Assalamualaikum.

Jumpa lagi. Hari Raya Haji 2026M baru saja berlalu. Semoga korban kita diterima Allah sebagaimana korban Habil. Hangpa semelih lembu kat mana? Dalam negara, luar negara tak penting. Islam agama satu alam tak terikat dengan batasan geografi. Yg penting di daging korban itu dapat dimanafaat oleh umat semaksimum mungkin.

Baru ni sempat pusing-pusing area Cheras Utama cari mee rebus utara. Terjumpa masjid dan berhenti sat utk solat asar.

Hari Ahad itu ada pertandingan azan, khutbah jumaat, tilawah anjuran pihak masjid di pelbagai peringkat. Lepas solat Asar lepak sat melihat kanak2 baca khutbah. Bakal-bakal imam. Tahniah AJK Masjid Al Ikhwaniah Cheras Utama yg gigih berusaha melentur buluh dari rebung.

Sikit pasal masjid ini.

Terletak dlm kawasan kejiranan yang matang dikelilingi taman perumahan, apartment dan kondo. Masjid sangat luas dan selesa. Parkir pon agak luas boleh muat dalam 30 biji kereta.

Boleh google lokasi masjid ini. Kalau hangpa ada area Cheras Utama, BTHO, Alam Damai boleh singgah masjid ini.