life is short. do first thing first.

Month: December 2023

MERAPI, BOROBODUR, JOGJAKARTA. (PART 07/10)

Agenda hari ini ialah bergerak dari Semarang menuju ke Jogjakarta sambil melewati Gunung Merapi dan Chandi Borobodur dan seterusnya bermalam di Jogjakarta.

Jarak perjalanan Semarang – Jogja dalam 130km secara langsung. Tapi perjalanan kami lebih dari itu sebab kami singgah di Borobodur. Nak ke sini kami ikut jalan dalam melewati kota Magelang. Tak masuk pun ke dalam chandi sebab tiket masuk mahal giler — USD 60. Kami hanya berhenti untuk bergambar dan makan bakso dan beli souvenir dekat pintu masuk.

Seterusnya kami lewat Gunung Merapi, gunung berapi yang meletup pada tahun 2010 dan masih aktif hingga saat ini. Merapi ini ialah objek wisata (tarikan pelancongan) terkenal di Pulau Jawa. Antara aktiviti di sini ialah menaiki jip atau jeep atau kenderaan 4×4 mendaki sebahagian Gunung Merapi untuk melawat muzium mini SISA HARTAKU, satu kawasan yang dilanda lava gunung berapai pada tahun 2010. Rumah-rumah dan kampung di sini musnah dilanda badai lahar gunung berapi yang meletup. Lihat gambar.

Bersyukurlah di Malaysia tiada ujian seperti ini.

Aktiviti lain ialah aktiviti off-road menggunakan jip yang sama. Masuk sungai bermain air dari gunung. Lihat gambar.

Selepas itu kami bergerak ke kota Jogjakarta utk bermalam di sana. Sebelum itu singgah di pasar borong batik dan makan malam di restoran Omah Kalang. Lepas itu terus check-in hotel berdekatan dg Jalan Molioboro yang lejen itu. Malamnya kami mengopi di jalan itu sambil pekena kopi arang dan nasi bungkus.

Keesokkan paginya selepas check-out kami meneruskan perjalanan ke Bromo. Otw sempat singgah beli Bakpia Pathok, sejenis makanan tradisional orang Jawa. Lihat gambar di link di bawah.

https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid031ghjobNXbzoNrJPkYK4fHABKKC27Z8gmAmPgkoL83RBb2qxt5UeTDrPStuBgJ8KMl

KOTA SEMARANG DI JAWA TENGAH. (PART 06/10)

Kami meninggalkan Bandung menuju kota Semarang. Jarak perjalanan Bandung – Semarang dalam 370km. Waktu perjalanan hampir 5 jam mengikut lebuhraya bertol. Kami singgah di sebuah R&R untuk makan tengahari dan solat.

Ladang Sewu tarikan pelancong ke kota Semarang, Jawa Timur.

KOta Semarang ialah ibu negeri Jawa Tengah. Bandaraya ke 5 terbesar di Indonesia selepas Jakarta, Surabaya, Medan dan Bandung. Ianya tidaklah sepopular Bandung atau Surabaya bagi pelancong Malaysia.

Satu objek wisata (tempat tarikan pelancong) di Semarang ialah Lewang Sewu, yang bermaksud seribu pintu dalam Bahasa Jawa.

Lewang Sewu dahulunya (di zaman Belanda) ialah pejabat pengurusan keretapi yang besar yang mempunyai banyak pintu. Sekarang bangunan ini jadi muzium keretapi. Sejarah pengangkutan keretapi di Indonesia bermula di Semarang, kata guide kami.

Kami tidak lama di kota permai ini. Satu malam di Hotel Fave.

Sarapan pagi di hotel ini sangat menyegarkan. Cafe-nya menghadap lembah di pinggir kota Semarang. Pemandangan sangat cantik. RECOMMENDED.

Lihat gambar2 di link di bawah.

https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid06cqRh2aNo9RK963p9CNZaLt4HMHHuCZgC1CVQRHSzDjgb4xUGtq8VDYo8ZcnMqkGl

2 MALAM DI KOTA BANDUNG. (PART 05/10)

Kami sampai di Bandung dengan keretapi dari Jakarta. Lihat posting sebelum ini.

Saya tidak berhajat menulis panjang mengenai Bandung.

Kemasyhurannya sudah termaklum. Boleh google di internet mengenai kota kedua terbesar di Indonesia ini. Terkenal dengan jolokan “Paris of Java”, ianya terletak di kawasan pergunungan, tiga jam dari Jakarta melalui lebuhraya bertol. Semasa penjajahan Belanda ke atas Indonesia kota ini ini menempatkan rumah rehat gabenor dan pegawai Belanda.

Kami tinggal 2 malam di kota ini. Sepanjang tempoh itu kami ditemani hujan rintik-rintik

HAri ke tiga kami meninggalkan Bandung menuju kota Semarang. Jarak perjalanan 370km. Waktu perjalanan hampir 5 jam mengikut lebuhraya bertol. Kami singgah di sebuah R&R untuk makan tengahari dan solat.

Untuk gambar2 kami di kota Bandung klik link d bawah.

https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid04pkvSeg4DwbJTTPXwMRuy8PSqPqupTdBpJuRBNxDk3ZBe2pBoLrnEH2AomYuWR8bl

Page 2 of 2

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén