life is short. do first thing first.

Category: masjid Page 6 of 8

Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), Kuala Terengganu

Nama rasmi masjid ini ialah Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. Dibina di atas sebuah lagoon di Kg Kuala Ibai dekat Kuala Terengganu dan dibuka pada tahun 1995. Masjid ini mempunyai senibina timur tengah yang unik dan justeru itu lebih menjadi pusat tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri Terengganu, daripada menjadi pusat komuniti penduduk tempatan.

Saya sempat singgah di masjid ini pada suatu malam yang panas.

Masjid ini dikelilingi air sesuai dengan gelarannya masjid terapong. Sangat indah di waktu malam.
Laluan dari parking lot ke lobi masjid.
Pemandangan dalam masjid. Senibina Moorish menawan hati.
Hiasan lampu moden di dalam masjid.
Outlet burger Ramly ini terletak dekat dengan Masjid ini.

Masjid ini terletak 4-5 km saja dari pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Kalau kita menuju ke KT dari Marang atau Dungun kita akan berjumpa dengan masjid ini dahulu sebelum sampai ke pusat bandaraya.

Sesiapa yang datang ke KT, singgahlah di masjid ini, Masuk percuma. Parking malam percuma. Parking siang tak pasti. Sebab saya singgah utk solat maghrib/Isyak. Terdapat banyak gerai makanan ringan di parking area. Keropok lekor Losong — do not miss!!!

Masjid Ar Rahman, Kg Bukit Badong, Ijok, Selangor

Assalamuaalaikum.

Salam Ramadan. Berjumpa lagi di musim Covid-19. Semoga semua sihat sejahtera menjalani ibadah puasa dan bertaraweh bersama keluarga di rumah sebab tak boleh pergi masjid dek coronavirus. Alhamdulillah saya masih hidup.

Kali ini nak cerita sikit pasal sebuah masjid di Selangor yang terletak antara pekan Bestari jaya ke Ijok. Masjid ini sebuah binaan yang agak lama di kawasan kampung. Saya sempat singgah sebentar untuk solat Zuhur sekembali dari UNISEL sebelum PKP bermula.

Walaupun masjid tua, tetapi sangat selesa untuk beribadah. Ruang solat berhawa dingin. Parking yang luas. Tandasnya bersih.

Bolehlah singgah di sini kpd sesiapa yang ada urusan di UNISEL atau pekan terdekat dengannya iaitu pekan Bestari Jaya. Nama lamanya Batang Berjuntai.

Masjid Andalusia, Sg Petani, KEDAH.

Baru ini masa pi kenduri di Sungai Petani Kedah, singgah di masjid ini untuk solat Zuhur / Asar.
Masjid ini terletak di Bandar Laguna Merbok di Sungai Petani.
Sangat dekat dengan tol plaza Sg Petani Utara.

Sg Petani ialah bandar kedua terbesar di negeri Kedah, terletak hampir 60km di selatan Alor Setar.

Pintu masuk utama
Minaret dan kubah dengan senibina yang unik
Ruang solat dengan karpet tebal dan berhawa dingin
Mihrab yang simpel
Dua orang jemaah. Sayalah tu hehe

Masjid 2 tingkat ini memang luas dan selesa di kawasan perumahan yang agak ekslusif di SP. Berhawa dingin dan dijaga rapi. Di belakang masjid ada dewan serbaguna untuk majlis perkahwinan dan lain2.

Kalau sapa lalu SP, boleh singgah di sini untuk solat dan iktikaf di rumah Allah ini.

Surau al Muallimin, Bandar Sri Permaisuri, KL

Surau ini terletak dalam kawasan kuarters guru di Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Ianya sebuah surau yang kecil dan macam kurang makmur je. Hanya penghuni kuarters dan keluarga mereka yang menggunakan surau ini.

Sempat solat di sini semasa menziarahi saudara yg tinggal dalam kuarters ini pada satu waktu dahulu.

Masjid Kg Seri Cheeding, Jenjarom, SELANGOR

Nama kampung ini memang unik. Asal usulnya tak diketahui. Tak sempat buat homework. 

Populariti kampung ini terletak pada teh BOH. Sebab apa? Ladang dan kilang teh BOH ada di penghujung kampung ini.

Kampung ini terletak hampir 10km dari jalan utama Jenjarom – Banting.

Macam mana aku boleh sampai ke sini ya? Oh ya.. survey tanah lot murah. Itu cerita tahun 2018. Sempat singgah untuk solat Zuhur di masjid ini waktu itu.  Pada firasat aku, kawasan ini ada potensi untuk maju sebab dikelilingi  banyak projek hartanah mega seperti Rimbayu dan The Cove.

Jalan akses ke Rimbayu dari kg ini sudah dibuka semasa artikel ini ditulis. Dari Rimbayu boleh keluar ke Shah Alam (via Kota Kemuning) dan Bdr Saujana Putra untuk ke Putrajaya dan KLIA dan selatan.

Pintu masuk ke masjid. Hujan baru berhenti.

Mihrab dan ruang solat dalam masjid ini. Berhawa dingin.

Page 6 of 8

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén