Semenjak AirAsia menyerang Yangon, MYANMAR dengan penerbangan tambang rendahnya setiap hari mulai Jun 2010, MAS mula terasa bahangnya. Laluan KUL-RGN (Yangon ialah nama baru bagi Rangoon) yang sebelum ini hanya popular dengan pelancong bisnes (business travelers), kini semakin kencang dengan pelancong kasual (leisure travelers) dan tidak boleh dipandang sebelah mata oleh strategis MAS.
Justeru itu, MAS membuka kedua-dua matanya dengan menambah penerbangan KUL-RGN setiap hari. Sebelum ini hanya 5 hari seminggu sahaja. MH740 berlepas dari KUL ke Yangon pada jam 10:05 pagi dan MH741 berlepas pulang dari Yangon ke KUL pada jam 12:15 tgh. setiap hari. Masa penerbangan ialah 2 jam 30 minit dan kadang-kadang 2 jam 45 minit.
Selamat datang ke Yangon, MYANMAR.