life is short. do first thing first.

Day: January 1, 2022

TABUNG MANGSA BANJIR DEC 2021 ANJURAN WANNOR CARE.

Assalamualaikum.

Salam Tahun Baru 2022.

Bencana banjir yang melanda Selangor, NS dan Pahang baru2 ini di luar jangkaan. Kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda tidak dapat dielakkan. Jika anda ingin menyumbang kpd tabung mangsa banjir melalui WANNOR CARE lihat poster di bawah.

NGO ini berpejabat di Taman Sunway Batu Caves, Selangor. Saya kenal sangat mereka ini.

Follow mereka di FB page WANNORCARE. Klik link d bawah untuk melihat misi banjir mereka di Mentakab, Pahang minggu lepas,

https://www.facebook.com/wannorcare/posts/301964878532699

Bila Izrail datang memanggil…

Cukuplah kematian itu menginsafkan kita betapa hidup di dunia ini sangat singkat. Hidup sebenar ialah bila kita berjaya masuk Syurga dan tinggal kekal abadi selama2nya di sana.

Ada 2 kematian orang2 soleh di kondo aku tinggal dalam tahun 2021.

Semoga Allah merahmati Abu Muhammad (disebabkan Covid-19) dan Ayah Hafiz Bhai (due to old age).

Innalillahiwainna ilaihirajiun.

Brother Abu Muhammad berasal dari Sudan.
Ayah Hafiz Bhai berasal dari Mumbai India.

Bila Izrail datang memanggil…

Minggu lepas ada kematian di Surau kami.

Seorang ahli jemaah yang regular. Baik orangnya, Selalu melazimi solat berjemaah di surau dengan anak lelakinya Afif.

Semoga Allah merahmati Dr Sazzad, semasa hayatnya seorang pensyarah di UIAM kampus Gombak. Beliau berasal dari Bangladesh meninggalkan isteri dan 4 orang anak.

Pengajaran kpd saya — Rupanya dunia bukan tempat tinggal. Dunia tempat meninggal. Yang hidup teruskan beramal. Tiada pilihan lain.

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén