Ini kisah di bulan Januari 2020. Anak saudara bernikah nun jauh di utara. Kepala Batas, Kedah.
Kepala Batas terletak 20 km ke utara Bandaraya Alor Setar dan ianya sinonim dengan pekan airport. Di sinilah lokasi Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim untuk kegunaan orang-orang Kedah dan Perlis. Kepala Batas juga sinonim dengan TUDM. Di sini ada sekolah untuk bakal-bakal juruterbang helikopter dan pesawat tentera atau nama glamornya Kolej Tentera Udara.
Bagaimana nak mai ke masjid ini? Selepas keluaq dari plaza tol Kepala Batas, hangpa pusing kanan selepas lampu isyarat pertama. Sampai saja di lampu isyarat ke dua, masjid tu dok sebelah kanan. Senang kan!
Besaq dan luas dan selesa betoi masjid ni. Kalau hangpa lalu jalan ni singgahlah sembahyang di sini. Kedai makan pon banyak di depan masjid. Hati-hati lintas jalan. Tengok sendiri gambaq-gambaq di bawah kalau tak percaya no.
Masjid dilihat dari jalan besar.Kubah yang diukir dengan ayat-ayat suci.Karpet tebal. Kawasan mihrab imam.Toodia anak menakan chek. Kacak bergaya. Dia keja di Kolompo. Bini dia orang Kepala Batas.Masjid ini pun ada food bank untuk tolong asnaf
Ini adalah bahagian ke 2 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan.
Kami menyeberangi sempadan Bulgaria / Macedonia pada waktu petang hampir maghrib. Semua passport dikumpul dan dibawa ke pejabat imigresen untuk dicop. Kami tidak turun dari bas. Sebelum itu kami diberi amaran jangan ambil gambar di kawasan sempadan.
Polis sempadan di sempadan Bulgaria / Macedonia.Sepanjang proses border crossing Bulgaria / Macedonia kami duduk dalam bas.Pejabat imigresen di sempadan Bulgaria / Macedonia.Memasuki Macedonia.
Tiada masalah di sempadan. Semua berjalan lancar. Kami dibenarkan masuk ke Macedonia. Mereka memerlukan pelancong dari Malaysia untuk merancakkan ekonomi negara mereka. Bas kami meneruskan perjalanan ke Skopje, ibu kota Macedonia. Penduduk Macedonia tak ramai, sekitar 2 juta orang sahaja. Penduduk Islam sekitar 30%, kebanyakannya dari keturunan Albania dan Turki.
Selamat datang ke Macedonia. Pernah tengok bendera ini?
Perjalanan di teruskan. Kami menikmati pemandangan kampung dan bandar kecil sepanjang jalan ke Skopje, Macedonia. Bas berhenti di sebuah stesen minyak untuk toilet break.
Kami melalui bandar kecil dan kampung sebelum sampai Skopje. Jalan terus untuk ke Skopje dan Belgrade.Sebuah stesen minyak di Macedonia.Bas inilah rumah kami di siang hari sepanjang kembara di Balkan. Bas PUPE.
Kami tiba di ibu kota Macedonia hampir tengah malam. Perjalanan hampir 4 jam dengan bas dari Sofia, Bulgaria memang meletihkan. Sebaik sampai terus turun bas, tarik beg ke hotel, check-in dan terus terlelap. Sweet dream.No dinner. Pakej half-board tiada makan malam.
Esok hari baru menanti.
Hotel Best Western Skopje tidak menghampakan. Sangat selesa walaupun lif dan lobi yang sempit. Ianya terletak di pusat bandar. Sarapan pagi waktu yang dinanti-nanti. Sebab semalam tak makan.
Sarapan buffet ala mereka. Tiada nasi lemak di sini.Telur omelette dan roti. Alhamdulillah.
Selepas sarapan, kami bergerak menuju ke kawasan tarikan pelancong di Skopje. Semuanya dekat-dekat saja. Jadi kami jalan kaki sahaja mengikut pemandu pelancong tempatan bernama Encik Willy. Dia seorang Muslim, kampungnya di Skopje.
Skopje ialah kota terbesar di Macedonia dengan penduduk berjumlah hampir 700,000 orang. Ianya sebuah bandar lama kaya dengan kesan sejarah. Sungai Vardar memisahkan pekan lama (old town) dengan pekan baru (new town).
Sungai Vardar di Skopje, Macedonia. Wannor di hadapan jambatan batu merentasi Sungai Vardar di Skopje, Macedonia Sebuah dataran di Skopje Macedonia
Skopje terkenal sebagai bandar kelahiran Mother Teresa, seorang paderi wanita Roman Katholik yang terkenal dengan kerja-kerja kemasyarakatan terutamanya di India. Dia dilahirkan di Skopje dan meninggal dunia di Calcutta, India.
Rumah kelahiran Mother Teresa di Skopje.Pelancong bergambar bersebelahan patong Mother Teresa di Skopje.
Peminat sejarah purba Eropah boleh buat kajian mengenai di kota lama ini dengan melihat bermacam jenis patung dan tugu di Skopje. Lihatlah patung dan tugu di bawah. Dikatakan kisah Alexander the Great (versi Barat — bukan Iskandar Zulqarnain dalam surah al Kahfi) tersurat di sebalik patung ini. Beliau dikatakan berasal dari Macedonia tetapi ada yang kata datang dari Greece. Masing-masing claim hero ini dari negara mereka. Pertelingkahan asal usul Alexander the Great menjadi duri dalam daging kpd penduduk Macedonia dan Greece.
Maaf tak dapat nak cerita lebih-lebih sebab saya pun tak berapa tahu. Kena buat kajian sendiri kpd yang berminat.
Keluarga Alexander the Great?
Seni ukiran yang menarik di Skopje
Old Bazaar ialah lorong-lorang batu yang sempit dipagari kedai-kedai makan, aiskrim dan cenderahati. Rekabentuk souq ini adalah legasi Kerajaan Othmaniyyah yang pernah memerintah negara Balkan ini berkurun lamanya.
Magnet peti ais satu Euro satu
Manisan Turki
Ais krim memang best
Di penghujung Old Bazar terdapat sebuah madrasah kayu dua tingkat. Ianya kelihatan aktif dengan kelas agama dan al Quran. Kelihatan ramai remaja Muslimah yang bertudung dan pelajar lelaki belajar di sini. Madrasah ini dan penduduk Islam di Skopje ialah peninggalan kerajaan Othmaniyyah Turki. Masalah bahasa dan masa menghalang kami dari bertanya dengan lebih lanjut dengan guru dan pelajar di sini.
Terdapat sebuah madrasah di penghujung Old Bazar di Skopje Macedonia yang masih aktif hingga hari ini.
Terdapat bangunan dan monumen lain yang menarik dan agak moden di Skopje seperti yang sempat saya rakam di bawah.
Time is not our side. We must leave this city. Our next destination is Ohrid en route to Sarajevo. Bermalam di sana malam ini.
Kami mendarat di Lapangan Terbang Sofia sekitar jam 12 tengahari. Kami bergerak ke Skopje, Macedonia sekitar jam 6 petang. Jadi sebab itulah tajuk posting ini sebegitu. 6 jam di Sofia, Bulgaria.
NOTA: Posting ini adalah bahagian pertama dari beberapa bahagian Kembara ke Balkan pada musim bunga pada tahun 2019.
Sofia adalah ibu kota dan kota terbesar di Republik Bulgaria. Negara ini terletak di Eropah selatan dan adalah ahli pakatan tentera NATO. Jiran Bulgaria termasuklah Turki, Romania dan Greece.
Hampir 10% atau lebih dari 8 juta penduduk Bulgaria adalah keturunan Turki yang beragama Islam. Pengaruh dan peninggalan Kerajaan Othmaniyah Turki (Ottoman Empire) di Bulgaria dan lain2 negara Balkan agak ketara sebab negara ini pernah dijajah oleh Kerajaan Othmaniyah selama 500 tahun.
Kami bertolak dari Doha ke Sofia menaiki Qatar AirwaysSofia International AirportAda bagasi tak sampai di Sofia. Selamat datang ke Bulgaria. Penduduk 7 juta.QR227 selamat mendarat dari DohaCuaca sejuk tapi terang menyapa kami di Sofia. Teksi menunggu penumpang di Sofia International Airport.
Pemeriksaan imigresen dan kastam berjalan lancar di Sofia International Airport. Cuma ada sedikit masalah di baggage reclaim. Sebuah bagasi kepunyaan keluarga Dr Nora tidak sampai. Hilang entah di mana. Aduan dibuat. Tak ramai boleh bercakap English di sini. Kami tidak boleh tunggu lama di Sofia. Akhir sekali syarikat penerbangan kata mereka akan cuba uruskan bagasi tersebut dihantar ke Tirana Airport di Albania dalam masa 2-3 hari. Pada waktu itu kami dijangka sampai ke Tirana. So the timing is just nice.
Lunch time. Semua lapar. Bas dan pemandu yang menunggu rombongan kami di lapangan terbang terus bergerak laju menuju ke pusat bandar Sofia. Perut berbunyi. Hati bertanya. Siapakah Sofia ini?
Destinasi pertama kami di Sofia ialah restoran Olive berdekatan dengan Masjid Banya Bashi. Hanya 150 meter dari masjid. Di sini menunya ialah makanan Turkish. Bismillah. Perut penuh dan semua gembira. Alhamdulillah.
Halal restoran di Sofia
Bila lapar semua OK
Antara masakan Turki di sini
Sebatang jalan di depan restoran Olive di Sofia, Bulgaria
Destinasi kedua kami di Sofia ialah Masjid Banya Bashi, sebuah masjid lama sejak kurun ke 16 yang dibina oleh kerajaan Othmaniyah. Terdapat sebuah taman yang besar di belakang masjid ini. Kami solat zuhur dan asar di masjid ini. Ramai muslim dari keturunan Turki di masjid ini. Mereka gembira berjumpa saudara seugama dari Tanah Melayu. Masjid ini besar dan luas dan dijaga dengan baik.
Sejarah menunjukkan selepas kejatuhan kerajaan Othmaniyah Turki, Islam ditindas dan bangunan2 peninggalan kerajaan Othmaniyah ditukar menjadi gereja. Dikatakan pernah terdapat lebih 70 masjid di sekitar Sofia di zaman kegemilangan Islam dahulu dan sekarang hanya Masjid Banya Bashi satu-satunya masjid yang masih berfungsi.
Masjid Banya Bashi di Sofia, Bulgaria terkenal dengan kubah yang besar dan minaret yang tinggi. Ruang solat yang selesa. Muslimat solat di beranda kayu yang diukir dengan begitu exquisite. Jika anda terdatang ke Sofia, masjid ini wajib-singgah.
Masjid Banya Bashi di Sofia, Bulgaria
Satu lagi keistimewaan masjid ini ialah ianya dibina di atas kolam air panas semulajadi. Kami turun ke kawasan tandas dan wuduk di basement masjid dan memang ada paip air panas semulajadi yang mengalirkan air panas dari bawah tanah. Di musim sejuk dan bunga di mana cuaca sejuk, air panas memberi keselesaan kepada jemaah yang datang untuk solat di masjid.
Seterusnya kami ronda-ronda di sekitar pusat bandar Sofia melihat bangunan-bangunan bersejarah dan pusat tarikan pelancong. Jika anda tak suka sejarah, Sofia is not for you. Antara misi peribadi saya di sini ialah untuk mengkaji pengaruh dan kesan empayar Othmaniyah Turki di Balkan. Bila kita sampai ke Bosnia nanti, pengaruh empayar Islam ini sangat ketara. Di Sofia hanya terdapat sebuah masjid dan 100 gereja. Bulgaria ialah antara negara terkebelakang di seluruh Eropah dari segi ekonomi. Index rasuahnya juga tinggi.
Ini antara yang sempat saya rakam sepanjang beberapa jam di Sofia. Enjoy…
Gereja orthodox ini antara yang terbesar di Eropah selatan. Nama rasminya ialah St Alexander Nevsky Cathedral.
Sekali tengok macam masjid,2x tengok baru tau.
Inilah Sofia yang dicari-cari. Monument Saint Sofia ini dibina selepas jatuhmya kerajaan komunis USSR, menggantikan patung Lenin. Ianya melambangkan pembebasan Bulgaria dari bloc komunis. Ditangannya ada seekor burung helang dan sekalung bunga yang membawa maksud tertentu. Monument ini terletak di tengah bandaraya Sofia.Gereja tua yang kecil ini dijumpai semasa pembinaan stesen keretapi bawah tanah. Mengikut tour guide kami namanya gereja St Petka.
Gereja batu St Petka
Kerja arkeologi di Sofia
Pembinaan stesen jeretapi bawah tanah di Sofia
Trem adalah pengangkutan awam yang utama dan murah di SofiaSebatang jalan yang sibuk di pusat bandar Sofia. Bandaraya ini penuh dengan bangunan lama dan bersejarah.Das Auto — Pengaruh Jerman di Sofia.Ini adalah National Assembly seperti Dewan Parlimen di Malaysia. Ini adalah National Assembly seperti Dewan Parlimen di Malaysia. Sebuah lagi gereja — St Nikolas Russian ChurchBangunan Akademi Sains Bulgaria.Satu lagi bangunan lama di Sofia Bulgaria.Sebatang jalan raya di Sofia BulgariaLebuhraya di Sofia Bulgaria.
Menjelang petang bas kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Skopje di Macedonia. Jarak perjalanan lebih kurang 250 km mengambil masa 3-4 jam. Cara sebutan Skopje yang betul ialah Skopiey (huruf j diganti dengan huruf y). Macedonia ialah negara kedua di Balkan yang kami lawati dalam kembara ini.
Pemandu bas kami sepanjang perjalanan di Bulgaria dan Macedonia
Nama rasmi masjid ini ialah Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. Dibina di atas sebuah lagoon di Kg Kuala Ibai dekat Kuala Terengganu dan dibuka pada tahun 1995. Masjid ini mempunyai senibina timur tengah yang unik dan justeru itu lebih menjadi pusat tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri Terengganu, daripada menjadi pusat komuniti penduduk tempatan.
Saya sempat singgah di masjid ini pada suatu malam yang panas.
Masjid ini dikelilingi air sesuai dengan gelarannya masjid terapong. Sangat indah di waktu malam.Laluan dari parking lot ke lobi masjid.Pemandangan dalam masjid. Senibina Moorish menawan hati.Hiasan lampu moden di dalam masjid.Outlet burger Ramly ini terletak dekat dengan Masjid ini.
Masjid ini terletak 4-5 km saja dari pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Kalau kita menuju ke KT dari Marang atau Dungun kita akan berjumpa dengan masjid ini dahulu sebelum sampai ke pusat bandaraya.
Sesiapa yang datang ke KT, singgahlah di masjid ini, Masuk percuma. Parking malam percuma. Parking siang tak pasti. Sebab saya singgah utk solat maghrib/Isyak. Terdapat banyak gerai makanan ringan di parking area. Keropok lekor Losong — do not miss!!!