Berita baik kepada pengembara tegar yang berminat melawat negara misteri MYANMAR. AirAsia akan memulakan laluan Kuala Lumpur – Yangon – Kuala Lumpur bermula Julai 18. Harga promosi bermula dari USD9 satu hala. AirAsia akan menggunakan Airbus 320 dengan kapasiti 180 seats. Pengumuman ini dialu-alukan oleh pakar-pakar industri pelancongan Myanmar dan Malaysia. Pada masa sekarang hanya Myanmar International Airways (MAI) dan Malaysia Airlines terbang ke Yangon dari Kuala Lumpur.
Untuk pelawat ke Myanmar, visa diperlukan dan satu lagi berita baik ialah mulai Jun 2010, Visa On Arrival (VOA) boleh dipohon di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon. Detail di sini –> VOA.
Yangon adalah bandaraya terbesar di Myanmar. Dengan penduduk seramai 4-5 juta, 10-20% adalah penduduk Islam. Makanan halal dan masjid mudah didapati di sini dan tidak menjadi masalah, asalkan anda seorang yang fleksibel dan berani mencuba. Lihat banyak postings di website ini mengenai Yangon. Jangan lupa datang ke Inle Lake, jika anda tersampai ke Myanmar dan punyai banyak masa.