Assalamualaikum dan salam PKP kepada semua.

Hari Raya kedua 1442. Siap juga posting ini. Alhamdulillah. Ada juga hikmah PKP ni.

Ini adalah bahagian ke 7 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Posting lepas kita melawat Dubrovnik, Croatia. Kali ini barulah kami menjejak kaki ke bumi Bosnia. Persinggahan pertama ialah bandar Trebinje. Sarajevo terasa semakin dekat.

Dari Trebinje, Dubrovnik lebih dekat dari Mostar

Trebinje?? Apakah tempat itu? Di manakah ia? Persoalan biasa bagi mereka yang pertama kali ke wilayah ini. Saya pun serupa. Yang kami tahu bas berhenti untuk bermalam di sebuah hotel di bandar ini di malam hujan rintik-rintik kadang kala lebat dan cuaca sejuk. Rekabentuk hotelnya menarik sesuai dengan namanya SL INDUSTRY HOTEL. Di setiap sudut hotel ada saja mesin-mesin lama atau replika mesin yang dipamerkan. Jurutera tentu suka hotel ini.

Perjalanan dari Dubrovnik di Croatia ke Trebinje, Bosnia tidaklah jauh mana, sekitar 35km sahaja. Trebinje ialah bandar pertama yang kami singgah di Bosnia dalam perjalanan ke Sarajevo ibu kota Bosnia.

Trebinje — gambar dari internet

Trebinje terletak dalam Republika Srpska, sebuah wilayah paling selatan dalam negara Bosnia Herzegovina. Republika Srpska bermaksud “Serb Republic’ yang bermaksud majoriti penduduk di sini berbangsa Serbia.

Tarikan pelancong di bandar ini ialah Old Town, kawasan di pusat bandar dikelilingi oleh dinding batu dan kubu lama, sama seperti bandar bersejarah lain di Balkan. Pengaruh kerajaan Turki Othmaniyah dapat dilihat pada masjid-masjid dan pada jambatan dan bangunan batu yang dibina dari bongkah batu yang padu.

Kami tidak lama di bandar ini.

Kami hanya bermalam mengumpul tenaga untuk perjalanan esok hari. Destinasi akhir kami ialah Sarajevo.

Lihat imej yang sempat dirakam semasa di Trebinje.

sdr
Trebinje dikelilingi gunung-ganang.
Sebelum sampai Mostar, kami singgah di Blagaj waterfall.
Sebuah stesen minyak di Bosnia Herzegovina.
VW macam Proton di sini.
Gerai buah segar di tepi jalan di Bosnia.