Nama rasmi masjid ini ialah Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. Dibina di atas sebuah lagoon di Kg Kuala Ibai dekat Kuala Terengganu dan dibuka pada tahun 1995. Masjid ini mempunyai senibina timur tengah yang unik dan justeru itu lebih menjadi pusat tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri Terengganu, daripada menjadi pusat komuniti penduduk tempatan.
Saya sempat singgah di masjid ini pada suatu malam yang panas.
Masjid ini terletak 4-5 km saja dari pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Kalau kita menuju ke KT dari Marang atau Dungun kita akan berjumpa dengan masjid ini dahulu sebelum sampai ke pusat bandaraya.
Sesiapa yang datang ke KT, singgahlah di masjid ini, Masuk percuma. Parking malam percuma. Parking siang tak pasti. Sebab saya singgah utk solat maghrib/Isyak. Terdapat banyak gerai makanan ringan di parking area. Keropok lekor Losong — do not miss!!!