London bandaraya tersohor di dunia fana ini. Semua orang tahu. Orang kampung dan orang bandar pun tahu. Dan aku pun tak nak cerita pasal London ini. Yang aku concerned ialah kat mana nak solat ketika sibuk bershopping di Oxford Street dan kawasan sekitarnya. Inilah pengalaman aku di London.
Oxford Street ialah syurga membeli belah di kota London. Jalannya yang sepanjang lebih kurang 2km menempatkan 400 – 500 kedai. Dikatakan hampir setengah juta manusia mengunjungi jalan ini setiap hari menjadikannya antara shopping street paling popular di Eropah. Semua kedai berjenama antarabangsa ada di sepanjang jalan ini. Tak payah sebutlah satu persatu. Coach. Fossil. Michael Kors. Burberry. Itu baru beg tangan wanita. Nike. Adidas. Uniqlo. Topshop. Clarks. Orang putih kata you name it we got it! Kena sebut juga Primark dan SportDirect, kedai kegemaranku.
Dengan kedai sebegitu banyak, kadang kadang kita terlupa waktu solat yang dah nak habis.
Ada 3 masjid (sebenarnya banyak lagi) yang kita boleh singgah untuk menunaikan kewajipan solat yang berdekatan dengan Oxford Street. Pertama ialah Masjid yang terletak di daerah Fitzrovia di persimpangan Goodge Street dan Charlotte Street. Kadang kala dalam setengah website disebut Goodge Street Mosque. Di sinilah juga terletak ibu pejabat Muslim World League. Nak sampai ke sini, aku terpaksa detour dari Oxford Street dan jalan kaki selama 10-15 minit.
Yang kedua ialah SOHO Islamic Center (lihat peta di bawah).
Ketiga ialah Mayfair Islamic Center yang terletak di kawasan ekslusif kota London. Ianya lebih dekat dengan kawasan Hyde Park, Buckingham Palace atau Victoria, dari Oxford Street. Mayfair Islamic Center sangat compact, tetapi bersih dan selesa. Ianya terdiri dari beberapa tingkat, tingkat bawah ialah tempat wuduk. Ruang solat dan wuduk muslimat juga disediakan. Aku pernah sampai ke masjid ini sekali dua.
Ladies section of Mayfair Islamic Center, London
Seorang musafir dari Malaysia di pintu masuk Mayfair Islamic Center, London. Namanya Wannor.
Kawasan wuduk muslimin di Mayfair Islamic Center, London
Dewan solat muslimin di Mayfair Islamic Center, London
Malaysia Hall ialah satu lagi opsyen untuk berehat, solat dan makan ala Malaysia. Tapi aku belum pernah sampai ke situ.Tiada dalam peta di bawah pun. Ianya terletak di utara Hyde Park dekat kawasan Bayswater. Opposite direction from Oxford Street. Tak jauh sebenarnya. Jalan kaki pun sampai dari kawasan Marble Arch, iaitu permulaan Oxford Street.
Pilihan terakhir kalau tak sempat juga cari masjid, ialah dengan bersolat di salah satu kedai cenderahati milik orang Islam yang menjual baju t-shirt dan lain-lain barangan untuk pelancong di Oxford Street. Ada satu kedai bersebelahan Chopstix yang pemiliknya seorang Islam dari Carribean. Bagi salam dulu dan mintak ruang untuk solat. Dia akan tunjuk sebuah stor kecil muat untuk seorang mendirikan solat. Tanya dia arah kiblat. Bilik air dan selipar disediakan.
Kalau tak sempat juga carilah fitting room di mana-mana kedai besar seperti H&M atau M&S yang kurang sibuk. Wuduk kena ambik dulu dalam bilik air. Periksa arah kiblat di Android app dalam telefon. Lepas tu pilihlah satu baju ke apa ke dan masuk dalam fitting room untuk “mencobanya.” Cara ini dah banyak kali kami buat masa road-trip mengelilingi Ireland 2014, selain dari solat di tempat meletak kereta.
Sebenarnya ada banyak masjid dan Islamic center di kotaraya London disebabkan ramainya penduduk dan pelancong beragama Islam. Begitu juga kedai makanan halal. Di mana ada masjid selalunya di situ ada kedai makanan halal. Satu lagi masjid yang aku selalu gi ialah East London Mosque. Komuniti Islam dari India / Pakistan / Bangladesh ramai menetap di kawasan ini. Mereka adalah penduduk tetap London. Insyallah aku akan cerita pasal masjid ini dalam posting yang lain.
Semoga posting ini berguna untuk pengembara ke kota London dan Oxford Street. Shopping shopping juga, solat wajib didirikan di mana saja kita berada.