image

Restoran ini menghidangkan masakan Melayu di pekan Rawang.
Aku kebetulan terjumpa restoran ini semasa mencari tempat untuk sarapan pagi pada hari Ahad 17 Nov 2013 dalam perjalanan ke Bernam Jaya. Antara menu sarapan pagi ini ialah nasi lemak, mee/bihun/nasi goreng, nasi dagang dan roti canai buatan orang Melayu tempatan (bukan mamak). Nasi kerabu pun ada cuma masa aku sampai dah habis. Pekerja2nya orang tempatan mungkin dari kalangan anggota keluarga.

Makanan banyak pilihan dan lazat. Cuma kebersihan agak kurang diberi perhatian terutama jika terpaksa ke tandas.

Restoran ini terletak di jalan dari pusat Bandar Rawang menghala ke plaza tol PLUS Rawang. Sangat dekat dengan NSK dan plaza tol.

>>> Posted from Xperia Z mobile device