life is short. do first thing first.

Category: masjid Page 4 of 8

2 hari di Sarajevo. (Part 12)

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua.

Hari ini 4 Syawal 1442. PKP seluruh negara. Tak ada benda nak buat. Nak ziarah raya tak boleh. Nak rentas daerah tak dibenarkan. Rentas negeri lagi lah tak boleh. So boleh lah update blog ini.

Kita sambung pengembaraan kita di Bosnia Herzegovina.

NOTA: Ini adalah bahagian ke 12 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Kali ini kita sampai di Sarajevo. Betul-betul sampai di Sarajevo. Finally! Janji Encik Solehin utk makan tengahari di Sarajevo menjadi kenyataan.

Sarajevo ialah ibu negara Bosnia & Herzegovina. Penduduk Sarajevo hampir 350,000 dari keseluruhan 3.3 juta penduduk Bosnia. Bosnia menuntut dan mendapat kemerdekaan dari Yugoslavia Federation pada tahun 1992 dan akibat dari deklarasi kemerdekaan inilah berlakunya Perang Bosnia. Itulah sedikit sejarah Bosnia. Nak tahu detail, kena tanya google.

Highway ke Sarajevo
Satu persimpangan jalan raya di Sarajevo

Untuk memudah penulisan saya dan memudahkan anda baca posting ini, saya bahagikan posting ini kepada tempat-tempat menarik yang saya singgah di Sarajevo, mengikut turutan masa kejadian, sepanjang 2 hari kami di sini. Semua gambar diambik dengan kamera sendiri, jadi bersabarlah dengan kualiti gambar. Kalau ada gambar pinjam, saya bagitau.

TAMAN NEGARA VRELO BOSNE di ILIDZA

Selepas makan tengahari — menu utama steak ala Bosnia dengan nasi, nasi minyak gitu — kami bergerak ke Ilidza.

Our lunch setibanya di Sarajevo
Kelaparan. Habih licing…
Air sungai di Taman Negara Vrelo Bosne di kaki Gunung Igman dekat Ilidza.

Ilidza ialah kawasan suburban Sarajevo. Di sini terdapat sebuah taman negara di kaki pergunungan yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. Yang menarik di sini ialah alam semulajadinya seperti air sungai yang mengalir bertingkat, kolam itik angsa, trek hutan, barisan pokok-pokok maple yang tinggi-tinggi yang tersusun dan kolam air panas.

THE SARAJEVO TUNNEL

Ini cerita Perang Bosnia.

Jom belajar Tawarikh (Sejarah lah tu).

Pada tahun 1992 Sarajevo telah dikepong selama 1425 hari oleh tentera Serb laknatullah. Bekalan makanan dan perubatan tidak sampai ke Sarajevo sebab dikawal oleh tentera Serb. Demi survival penduduk Sarajevo telah mengorek secara rahsia sebuah terowong bawah tanah yang panjangnya 762 meter, tinggi 1.5 meter untuk menyeludup masuk bekalan makanan dan bantuan. Terowong ini dikenali sebagai THE SARAJEVO TUNNEL. Pintu masuk ke terowong ini bermula di sebuah rumah.

Pintu masuk ke terowong ialah rumah ini. Masih ada kesan bedilan tentera Serb dari atas bukit sekeliling Sarajevo

Jika anda datang ke Sarajevo, anda masih boleh melihat rumah ini dengan kesan tembakan di dinding dan terowong tersebut.

Itulah sedikit pelajaran Sejarah kita hari ini. Nak tau lebih lanjut, google sendiri.

MASJID GAZI HUSREV-BEG dan OLD BAZAR

Masjid ini dibina pada tahun 1530 Masihi dengan direka bentuk oleh arkitek kanan Empayar Othmaniyyah pada waktu itu yang bernama Azem Ali berasal dari Parsi (sekarang Iran). Gazi Huzrev Beg ialah governor empayar Othmaniyyah di Sarajevo pada waktu itu.

NOTA: Beg juga ditulis dengan Bey. Sama je tu. Orang tempatan hanya menyebut Masjid Bey sahaja.

Masjid ini terletak di pusat bandaraya Sarajevo, kawasan tumpuan pelancong. Sebelum turun dari bas, Encik Willy bagi amaran berhati-hati dengan beg tangan semasa berjalan di lorong yang sesak. Jangan sesekali buka beg nak ambik duit utk menderma di hadapan peminta sedekah atau pengemis.

Never put wallets at the back pocket.
Never carry or use mobile phones in crowded area.

Encik Solehin menambah:

In Balkan, TRUST NOBODY. SUSPECT EVERYBODY.

Encik Abu menambah:

Hati-hati lintas jalan. Kereta laju giler.

Masjid Gazi Huzrev-Beg di Sarajevo
Fountain di halaman Masjid Bey di Sarajevo. Ianya adalah kolam air yang disalurkan dari gunung yang menjadi sumber air utama penduduk Sarajevo ketika itu. Sekarang sudah tidak digunakan. Beberapa kali musnah dalam peperangan demi peperangan dan dibaiki. Struktur sekarang sudah tidak original.
Pintu masuk ke ruang solat utama di Masjid Bey di Sarajevo.
Pengunjung wanita di masjid Bey di Sarajevo
Madrasah dalam kompleks Masjid Bey di Sarajevo
Kedai-kedai di sekitar Masjid Bey, Sarajevo
Pintu masuk utama ke kompleks Masjid Bey Sarajevo

Kedai-kedai sebelah masjid ini bersambung membentuk Old Bazar, sebuah kawasan membeli belah tradisional. Old Bazar tempat warga tempatan minum-minum petang sambil berborak dengan kawan-kawan.

Pekena Kopi Arab di Old Bazar, Sarajevo
Old Bazar di Sarajevo — tempat lepak dan melihat gelagat manusia pi mai pi mai tang tu jugak
Kedai-kedai di Old Bazar, Sarajevo.

Masjid ini terletak di pusat bandar Sarajevo, dikelilingi oleh pasar dan kedai membeli-belah. Halaman masjid ini sebenarnya sebuah kompleks terdiri dari masjid itu sendiri, sebuah fountain bersejarah, menara jam dan madrasah.

Masjid ini masih hidup dan aktif sekarang ini. Kelihatan ramai pelawat luar ketika rombongan kami singgah solat di sini, sambil membeli cenderahati di kedai-kedai sekeliling masjid. Selepas itu saya minum kopi Arab di Old Bazar dengan Encik Solehin sementara menunggu kaum ibu melontar jumrah.

Ini adalah City Hall Sarajevo. Terletak berdekatan Masjid Gazi Husrev Beg dan Old Bazar.

BERMALAM DI SARAJEVO

Takkan lah nak tidoq atas bas. Encik Solehin bawa kami bermalam di Hotel Koncept Residence berhadapan sebuah bulatan yang besar di Sarajevo. Makan malam sendirian berhad lagi.

Hotel kami bermalam di Sarajevo. Boleh kasi 3.1 bintang.
Sebab bersih dan moden
Kafe penuh cahaya semulajadi

BYE BYE SARAJEVO

Kesokkan pagi selepas sarapan, kami check-out dan naik bas PUPE bergerak menuju Travnik. Ada apa di Travnik??? Tunggu posting ke 13. Insya Allah.

Travnik — belok kanan.

Masjid Kg Gemuroh, Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan salam PKP.

Jika anda melalui lebuhraya LPT2 dari KL ke Kuala Terengganu, exit terakhir LPT2 ialah Kuala Terengganu. Plaza tol exit KT terletak di Kg Gemuroh.

Selepas bayar tol anda akan sampai di simpang tiga jalan utama KT – Kota Bharu. Di simpang ini, pusing kiri dan lebih kurang 1-2 km anda akan jumpa masjid ini di sebelah kanan anda.

Ianya ialah sebuah masjid design lama. Parking dalam compound masjid terhad tetapi ruang solat luas dan selesa.

Masjid Hadhari, Paka, Terengganu

Asslamualaikum dan salam PKP.

Rasanya aku pernah menulis pasal masjid ini dalam posting suatu masa dulu. Tak ingat bila.

Bila aku berada di bandar ini pada hari Jumaat aku sudah hampir pasti ke masjid ini untuk solat Jumaat.

Anda tak akan miss punya masjid ini sebab ianya terletak di tepi jalan utama Kemaman – Dungun. Halaman masjid sungguh luas, kereta, bas, lori semua boleh parking. Di sekitar masjid ada beberapa wakaf untuk berehat dan makan-minum, sesuai untuk pengembara.

Jika anda melalui bandar Paka ini, singgahlah di masjid ini.

Dari KL, anda boleh sampai ke Paka melalui lebuhraya LPT2, exit di persimpangan Paka. Jarak KL – Paka lebih kurang 350 km.

Surau Darussalam, Paka, Dungun, Terengganu

Assalamualaikum dan salam PKP.

Surau ini terletak di tepi jalan utama Kemaman – Dungun di bandar Paka.

Landmark utama ialah stesen minyak PETRON. Ada 2 stesen minyak PETRON di bandar Paka. Cari stesen minyak yang kecik yang dibelakangnya laut China Selatan. Gerenti jumpa Surau ini.

Terkenal juga dengan nama Surau Pak Bakar, sempena nama pengasasnya. Semoga ALLAH merahmati almarhum Pak Bakar.

Masjid di Ohrid, Macedonia / Mosques in Ohrid, Macedonia

Awal 2019, semasa projek jalan-jalan Balkan saya sempat singgah di Ohrid, Macedonia. Perjalanan dari Skopje ke bandar ini sekitar 2 jam dengan jarak perjalanan tak jauh, sekitar 120 km.

Terdapat beberapa masjid di Ohrid yang sempat saya perhatikan.

Rata-rata majoriti penduduk Ohrid ialah Kristian Orthodoks dari keturunan Macedonia. Penduduk Islam adalah minoriti dari keturunan Albania dan Turki yang tinggal di Ohrid. Hubungan antara kaum pernah tegang suatu masa dulu pada tahun 2001 dan ini membawa kepada tentangan non-muslim kepada ubahsuai besar-besaran Masjid Ali Pasha termasuklah membina semula minaret atau kubah setinggi 32 meter.

Masjid Ali Pasha sedang diubahsuai di Ohrid, Macedonia, semasa ziarah ini dibuat awal tahun 2019. Pembinaan minaret setinggi 32 meter ini menjadi kontroversi apabila dapat tentangan non-Muslim di Ohrid.

MASJID ALI PASHA

Masjid ini antara masjid terawal dibina di Macedonia pada tahun 1573M semasa Macedonia di bawah pemerintahan kerajaan Othmaniyyah. (Masa itu Kerajaan Melayu Melaka baru jatuh ke tangan Portugis). Masjid ini dibina atas perintah Suleiman Pahsa dan dinamakan Masjid Ali Pasha sebagai menghargai jasanya. Ali Pasha ialah seorang panglima perang Turki berpengkalan di Belgrade, pada masa itu.

Senibina masjid ini memang unik — bumbungnya segi empat atau lebih, sekali nampak macam hexagonal atau octagonal. Bahan binaannya ialah batu atau batu block yang dibakar, Semasa saya sampai di sini, kubah masjid sedang dalam pembinaan. Kubah yang runtuh diganti dengan yang baru. Terdapat 2 kubah di masjid ini. Terdapat sebuah madrasah di sebelah masjid ini pada struktur asal tetapi sekarang tidak lagi berfungsi.

Masjid ini terletak di kawasan tarikan pelancong. Jadi tiada masalah untuk cari masjid ini. Ada restoran halal Turki berdekatan masjid ini.

Republika Square di Old Bazar di Ohrid, Macedonia. Di belakang ialah kubah masjid Zainal Abidin Pasa.

MASJID ZAINAL ABIDIN PASHA (ditulis sebagai ZEYNEL ABIDIN PASHA MOSQUE)

Masjid ini dibina oleh pengikut2 Sheikh Zainal Abidin Pasha, seorang ulama aliran Sufi. Oleh sebab kesuntukan masa kami tidak sempat menziarah masjid ini. Dikatakan ada kuburan Sheikh ini dan ahli keluarganya di dalam laman masjid.

Masjid ini boleh dilihat dari Old Bazar Square.

Pengaruh pemerintahan empayar Uthmaniyah di negara-negara Balkan tidak dapat disingkirkan dari buku sejarah. Mereka pernah memerintah wilayah ini lebih 500 tahun, membawa risalah Islam ke Eropah selatan.

Sebuah masjid di perkampungan Macedonia. Bila ada masjid, komuniti Muslim tentu besar

MASJID CHARSHI di PRILEP

Kisah masjid Charshi, seperti yang dikabarkan, memang trajis. Prilep ialah sebuah bandar di Macedonia. Masjid ini dibakar oleh etnik Macedonia semasa konflik dengan penduduk Islam dari keturunan Albania pada tahun 2001. Sehingga hari ini, masjid ini dibiarkan begitu sahaja.

Cerita lanjut masjid ini ada di link ini: http://www.prilepinfo.mk/en/architecture/sacred-objects/charshi-mosque

Itulah sedikit sebanyak kisah masjid di Ohrid dan Prilep. Semoga bermanafaat untuk pencinta Islam dan sejarah.

Saya selitkan sedikit cerita pasal bandar Ohrid di bawah ini. Cerita lanjut pasal Ohrid dan Balkan boleh layari bumisepi.com search perkataan “BALKAN”.

Lebuhraya menuju Ohrid, North Macedonia.
Memasuki pusat bandar Ohrid. Penduduk kurang lebih 50k. Sebuah bandar pelancongan.

Ohrid ialah sebuah bandar pelancongan di tepi tasik. Tasik Ohrid antara tasik air tawar paling luas dan paling dalam di seluuruh Eropah. Bila datang sini, wajib naik bot atau feri keliling tasik. Harga 20 Euro satu round. Tasik ini dikelilingi oleh gereja-gereja lama Kristian Orthodoks di atas bukit di pinggir tasik.

Ada banyak pakej bot untuk keliling Tasik Ohrid, Pilih pakej yang sesuai dengan masa dan poket anda.
Angsa putih di tepi Tasik Ohrid, Macedonia.
Wannor menunggu bot sampai untuk berderak sekitar Tasik Ohrid, Macedonia
Oldtown — view from Lake Ohrid, Macedonia
Vista dari atas bot di Tasik Ohrid, Macedonia
Vista dari atas bot di Tasik Ohrid
Ohrid City map to guide travellers.

Page 4 of 8

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén