Assalamualaikum semua,
Projek U adalah kembara ke UK dan Iceland ala backpacker, semuanya secara sendirian berhad. Tempahan hotel dan pengangkutan (darat dan air dan udara) semuanya melalui internet. Semua kaedah perjalanan (kerete sewa, bas, feri, kapal terbang, teksi) dirasai. Pertolongan beberapa individu di Dublin dan Belfast dan Leicester dalam menjayakan projek ini tidak dapat dinafikan. Syukran jazilan kepada Adam Zubir yang sudi meminjamkan kereta, dan kepada Nabilah Bahari yang sudi menjadi guide di Ireland dan Paris. Dan tak lupa kepada Wan Nor, seorang yang setia di sepanjang perjalanan.
Projek ini berlangsung pada November 2014.
Untuk memudahkan saya menulis dan anda membacanya, saya pecahkan projek ini kepada beberapa segmen.
Pelan keseluruhan
Dublin – Cork – Galway – Belfast (termasuk laluan pantai tersohor Atlantic Way)
Belfast – Giant Causeway – Belfast
Belfast – Glasgow (by ferry)
Glasgow – Leicester
Iceland (di bawah Projek R)
Around London
Around Leicester
London – Paris by train.
Around Paris.
Sila klik pautan untuk membaca cerita saya dan imej menarik.
Insyaallah saya akan cuba habiskan writeup ini dalam suku pertama atau kedua 2015, jika umur panjang. Ahemm hem. Batok sikit lepas balik misi banjir di Manek Urai Kelantan baru baru ini.
Semoga cerita ini bermanafaat kepada semua. Jika anda ingin mencoba kembara ini sendiri dipersilakan. Apa-apa persoalan hubungi saya di abuadam2006@gmail.com.