini sama sahaja dengan solat raya puasa — 7 kali takbir selepas takbiratulihram pada rakaat pertama dan 3 kali takbir selepas surah (sebelum rukuk) pada rakaat kedua. Agak berbeza dengan amalan masyarakat Islam di Malaysia.

Jam 7:30 pagi, solat raya  selesai selepas doa yang panjang.  Pekerja menukar pakaian. Majlis korban bermula. Lembu-lembu diikat dan dijatuhkan untuk sembelihan. Semuanya berjalan pantas. Darah merah membasahi bumi Yawama, tanda korban diterima Allah, mudah-mudahan. Hampir jam 10 pagi semuanya selesai. Daging-daging diangkut ke dalam kereta dan trak dan dibawa pulang  untuk dipotong lebih kecil untuk dibahagi-bahagikan.

Page 3 of 3

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén