Cerita ini berdasarkan pengalaman sebenar saya dan beberapa org sahabat yang memasuki negara Myanmar melalui sempadan darat dari Ranong, Thailand awal tahun 2019. 

Kebanyakan pelancong memasuki negara Myanmar melalui Yangon melalui jalan udara. Jarang kita dengar pergi Myanmar ikut jalan darat.

Tidak seperti negara Indochina yang lain seperti Thailand dan Kemboja dan Vietnam, Myanmar memerlukan visa. Ada banyak jenis visa, paling biasa ialah visa pelancong. (tourist visa).

Stamping oleh pejabat imigresen Myanmar di jeti utama di pekan Kawthoung, Myanmar. Kawthoung juga disebut sebagai Pulau Dua oleh penduduk Melayu di sana.

Visa pelancong seperti ini boleh di mohon di Kedutaan Myanmar di KL lebih awal sebelum pergi Myanmar.

Ada beberapa cara nak masuk ke negara Myanmar dari Ranong, Thailand

1. Masuk dengan visa pelancong yg dimohon lebih awal di di kedutaan Myanmar di KL, Malaysia. Harga visa USD 50 dan memerlukan 2-3 hari untuk siap. Untuk siap dalam masa satu hari, kena bayar lebih. Visa ini boleh digunakan untuk pergi ke mana sahaja dalam Myanmar termasuk Yangon dan Mandalay dalam masa 28 hari. Maklumat sokongan yang diperlukan utk permohonan visa:

  • Passport antarabangsa yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Gambar passport 2 keping (background putih)
  • Alamat hotel atau guesthouse di Myanmar
  • Tiket penerbangan pulang

Oleh kerana kami tiada tiket penerbangan keluar dari Myanmar sebab kami masuk ikut daratan, itinerary lengkap di perlukan. Itinerary ini menerangkan pergerakan hari ke hari di Myanmar, bandar di lalui, tinggal di mana sehinggalah hari kami keluar dari Myanmar.

2. Masuk dengan visa terhad.

Visa jenis ini boleh dimohon sebaik saja sampai (on arrival) di pejabat imgresen di Kawthoung, Mtanmar. Pejabat ini terletak berdekatan dengan jeti selepas bot mendarat. Harga visa USD 10 dan boleh dapat dengan segera (jika sistem semua OK). Akan tetapi visa ini hanya boleh digunakan untuk pergi ke kawasan terhad sahaja sekitar pekan Kawthoung mungkin lebih sikit. Tidak boleh pergi jauh dg visa ini. Oleh kerana destinasi kami ialah Bokpyin, 5-6 jam memandu dari Kawthoung. Visa jenis ini tak sesuai untuk kami.

3. Masuk tanpa visa. 

Masuk cara ini menggunakan jeti tikus yang banyak. Jeti-jeti ini bukanlah jeti utama dan tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa Myanmar untuk pelancong atau foreigner mendarat. Ianya menjadi kesalahan imigresen yang serius jika tertangkap. 

Seperkara lagi, sepanjang saya duduk di jeti memerhatikan orang tempatan lalu lalang, menyeberangi sempadan ini, saya dapat merasakan kebanyakannya tiada dokumen perjalanan apa-apa. Hanya dengan pakai kain pelikat (di sini dipanggil longyi) mereka bebas bergerak. Tiada penguatkuasaan di setiap checkpoint, maknanya mereka boleh saja berjalan terus tanpa berhenti di checkpoint. Kesimpulannya border crossing di tempat ini agak porous dan banyak loopholes. Saya rasa loopholes ini memang disengajakan atas beberapa sebab dan semua lubang-lubang ini boleh ditutup dengan sedikit wang ganjaran  yang bersifat under the table. JANGAN CUBA CARA INI.  MENJADI KESALAHAN IMIGRESEN YANG SERIUS.

Kesimpulannya proses menyeberangi sempadan di sini bermula di jeti pekan Ranong dan berakhir di jeti Kawthoung. Kami melalui checkpoint berikut:

A. Pejabat imigresen / kastam Thailand di jeti di pekan Ranong, Thailand

B. Naik bot

C. Pos imigresen / kastam di muara sungai / laut.

D. Pos pemeriksaan tentera laut Thailand di sebuah pulau kecil di tengah muara sungai.

E. Turun di jeti di pekan Kawthoung, Myanmar.

F. Imigresen / kastam Myanmar.

Untuk perjalanan pulang dari Myanmar ke Thailand, ikut proses berlawanan.

Bersambung ke Part 2/2….

NEXT POSTING — The ACTUAL CROSSING.