life is short. do first thing first.

Category: Travel Page 33 of 43

Mencari daging rusa di Bekenu, Miri, SARAWAK

December 2010:
Bekenu ialah sebuah pekan kecil di Bahagian Miri, Sarawak. Hampir 40 km dari Bandaraya Miri, ianya terletak di laluan jalan pantai Miri – Bintulu.  Hampir satu jam perjalanan dengan kereta dari Miri menghala Bintulu. Kedudukannya di antara pantai menghadap Laut China Selatan dan  bukit bukau, menjadikan aktiviti utama penduduk Bekenu ialah perikanan dan pertanian dan juga penanaman kelapa sawit.

Terdapat sebuah pantai dan kawasan riadah yang dikenali sebagai Pantai Bungai. Pantai berbatu, ombak kuat dan air keruh. Tiada yang menarik di sini kecuali sebuah bukit di tepi pantai yang menjadi pelabuhan di zaman dahulu, dan beberapa kuburan lama dikatakan kerabat kerajaan lama Brunei yang menakluki Sarawak pada suatu masa dahulu. Kawasan berpasir yang luas sesuai dijalankan aktiviti rehlah keluarga dan juga aktiviti teambuilding.  Bungai Lodge menyediakan tempat penginapan kepada sesiapa yang ingin bermalam. Lihat video klip di pautan ini untuk keseluruhan kawasan pantai. http://www.xzonk.com/view/OydoifirROQ

Pekan Bekenu mempunyai fasiliti asas yang lengkap seperti masjid, balai polis, dewan masyarakat, stesen minyak dan klinik. Kebetulan bila saya ke Bekenu pada Disember 2010, malam sebelumnya hujan lebat. Dekat sebuah persimpangan, banyak kenderaan berhenti di tepi jalan Miri-Bintulu. Ingin tahu, kami pun berhenti sama. Sebuah pasar tani dan sebuah gerai dikerumuni ramai orang. Rupa-rupanya orang ramai beratur untuk membeli daging rusa segar yang ditangkap dan disembelih pemburu semalam. Harganya hanyalah RM20 satu kilogram.

Bagaimana utk ke sini:
Bekenu per se tiada yang menarik, kecualilah pada namanya. Namanya agak unik dan itulah yang membawa saya ke sini. Anda boleh sampai di Bekenu dalam masa 1 jam memandu dari Miri. Kebanyakan pelancong akan terus ke Batu Niah untuk melawat Gua Niah yang popular. Jika anda memandu sendiri dari Miri ke Batu Niah atau Bintulu mengikut jalan pantai, anda boleh singgah di sini jika punyai masa terluang.

Surau PV8 Taman Melati, KUL

Notis kpd penduduk Muslim

Kondo PV8 - view dari taman

PV8 - view dari taman

View dari Tingkat 25 Kondo PV8 (Taman Melati view)

PV8 ialah sebuah projek kondominium di Taman Melati, Setapak, di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya berdekatan dengan UIAM Gombak dan UTAR menjadikannya pilihan utama kepada golongan pelajar dan tenaga pengajar yang kebanyakannya dari luarnegara. Surau ini terletak di aras lantai blok C, bersebelahan dengan pasar mini dan kolam renang. Surau ini memang hidup dengan aktiviti utama ialah solat berjemaah lima waktu yang dipimpin dan dimakmurkan oleh sahabat-sahabat dari timur tengah seperti Somalia, Sudan, Algeria dan Mesir dan juga dari India, Bangladesh.  Sepanjang saya di sini tak ramai orang Malaysia yang mengunjungi surau, mungkin kerana tidak biasa dengan solat subuh tanpa doa qunut dan tiada zikir lepas solat. Waktu iqamat di surau ini ditetapkan dengan jelas dan ditampal di papan kenyataan — tipikal di masjid-masjid mazhab Hanafi. Surau muslimah terletak di sebelah lelaki. Surau ini berkarpet dan berkipas dan mempunyai tempat wuduk yang luas dan sebuah tandas lengkap.  Surau hanya untuk tenants kondo ini sahaja. 

Jika anda ingin merasai pengalaman menunaikan solat di masjid/ musolla di timur tengah atau India/Pakistan, inilah tempatnya. Waktu maghrib paling meriah dengan kanak-kanak internasional “speaking in Arabic and English”.

PV8 Taman Melati, Setapak —  tempat tinggal yang sesuai. Dekat dengan LRT Taman Melati. Bersebelahan lebuhraya MRR2. Dekat dengan UIA, UNITAR. Bersebelahan sekolah menengah dan rendah. Lain-lain kemudahan – stesen servis PETRONAS, Mc Donalds, Carrefour Express, Balai Bomba.

Surau Darul Ikhlas, Lutong, Miri, SARAWAK

 

Surau kayu 2-tingkat ini terletak di Kg Senadin di Lutong, Miri, Sarawak. Lutong — 15 km dari pusat bandaraya Miri — terkenal kerana di sinilah terletaknya pejabat utama Petronas Carigali dan Shell Sarawak yg menjalankan operasi cari dan gali minyak di pantai pesisir Sarawak. Surau dan Kg Senadin ini sangat rapat dengan Miri Crude Oil Terminal (MCOT) dan boleh menjadi hazard di kala kecemasan. Ini adalah Kg Senadin asli di Lutong didiami masyarakat tempatan. Jangan confuse Kg Senadin dengan Taman Desa Senadin di seberang Jalan Lutong – Kuala Baram — sebuah taman perumahan baru yang besar yang didiami warga Curtin University cawangan Miri.

>>> Posted from mobile device via WordPress for Android

coming up soon >>> kinabalu expedition

image

This project took place mid February, a week after cny. Full story and pixs are under way.

>>> Posted from mobile device via WordPress for Android

Restoran Dollah di Kemaman, TERENGGANU

Jika anda sampai di Kemaman, Terengganu di waktu yang betul, singgahlah sekejap di restoran ini. Kedai makan ini dibuka pada awal pagi untuk sarapan pagi sehingga waktu makan tengahari sahaja.  Selepas itu ditutup. 

Pada waktu pagi, roti canai dengan kari ikan tenggiri sangat popular di sini. Maap tak sempat ambil gambar sebelum, hanya gambar selepas. Karinya memang sedap, pekat dan betul-betul ‘kaw’.  Jangan lupa pesan teh tarik yang kurang manis. Menu popular makan tengahari ialah nasi beriani.

Hidup perlu ringkas seperti ini.

Roti kosong dengan kari ikan tenggiri. (Gambar selepas, ikan sudah habis)

Kedai makan ini biasa sahaja terletak di bawah sepohon pokok besar di tepi jalan utama dari pekan Kemaman menghala ke Kijal. (selepas stesen minyak Shell).

Bagaimana untuk sampai ke sini?

Kemaman ialah perhentian utama dari Kuantan ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai. Sebenarnya, Kemaman lebih dekat dengan Kuantan (50 kms sahaja) berbanding dengan Kuala Terengganu (150 kms). Bandar ke dua terbesar di Terengganu. Industri minyak dan gas berpusat di daerah Kemaman. Kemaman sebenarnya ialah nama sebuah daerah di Terengganu dan nama bandarnya ialah Chukai. Tetapi orang ramai lebih mengenali Kemaman sebagai sebuah bandar dan bukannya Chukai.

Page 33 of 43

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén